Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Buah Kukus Yang Sangat Lembap

 Kek Buah Kukus Yang Sangat Lembap

Kek Buah Kukus Yang Sangat Lembap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Malam tadi, tiba tiba jer teringin nak membuat Kek Buah Campuran Kukus pulak. Masalahnya bila hati terbuka untuk membuatnya, hari sudah pun menjelang malam. 

Hmm kek ini pulak mengambil masa mengukus yang lama. Haddooi lah. OK lah, dah tak boleh nak undur lagi sebab bila hati terbuka jer, terus masuk ke dapur menyediakan gula perang. 

Lagi pulak, saya bercadang untuk membawa kek ini ke majlis perjumpaan Alumni ETHICA di Kolej Ketiga Universiti Malaya pada 1 Mei 2013. Saya memang sangat  menggemari Kek Buah Kukus yang suatu masa dulu dijual di Coffee Bean. Tapi harganya sangat lah mahal. 

Selepas itu, saya beli pulak dengan sahabat hubby yang menjual kek buah. Setiap kali, saya terus membeli 2 atau 3 biji. Entah macam mana, hubungan dengan sahabat hubby terputus apabila kami kehilangan nombor telefon dia.

Kek Buah Kukus Yang Sangat Lembap

Sejak berpindah ke sini, telah 2 kali saya menyediakan Kek Buah, satu versi Kek Buah Kukus Lembab di SINI dan satu lagi Kek Buah versi bakar di SINI. Kalau ikutkan, saya lebih suka menyediakan kek Buah Bakar kerana ianya lebih mudah disediakan. Masukkan jer dalam oven dan set lah kepada 45-50 minit, dah boleh dikeluarkan. Sedangkan kalau dikukus, kenalah sentiasa dilihat air dalam pengukus, kena lap tudung periuk pengukus dan sebagainya. 

Untuk kek ini, saya kukus dalam 3 jam 15 minit. Oleh kerana saya dah naik tidur, terpaksalah minta tolong Boy tutupkan api dan bukakan penutup pengukus. Sebelah pagi sebelum ke pejabat, barulah saya keluarkan dari pengukus. 

Resepi ini menggunakan resepi Chef Zubaidah bte Chepa dipetik dari buku Steamed Cake terbitan One Publisher. Saya tertarik untuk menggunakan resepi ini berdasarkan maklumbalas yang menulis kek ini sebagai resepi terbaik, cukup moist dan tidak manis sangat. Tapi entah di mana silapnya, saya dah menggunakan 250 gram mentega, sedangkan seorang blogger menggunakan hanya 225 gram. Rasanya saya dah salin resepi ini dulu dari blog itu juga. Tersalah taiplah agaknya tu. 

Kek yang dipotong di dalam gambar di bawah ni tak berapa kemas dan masih berderai. Saya baca apa yang dikongsi oleh kawan kawan bahawa kek ini lagi sedap selepas disimpan selama 2 hari di bawah tudung saji. Ianya akan lebih moist dan lebih kemas potongannya. Ini kes dah tak boleh sabar nak makan kek buah lah ni... Itu yang balik kerja, terus potong dan terus makan.

Jom kita tengok resepinya....

Kek Buah Kukus Yang Sangat Lembap

Kek Buah Buahan Kukus

Bahan bahan:
225 gm Mentega (terguna 250 gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sudu kecil vanilla extract/essence

Bahan Ayak:
1 sudu kecil cream of tartar 
2 sudu kecil soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk Nutmeg/buah pala 

Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Kek Buah Kukus Yang Sangat Lembap

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Kek Buah Kukus Yang Sangat Lembap

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.

Kek Buah Kukus Yang Sangat Lembap

Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Kek Buah Kukus Yang Sangat Lembap

Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.


Kek Buah Kukus Yang Sangat Lembap

Kek Buah Kukus Yang Sangat Lembap


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

53 ulasan for "Kek Buah Kukus Yang Sangat Lembap"

  1. mas dah lama teringin nak buat kek ni...
    tapiiii kan...sbb kukus tu lamaaaa...hmm..tunggu masa yg sesuai tuk meneraiinya..
    terliurrrr nengok kek akak tu..mengancam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun lama berbaloi. Boleh jer kukus selama 2 jam. Lepas 2 hari akan jadi lagi moist selepas majerinnya meresap ke seluruh permukaan kek. Secukup rasa jer kemanisannya

      Padam
  2. nikee selalu tgk mama buat dari kecik dr yg versi bakar,kukus,kek buah rebus mudah..pada nikee semuannya sedap akak!yg memjadi kek tu sedap atau cantik kejadiannya ialah resepi tu sendiri...mengancam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear,
      Sharelah resepi bonda tu, esp kek rebus mudah. Saya suka nak belajar resepi turun temurun ni. Maklum orang zaman dulu, memang sedap kuih muih yang mereka buat kerana mereka belajar secara melihat sendiri tak ada guna resepi, semua main agak agak jer

      Padam
  3. 3 jam untuk mengukus, harus saya buat masa cuti labour day nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer dikukus selama 2 jam atau hingga masak jer dalam sejam setengah gitu. Tapi kalau nak rasa keseronokan kek buah kukus yg hebat, kita cuba kukus lebih. Baru glamor...

      Padam
  4. salam kak azie..

    saya pun minat sangat makan kek buah ni..

    BalasPadam
  5. mak aiiihh..feveret saya ni kak azie..adehh!!

    BalasPadam
  6. Salam kak...sedapnya tgk kek campuran kukus akak ni....=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang terbaeek. Dok study lama dah resepi resepi yg ada sebelum memilih yg ini.

      Padam
  7. Assalam.. Canteklah kejadiannya tu.. Tq for trying.. (Y)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti nak cuba lagi hingga menjadi secantik sifu punya kek

      Padam
  8. sedap sgt yg lembap gini kak azi..teringat zila penah first trial gas habis.tunggu org gas hantr 2 jam bru sampai trus bantut keknye..sejak tu tak buat dah.

    BalasPadam
  9. Di umah ni sy sorg je suka kek buah...tpi sy pernah buat kek prune kaedah bakar yg caranya lebih krg mcm kek buah yg azie buat, yg ni ank2 mkn pula sbb ada rasa kemasaman prune n lembab pula..

    BalasPadam
  10. kak Azie, rasa dia cemana kak, sedap tak mcm tok2kita buat?

    BalasPadam
  11. gula dia byk sgt la...blh kurangkan tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut citarasa masing masing. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula. Pada saya, dah ok kemanisannya

      Padam
  12. salalm kak azie...

    aida dah try buat kek ni tp problemnye buah2 dia tu mendap.. any tips utk bg dia tak mendap? kek ni sedap moist.. tp aida kurangkan gula nye dlm 10gm, nx time buat kena ikut bulat2 sukatan gula nye.. thanks so much kak azie for sharing this recipe.

    BalasPadam
  13. salam kak azie...

    saya minta resepinya ya kak?sbb dh lama saya cri resepi kek kukus basah ni.mak saya suka sngt dgn kek ni...terima kasih :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Kak Long. Beruntung ibu kak long kerana mempunyai anak yg sangat sayangkan ibunya

      Padam
  14. Assalamualaikum akk,

    wahhh...sedap ni, boleh cuba, kalau menjadi, raya nanti boleh buat lagi heee

    BalasPadam
  15. salam, sis...mohon amik resepi ni ye..hihihi...nk tnya 50gm air ke 50ml?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidayu,
      Resepi ni guna gram. Jadi timbang jer.

      Padam
  16. Asslkm
    Wah bestnya..kak nak cuba resepi Azie pulak. Selalu kak buat tak pernah lembab. Kak harap kali ni mesti jadi. In Sha Allah.
    Terimakasih Azie ;)

    BalasPadam
  17. Hampir sama dgn resepi mak saya.. Cma resepi mak saya ade letak air oren f&n dan aiskrim soda f&n.. Resepi tu kata emak dr thun 70an lg..

    BalasPadam
  18. Hampir sama dgn resepi mak saya.. Cma resepi mak saya ade letak air oren f&n dan aiskrim soda f&n.. Resepi tu kata emak dr thun 70an lg..

    BalasPadam
  19. sedapnya, .. nanti mama nak try juga

    BalasPadam
  20. Wow saya dah lama cari resepi kek buah kukus ni. Terima Kasih kerana sudi share step by step.
    Saya cuba buat untuk harijadi ayah saya sep ni. Dia suke sangat kek buah kukus. Thanks again !!

    BalasPadam
  21. Sis, I nak tanya pasal telur tu. Kena pukul sehingga kembang mcm selalu untuk buat kek atau just pukul mcm nak buat telur dadar eh?

    BalasPadam
  22. Assalam kak azie....

    semenjak jumpa kak azie punya blog...saya makin rajin nk cuba mcm2 resepi kt sini.Tak pandai buat kek...Alhamdulillah dh boleh buat..Kek kukus buah ni favourite arwah mak....Tu yg belajar gak buat frm yr recipe...Alhamdulillah mnjadi....so skrg lg rajin nk buat...Tq soooo much krn berkongsi ilmu...

    BalasPadam
  23. Salam kak azie,

    semakin rajin bila terjumpa blog akak ni. betul kata kak nazl.. rajin nya lain macam. dari suka 'beli saje' skarang jadi 'nak buat saja' kalau bahan ade. mintak izin kak azie nak share resepi kek fevret ya kak. lama nak buat tp xde resepi yang sesuai. Maklumlah kalau resepi dari org tua ni mana ade sukatan yang betul, semua nya main agak2 campak2 saja ..

    BalasPadam
  24. I m selling steam fruit cake but the sugar i m using is less, i guess you have a reason for using so much sweet, why is it so can you explain why you put so much sugar, is it that it can last longer???

    BalasPadam
  25. Salam.. akak, nak tanye. Esen vanila tu nak letak bile? Akak x tulis pon kat atas tu bile letak nye. . Time kasih ^_^
    (Aida)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh masuk dalam telur selepas atau sebelum dikisar.

      Padam
  26. Salam Kak Azie,
    Saya dah cuba kek ni semalam, hasilnya sangat2 sedap. Inilah kek kukus yang saya idam2kan. Selama ni saya buat kek kukus yang resipi (kek kukus yang satu lagi tu) seperti ada di blog akak ni tak pernah jadi, selalu kering dan tak moist.
    Terima kasih banyak2 kerana sudi kongsi resipi ni , hanya Allah yang membalas kebaikan akak.

    Saya doakan Kak Azie sihat dan dimurahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga.

    BalasPadam
  27. kenapa kek buah saya mendap kat tgh2 yer ..api x cukup kuat ke

    BalasPadam
  28. 19may14
    Sis I've done it n just got to say this TERBAIK!!!!!! It's SUPER SUUUPER mmmmmmdap GILER!!!! So lembap n buttery
    The tip that u gave it better 2 keep for 2 days iia berbaloi sis (menggugat kesabaran jugak hehehehe) anwy e butter I increase 2 280gm alhamdulillah ok tq sis......lalalalalalaaaaaa AWESOME ...

    BalasPadam
  29. Sis Azie, saya dh try resepi ni, mmg sedap n terbaik sgt...tqvm

    BalasPadam
  30. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  31. salam kak azie..nak tnye kak..sukatan air tu 50gm ke 50ml kak? erm kek ni mmg xletak soda bikatbonat yer?tq kak...

    ct fatimah

    BalasPadam
  32. Salam..kak azie..nk tnye..sukatan air tu 50gm ke 50ml yer?huhu

    BalasPadam
  33. Guna air ikut resepi. Timbang sahaja

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum kak, terima kasih atas resipi akak. Memang menjadi dan sedap, tapi kek saya keras sedikit dan kurang lembab, boleh bertanya kenapa ye?

    BalasPadam
  35. 50 gm air sama je dgn 50 ml air..

    BalasPadam
  36. sedang mengukus kek buah ikut resepi akak..tp sedih sbb gula hangus xmjadi..jd ketul2 pas letak air n mentega..last2 guna je gula perang..cmne nk buat erk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gula hangus lepas letak air, memang akan berketul. Jadi terus dimasak sampai hancur.

      Padam
  37. Sya dah beberapa kali buat kek ni dan sgt sedap sampaikan kehabisan butter dirumah ...lalu sya replacekn minyak masak je ...alhamdullilah same je sedapppp nye uollsss...bye..Tq Cik Azie.

    BalasPadam
  38. assalam kak azie sayam...tq share resepi.kl kukus dgn steamer noxxa tu sama je ke masanya.

    BalasPadam
  39. assalam kak azie sayam...tq share resepi.kl kukus dgn steamer noxxa tu sama je ke masanya.

    BalasPadam