Gulai Udang Dengan Batang Keladi Stail Kelantan
Alahaai gara gara makan gulai udang dengan batang keladi, masakan kegemaran sejak kecil, semalam seharian jadi tak tentu arah. Apa taknya tekak rasa membengkak dan perut pun rasa tak selesa. Semuanya gara gara keladi yang digunakan gatal. Memang ada keladi yang gatal. Itu yang selalu dikaitkan orang tua gatal dipanggil Tua Miang Keladi. Dah tua tak sedar diri. Hahaha pandai orang tua tua zaman dulu ya dalam berkias kiasan. Tapi saya hairan juga orang yang menjual ni tak pernah tahu ke keladi yang dijual ni jenis gatal. Kenapa masih dijual. Arwah my father dulu, akan buang semua pokok keladi yang gatal dan menanam semula dengan keladi yang tidak gatal. Seeloknya sebelum dijual, cuba lah rasa dan makan dulu.
Gulai hari ini memang sedap menyebabkan saya makan hingga tak henggat walaupun semasa menyiangnya saya sudah terasa tangan saya gatal sedikit. Ingatkan selepas dimasak, ianya akan hilang. Semasa kecil, lauk inilah yang selalu dimasak oleh bonda menggunakan udang sungai yang dibawa balik dari tangkapan gogoh berumpankan isi kelapa bakar. Lain kali memang kena berhati hati, serik bila mengingatkan semalaman tak boleh tidur. Klik di SINI untuk melihat gulai Udang dengan Batang Keladi yang telah saya sediakan sebelum ini.
Sebelum tengok resepi, saya ingin berkongsi sedikit intipati kuliah Jumaat oleh Ustazah Ros Izanuri tentang solat solat sunat. Ada 2 jenis solat sunat iaitu yang mengiringi solat fardhu dan yang tidak diiringi oleh solat fardhu. Yang mengiringi solat fardhu atau dipanggil Solat Sunat Rawatib pulak ada dua jenis iaitu Sunat Muakkad dan Ghairu Muakkad. Solat sunat Rawatib Muakkad amat besar fadilatnya dan dijanjikan ganjaran yang besar apabila menunaikannya. Antaranya ialah solat sunat 2 rakaat seperti berikut:
Sebelum tengok resepi, saya ingin berkongsi sedikit intipati kuliah Jumaat oleh Ustazah Ros Izanuri tentang solat solat sunat. Ada 2 jenis solat sunat iaitu yang mengiringi solat fardhu dan yang tidak diiringi oleh solat fardhu. Yang mengiringi solat fardhu atau dipanggil Solat Sunat Rawatib pulak ada dua jenis iaitu Sunat Muakkad dan Ghairu Muakkad. Solat sunat Rawatib Muakkad amat besar fadilatnya dan dijanjikan ganjaran yang besar apabila menunaikannya. Antaranya ialah solat sunat 2 rakaat seperti berikut:
- Sebelum solat subuh
- Sebelum solat zohor
- Selepas solat zohor
- Selepas maghrib
- Selepas Isyak
Jika tiada betul betul urusan penting, usahakan lah untuk melakukan solat solat sunat di atas untuk melengkapkan kekurangan solat fardhu yang kita lakukan. Sama samalah kita saling berpesan pesan antara satu sama lain. Sesungguhnya masa tidak menunggu kita, ianya tetap berjalan dan berputar. Sebelum berundur, kalau nampak iklan Nuffnang terutamanya iklan Pusat Pungutan Zakat, jangan lupa klik ya. Sama sama kita baca apa perkhidmatan yang disediakan PPZ.
Jom tengok resepi gulai udang stail Kelantan...
Gulai Udang dengan Batang Keladi
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Udang
Batang keladi
Santan
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
Beberapa hirisan lengkuas
Sedikit cili kisar
Cili hijau
Garam
Gula
Cara cara:
Siangkan keladi dan dibasuh bersih bersih. Kisar bawang, kunyit dan lengkuas. Masakkan bahan kisar dengan santan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau supaya tidak pecah minyak.
Batang keladi
Santan
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
Beberapa hirisan lengkuas
Sedikit cili kisar
Cili hijau
Garam
Gula
Cara cara:
Siangkan keladi dan dibasuh bersih bersih. Kisar bawang, kunyit dan lengkuas. Masakkan bahan kisar dengan santan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau supaya tidak pecah minyak.
Hampir menggelegak, masukkan keladi dan akhir sekali masukkan udang serta cili hijau. Masukkan garam dan gula. Bolehlah diangkat.
Selamat menjamu selera.
sedapnya ni...lama dah x mkn keladi....
BalasPadamterliur lah akak tengok keladi ni Azie, esuk lusa nak kena cari keladi lah mesti beeeetambah nasi ni hee
BalasPadamKak Azie, nadz suka juga gulai cam ni lebih2 lg ada batang keladi tu tp tulah.. kekadang takut nk beli sbb takut terkena yg gatal tu.. kalau ganti batang keladi dgn belimbing buluh tu pun best kan..nyumm...
BalasPadamantara kegemaran saya ni kak... tapi sekarang dah xleh makan udang, kena gulai keladi sajalah... lama x menggulai, kena tunggu balik kg la baru boleh buat
BalasPadamAssallamualaikum kak Azie..
BalasPadamBaru terbaca komen akk di blog nadz. Gambar minnie mouse tu, mula2 nadz print atas kertas A4. Pas tu, nadz tekap dan lukis atas baking paper. Yg atas baking paper tu kemudian nadz lukis guna buttercream ikut line cartoon tu. Then nadz freezekn kejap sblm transfer atas kek yg telah disalut cream. Seterusnya, nadz cuma paipkn gmbr tu ikut warna yg dikehendaki. Mcm kek tu, nadz warnakn guna cream cheese frosting sama mcm yg salut pd keseluruhan kek. Sbb customer x nk buttercream. Boleh juga warnakn guna pipping jelly.. Harap dah menjawab soalan akk ye..
Terima kasih Nadz. Saya ada tengok juga step by step dalam youtube.
Padamnampak sedap sangat K.Azie..
BalasPadamMy feveret sejak kecik lagi. Sedap sgt
PadamAzie, I have eaten batang keladi when I was a kid. Sedap! But how can we tell whether it is the gatal or not gatal type?
BalasPadamNormally we can check if it is jenis gatal. Masa menyiang, tangan kita rasa sedikit gatal.
Padamfavourite saya juga kak Azie!
BalasPadamSamalah kita
PadamErmm nampak sedap xpenah cuba masak keladi cara nie but tu lah takur terkena keladi yg gatal lah kan ....
BalasPadamMemang sedap D5. Tapi inilah kali pertama dapat keladi gatal terlampau. Hahaha sampai kena ambik jab kat klinik sb doktor takut ada bengkak kat organ dalaman
Padamlama jgk dah tak makan gulai keladi ni...emmm bestnya kalau dpt semangkuk ni...
BalasPadamMai kt rumah
Padamsedapnyer kak azie... lauk tue fav sy jugak. mak sy ckp klau nak masak keladi kita kena rebus or celur dulu keladi tue berasingan dgn asam gelugur dan sedikit garam, then bilas skit dgn air pastu baru masak..supaya gatal keladi tue hilang.
BalasPadamOh terima kasih atas petua. Biasanya saya terus masak jer kalau kelafi tak gatal atau gatal sikit sikit. Ini dah gatal miang keladi
Padamalahai rindu nak makan masakan MIL kat kelate sane nun hehehe
BalasPadamAzie, arwah mak saya dulu kalau nak masak batang keladi dia akan celur dulu keladi tu dengan beberapa asam keping dan sedikit garam... menurutnya untuk menghilangkan rasa gatal keladi tu... Ya, seingat saya setiap kali mak saya masak batang keladi tak pernahlah pulak kami mengalami rasa gatal-gatal tu.
BalasPadamSaya biasa masak keladi sedari kecil, tak pernah jumpa yg gatal macam ni. Saya pasti org yg menjualnya tahu keladi ni gatal tapi sebab tak mahu rugi, jual lah juga. Mana mungkin dia tak pernah masak sedikit dii rumah sendiri
PadamTu la masalah keladi yg dijual kt kl ni.terkena yg gatal mmg tobat la tp kt kg Cm selalunya dorang jual keladi pinang.insyallah tk gatal .sedap dan wangi isinya.
BalasPadamMemang serik rasanya.
Padam