Moist Marble Cupcake Pujaan Hatiku
Entah kenapa sejak semalam asyik teringin nak makan vanilla cupcakes. Dalam terfikir fikir untuk membuatnya, tiba tiba teringat untuk membuat marble cupcakes yang juga kek kegemaran saya. Lagi pulak, dah berjanji untuk membawa cupcakes pada my BFF juga. Saya tahu dia juga sangat menyukai marble atau butter cake.
Setelah mencari cari resepi marble cake dengan Pak cik Google, akhirnya bertemu yang berkenan di hati. Saya sebenarnya dah punya resepi Marble Cake yang memang sangat sangat sesuai dengan citarasa saya. Haa nak kalau nak tahu yang mana satu, boleh klik di SINI.
Setelah mencari cari resepi marble cake dengan Pak cik Google, akhirnya bertemu yang berkenan di hati. Saya sebenarnya dah punya resepi Marble Cake yang memang sangat sangat sesuai dengan citarasa saya. Haa nak kalau nak tahu yang mana satu, boleh klik di SINI.
Tapi hari ni, saja jer nak mencuba resepi yang lain pulak, kot kot lagi sedap. Kalau tak dicuba, mana kita nak tahu yang mana lagi sedap kan? Sebelum membuat pilihan resepi, saya akan baca dulu ulasan yang dibuat oleh penulis blog dan komen komen yang diberi oleh orang lain yang mencubanya.
Apa komen saya tentang kek ini? Bila masuk sahaja suapan pertama, hati saya terus mencair dek teksturnya yang sangat halus gebu seolah mencair di dalam mulut. OMG it is sooo moist and fluffy.
Aduhaai saya bersarapan seorang diri dengan kek ini dan secawan English Tea yang membawa saya melayang seolah sedang bersarapan di London. Encik hubby membawa anak anak bersarapan dengan roti canai di kedai mamak. Cuma pada selera saya, ianya sedikit manis dan di lain kali, saya akan kurangkan penggunaan gulanya.
Jom tengok resepi dulu...
Jom tengok resepi dulu...
Moist Marble Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ½ cawan all purpose flour
½ sudu kecil baking powder
¼ sudu kecil baking soda
¼ sudu kecil garam
¾ cawan butter/margarine (170 gram)
1 ¼ cawan gula kaster (1 cawan sudah memadai)
2 telur gred A
1 sudu kecil vanilla extract
½ cawan sour cream atau plain yogurt
¼ cawan unsweetened cocoa powder
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam.
Di dalam bekas lain, putar butter dan gula dengan kelajuan perlahan sehingga sebati dan tingkatkan kelajuan sehingga ringan dan gebu dalam 5 minit.
Kurangkan kelajuan kepada perlahan, masukkan telur satu persatu sambil terus diputar. Masukkan vanilla.
Akhir sekali, masukkan tepung secara berselang seli dengan sour cream/yoghurt dimulai dan diakhiri dengan tepung. Putar sebati.
Ambil setengah dari adunan dan dimasukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli. Akhir sekali dengan menggunakan pisau, dilorek adunan untuk membentuk corak marble.
Bakar selama 45 minit - 1 jam atau sehingga masak. Biarkan sejuk di dalam loyang selama 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya atas redai.
Untuk cupcake, dibakar dalam 20 minit atau sehingga masak.
Nota Azie:
Utuk rujukan saya di masa depan, gula dikurangkan ke 1 cawan sahaja.
Ambil hanya ⅓ adunan dan dimasukkan serbuk koko kerana saya lebih menyukai kek perisa vanilla berbanding dengan kek coklat. Serbuk koko harus dikurangkan juga.
Nota Azie:
Utuk rujukan saya di masa depan, gula dikurangkan ke 1 cawan sahaja.
Ambil hanya ⅓ adunan dan dimasukkan serbuk koko kerana saya lebih menyukai kek perisa vanilla berbanding dengan kek coklat. Serbuk koko harus dikurangkan juga.
BalasPadamSalam kak Azie,
Boleh tahu 1 1/2 cawan tepung bersamaan dengan berapa gram?
Aprreciate kalau kak Azie dapat reply sebab saya nak bake cupcakes ini hari ini :)
Wslm,
Padam1 cup is equivalent to 128 gram. Itu ikut conversion dalam google
PadamTerima kasih for the prompt reply.
assalamualaikum kak. wah.teruja sy tgk cupcake ni. ni.nmpak btul2 moist..sdpnya.. x sbr nk mmbaking. mnta izin share ye kak?trima kasih bnyak2..:)
BalasPadamSalam kak azie. All purpose flour tu memang sama dengan tepung gandum ke??
BalasPadamTepung serba guna lain dari tepung gandum. Blh dpt di kedai bakeri. Tapi kalau tak ada, blh jer guna tepung gandum.
PadamAssalam.. sis.. kalau sy tambah setengah cawanminyak masak n setengah cawan air suam ok ke?
BalasPadamWslm. Knp tk ikut resepi. Saya tak pasti. Saya buat ikut resepi di atas
PadamSalam kak azie,adunan ni boleh dapat berapa biji? Terima kasih
BalasPadamWslm, saya tak ingat. Ia bergantung kpd saiz cawan kertas digunakan
PadamAgak agak boleh dapat 12 biji tak? Said medium
Padam