Masak Lemak Labu Kuning
Aduhaai risau pulak dibuatnya kerana saya ni memang jaguh kampung dalam bab masak memasak lauk pauk. Kalau untuk dimasak banyak banyak, mulalah ada yang kurang sana sini. Lebih lebih lagi memasak untuk dimakan di rumah orang. Kalau makan di rumah sendiri, masih ada lagi keyakinan.
Saya yang mencadangkan pada Intan, anak buah supaya dimasak labu yang memang banyak di rumah untuk lauk hidangan selepas majlis tahlil malam nanti. Masa tu, memang tak terfikir yang dari membawa buah labu, saya boleh memasak dan membawa labu yang telah siap dimasak. Jadi bila dicadangkan begitu, memang tak ada pilihan, terpaksalah juga memberanikan diri untuk memasak.
Cuma kita orang Melayu yang banyak sangat pantang larangnya yang menganggap makan labu boleh menyebabkan angin. Contoh lain ialah Rasulullah makan daging kambing dan minum susu kambing. Tapi kita pulak yang beranggapan bahawa makan daging kambing boleh menyebabkan darah tinggi dsb.
Ini semua pengaruh Yahudi yang memutar belit fakta. Kenapa mesti meragui jika itu semua makanan yang dimakan oleh Rasulullah. Kesimpulannya Ustaz tu berkata, jangan persoalkan kerana apa yang Rasulullah buat adalah yang terbaik. Jika takut angin, makan lah sedikit sebagai mengikut sunnah. Haaa OK tak?
Jom lah tengok resepi yang saya tulis di bawah sebagai rujukan anak anak saya di masa hadapan. Semerbak mengharum semasa ianya sedang dimasak, hmm sangat menyelerakan bauannya...
500 gram labu kuning - potong kecil
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 labu bawang besar, dihiris
2 biji cili merah, dihiris
2 sudu besar udang kering (atau ikan bilis)
Garam secukup rasa
Daun kunyit - carik
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai - ketuk
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Caranya :
Masukkan semua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit ke dalam periuk. Rebuskan hingga labu lembut.
Apabila sudah mendidih dan labu lembut, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan serbuk lada hitam.
Masakkan hingga mendidih sekali lagi. Apabila sudah mendidih, tutup api dan hidangkan.
Salam sejahtera, sedap gulai labu kegemaran Rasulullah, tapi mungkin cara masak jauh berbeza, kalaulah dapat cari resepi hidangan Rasullah, boleh tambah pahala sebab amalkan sunnah
BalasPadamRasulullah makan labu tp tak pasti cara masakannya
PadamGulai labu tringat arwah opah..mmg sdap n mggunakan cuma lada hitam n bkan cili api or lada besar..sy prnah trsilap memasaknya krn mggunakn cili api, mak sy tegur n sy ingat kesilapn itu smpai skrg
BalasPadamOhh cuma lada hitam? Tak ada ikan bilis tau ikan rebus ke
PadamKami di pantai timur selalu menggunakan lada hitam ganti cili api untuk masakan sayur lemak..bersama ikan bilis atau ikan yang direbus dgn sedikit air hingga kering air rebusan itu
PadamRasa umami akan dtg dari ikan bilis. Rasa lada hitam akan beri pedas/sengit after taste. Combination of those two ... give ooolllala taste. Thanks.
BalasPadamTerima kasih share resepi ea k.azie, baru nk msk ni, tp yakin dah sedapnye, labu org bg time halloween ritu, sblm ni try resepi laksa, alhamdulillah jd,,keep it up
BalasPadamTerima kasih.....
BalasPadamSalam kak azie.. sy dah cube.. sdp.. tq share resepi.. :)
BalasPadamTerima kasih k.azie... Bnyk resepi k.azie y sy cuba...alhamdulillah..mnjadi... Terima kasih sekali lg..
BalasPadamTq k.azie...saya amik resepi nie..tapi tukar ngan sotong..😆... x guna labu.. syukur suami suka..
BalasPadamKak kalu saya nak masak mmg refer resepi akak huhu
BalasPadamthanks resepi..😃
BalasPadamcuma x letak lada hitam sbb nak bg anak makan takut diowg x tahan perut. hiris cili merah 2,3 potong bg nampak menarik je
Daun kunyit xde xpe ke? Sbb xde kt sni
BalasPadamKalau tk ada, pun tak apa
Padam😍
BalasPadamTerima kasih kongsi resepi 😍
BalasPadamBile memasak kalau tak berapa ingat bahan2 confirm saya jenguk blog kak azie..tqvm semoga Allah memberkati kak azie
BalasPadamnak masak tak tahu, cari resipi terjumpa, terima kasih puan moga Allah merahmati puan.
BalasPadam