Kuih Bakar Labu
Innaalillahi wainaa ilaihirojium. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita dikembalikan. Semasa sedang bersiap siap untuk ke majlis Maulidur Rasul di Surau Ad Dhuha, mendapat berita yang Bonda Mertua telah kembali ke rahmatullah dalam pukul 7 malam tadi selepas lebih 3 minggu diserang angin ahmar. Al Fatihah yang mampu disedekahkan. Hadis Muslim, Sabda Rasulullah saw "apabila seseorang anak adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya". Sesungguhnya anak yang baik adalah anak anak yang boleh memberi manafaat kepada kedua ibu bapa selepas mereka meninggal. Selepas Nana balik dari Mid Valley, kami sekeluarga bertolak ke rumah BIL di Rawang.
OK kita berbalik kepada Kuih Bakar Labu yang disediakan pagi Rabu. Saya meminta Nana menyediakan Kuih Bakar Labu untuk dibawa ke surau sempena majlis Maulidur Rasul di Surau Ad Dhuha malam tadi. Maklum kuih ini perlu disedia dari pagi supaya ianya benar benar sejuk bagi memudahkan dipotong disebelah petang atau malamnya. Kalau menunggu saya balik dari pejabat, pasti kuih masih lagi panas panas. Lagi pulak, sementara Nana belum lagi mula bertugas, bolehlah dia membantu saya apa yang patut. Namun dengan berita yang diterima, saya membawa Kuih Bakar Labu yang telah dipotong ke Rawang.
Resepi ini saya ambil dari blog Zila Forever. Saya memilih untuk membuat kuih ini sebab masih mempunyai banyak stok labu yang dibawa oleh kakak dari Kelantan semasa majlis pertunangan Nana tempohari. Anak anak dan suami saya agak kurang menggemari masakan labu atau kuih muih berasaskan labu. Dengan kata lain, semua kuih muih tradisional, mereka memang kurang menyukainya. Jadi saya terpaksa lah mengorek dan mencari resepi berasaskan labu bagi menghabiskan stok labu dengan penuh manfaat.
Jom kita semak resepi dulu...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 biji telur
1 1/2 cwn santan (1 santan kotak + 1/2 cawan air)
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
sedikit garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar minyak sapi
1 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
Sedikit bijan utk tabur
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata. Tuang dalam loyang yang telah disiapkan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata. Tuang dalam loyang yang telah disiapkan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.
kalaulah akak boleh masakkan saya kuih mcm ni terasa bertuah sangatlah badan..di rumah ni takder yg nk memakannya.....
BalasPadamNikee, kalau kita tinggal berdekatan,pasti saya lebih kerap membuatbkuih tradisional ini. Dirumah ini, semua tak suka makan kuih tradisional.
PadamSaya dah cuba resepi ini...alhmdulilah dah 2 kali buat...ank2 dan suami suka...
BalasPadamAkak.nak tanya. Klau minyak sapi tu tukar guna butter boleh? ❤️
BalasPadamSusana (Dari--Singapore)
BalasPadamSaya dah cuba buat Kuih Bakar Labu, resepi Kak Azie. Alhamdulillah...jadi sempurna dan sedap.