Butter Chicken Yang Sangat Sedap
Hari sabtu yang lepas, anak anak saya memasak dan menyediakan lauk pauk sendiri untuk makan malam kerana kami menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak sulung sahabat baik kami, Encik Rahim dan Puan Ismati di Marriot Hotel, Putra Jaya.
Majlis tersebut berlangsung dengan dengan cukup grand, elegan dan cukup mewah. Kali pertama rasanya saya menghadiri majlis kawin yang menghidangkan semua jenis lauk pauk dari ayam, daging, kambing, ikan, udang, sayur serta acar. Belum dikira lagi Soto Ayam Madura sebagai hidangan pembuka selera dan Puding Coklat dengan Koktel Buah buahan sebagai hidangan pencuci mulut.
Memang mewah sangat sangat sehinggakan kami tak tahu mana satu yang hendak dimakan dahulu kerana semuanya sedap sedap. Pakaian dan make up Ismati dan anak anaknya membuatkan saya terkenang kenang sehingga ke saat saya menulis entri ini. Apa apa pun tahniah kerana segalanya telah berjalan dengan lancar dan akhirnya menerima seorang lagi ahli baru dalam keluarga yang menjadi idola kami selama ini.
Berbalik kepada Chicken Butter, menurut Nana, mereka juga menyediakan Sotong Butter tetapi telah habis sebelum sempat diambil gambar. Seronok melihat mereka makan berulang ulang. Memang masak butter ini cukup sedap, tak kiralah udang ke, ketam ke, sotong atau ayam. Pendek kata semuanya sedap lah. Jom kita tengok resepi yang mereka gunakan seperti di bawah...
Majlis tersebut berlangsung dengan dengan cukup grand, elegan dan cukup mewah. Kali pertama rasanya saya menghadiri majlis kawin yang menghidangkan semua jenis lauk pauk dari ayam, daging, kambing, ikan, udang, sayur serta acar. Belum dikira lagi Soto Ayam Madura sebagai hidangan pembuka selera dan Puding Coklat dengan Koktel Buah buahan sebagai hidangan pencuci mulut.
Memang mewah sangat sangat sehinggakan kami tak tahu mana satu yang hendak dimakan dahulu kerana semuanya sedap sedap. Pakaian dan make up Ismati dan anak anaknya membuatkan saya terkenang kenang sehingga ke saat saya menulis entri ini. Apa apa pun tahniah kerana segalanya telah berjalan dengan lancar dan akhirnya menerima seorang lagi ahli baru dalam keluarga yang menjadi idola kami selama ini.
Berbalik kepada Chicken Butter, menurut Nana, mereka juga menyediakan Sotong Butter tetapi telah habis sebelum sempat diambil gambar. Seronok melihat mereka makan berulang ulang. Memang masak butter ini cukup sedap, tak kiralah udang ke, ketam ke, sotong atau ayam. Pendek kata semuanya sedap lah. Jom kita tengok resepi yang mereka gunakan seperti di bawah...
Ayam Masak Butter
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sudu besar mentega
1 sudu besar cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
Beberapa keping cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
Garam
Serbuk lada hitam
Bahan perap:
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk kari
1 sudu besar tepung gandum
1 telur
Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.
Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.
Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.
NK TRY MINGGU NI
BalasPadamSedap. Should try
PadamSaya dah try kak. Memang sedap. Terima kasih ye kak :)
PadamDah try sedappp. Tq
PadamHarap2 menjadi...
Padamwah..cam ayam percik plak rupanya..hehe;)
BalasPadammestii yummy ni
Percik mesti ada kesan dibakar sikit.
Padamsedappp nya....
Padamsedapnya... sy pun suka yg butter2 ni..
BalasPadamKak Azie, tak ada ke gambar di majlis Pn Ismati tu???
Jemput singgah blog sy, ada menu istimewa dari dapur Kak Azie, terima kasih byk ya..
http://sariyusa.blogspot.com/2013/01/gulai-kawah-daging-kambing.html
Saya tak ada mengambil gambar masa wedding tu. terima kasih kerana sudi mencuba resepi gulai kawah. Resepinya ada diletakkan di entri gulai kawah, kalau tak silap lah
Padamsalam singgah.follow sini :)
BalasPadammasha Allah..sedapnya..kecur liur tengok..
Terima kasih kerana sudi singgah
PadamAs salam kaka azie,
BalasPadamMoga kak azie sklrga ddlm lindungan Allah..ameen
I should try..
silent reader
Ameen. Terima kasih
Padamboleh dicuba ni..hehe..tang butter tu nsmpsk best je..
BalasPadamSelain dimakan dengan nasi putih, ratah begitu sahaja pun sedap
PadamSalam kak azie. Saya nk tanya kak azie tepung apakah yg d guna utk bahan perap tersebut? Thanx kak azie....
BalasPadamGuna tepung gandum jer. Nnt i update resepi di atas
Padamkak azie..bila nk tuang susu tu?
BalasPadamMaaf, silap taip tu. lepas tumis cili dan daun kari, tuang susu dan masak hingga mendidih. Nanti saya edit resepi di atas
Padamsalam kak azie...
BalasPadamsemoga kak azie dan keluarga didalam lindungan Allah selalu...
terima kasih kerana berkongsi bermacam-macam resepi yang sedap.
saya mencuba resepi kak azie..dan hasilnya memang sangat sedap..terima kasih banyak ye.Semoga kak Azie terus bahagia dan sihat untuk sama-sama berkongsi resepi lagi.
Terima kasih puan. Sama sama lah smoga kita di dalam lindungan Allah sepanjang masa
Padamsalam.. susu cair tu guna masa bila? xde dlam cara2 :)
BalasPadamAs salam. Nanti saya perbetulkan. Selepas cili dan daun kari. Masukkan susu cair
PadamSaya mencari resepi ini...tq.
BalasPadamsalam kak azie..
BalasPadamini pun favourite saya kalau sy masak..
in fact yg ini ala2 chinese dish, nama dish ni Mongolian chicken :)
Salam. baru jer lepas buat based on your recipe. Jadi siutt!!! thnx. next nak try Chili Crab ala ala Fatty Crab tu. ada resepi tak?
BalasPadamBestlah tgk resipi2 kak azie. Nak cuba lah chicken butter and chic pie nanti. Thank u for sharing. Btw, uncle rahim and aunty ismati my neighbour..
BalasPadamHi..awak pakai cheese apa ek? Cheddar cheese ke?
BalasPadamKak azie..masak ayam dalam non stick pan tu mcm tu aje ke? tak payah letak minyak?
BalasPadamtq atas perkongsian resepi azie, kak dr labuan ni pun best jerr ikot resepi azie semuanya menjadi..hubbypun dah suka sgt tgk kak masak2 mcm dulu2...heheheh thanks azie!
BalasPadamSalam..Nak tanya pakai cheese apa untuk resepi ni?
BalasPadamI pakai chesdale. Mmg sedap. Masak ayam ni mmg sentiasa akan dapat pujian. Thanks kak azie! :)
BalasPadamSalam Kak Azie,
BalasPadamSaya dah try resepi ni. Memang sedap dan menjadi kegemaran suami dan anak-anak.
Terima kasih kerana berkongsi resepi...
Sgat sedap...sy dah try.thanks sis.takyah nak cr butter chicken kat kedai lg.hihihi
BalasPadamKak, agak2 nk letak cheese brp keping ea sesuai
BalasPadamSalam kak, sy dah buat dan sedaaaaaap sgt.sedap sgt2 mcm mkn kt kedai. Sy agak2 bahan ikot kesesuaian n adjust ikut tekak so rs mcm kt kedai & lg best.
BalasPadamSo far blog akak antara blog favourite sy sbg sumber rujukan bl nak masak. Memandangkan sy br blajar2 masak, tp kebanyakan resipi akak menjadi.
thanks a lot kak azie, smoga dilimpahi pahala kerana sudi berkongsi ilmu. Dan setiap kali orang masak lg resipi tu inshaa allah pahala utk akak.
Kalo x letak cheese lari x rasa dia?otw nk wat nih.....terbaekkkk
BalasPadamLagi sedap with cheese
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamsaya ada try buat haritu, it was very good! today nak buat lagi! thanks for the recipe :)
BalasPadamreen
My blog inpiration.. dlu xpandai masak dah jd pandai masak... mula2 try masak untuk family.. now kwan2 dah minta tolong masak... Thanks kak azie..
BalasPadammy mum.x mkn susu la....blh gnti dgn air je x....klu letak susu nnt dia x mkn pula
BalasPadamKak azie, minta share recipe ye :)
BalasPadamsy student oversea . dlm byk2 blog resepi .blog akk yg plg sy suka.masakan y senang n sedap.terubat hati nk mkn mknn malaysia.thanks a lot ;)
BalasPadamAlhamdulillah. Sgt gembira komen adik atau mungkin berpangkat anak pada saya. Semoga kembali dg kejayaan di genggaman
PadamAzie kitchen resipi memang terbaik,simple dan sedap😆senang dan ringkas utk nak belajar memasak,tq
BalasPadamassalamualaikum akak azie.. nampak sedap sangat.. IN SHAA ALLAH nak ciba kejap lagi.. nak tanya.. kalau tak letak daun kari boleh tak..?? rasa dia akan berubah tak..??
BalasPadamhi kak... boleh saya tahu, nak pakai cheese ape? Mel
BalasPadamSalam Kak Azie, entah cemana terstumble pulak ke post ayam butter yang sedap ni. Nampak macam simple, so nak try la untuk buka puasa nanti..
BalasPadamSalam kak azie..saya dah cuba iftar semlm..memang sedap..anak2 suka / nora
BalasPadamSemalam I cuba resipi Ayam Sambal. Itu bukan ayam sambal dah. Dah memang Ayam Sambal Pedas. Menjadi siottt..
BalasPadamHarini nak try butter plak. Tapi tak tahu nak masukkan minyak ke tak sebab istilah yang digunakan , "masak", bukan goreng...
Mohon pencerahan.. Thank you.
Andrew, Italy.
Masak tanpa minyak. Tapi kalau mahu diletakkan sedikit minyak juga boleh.
PadamSangat sedap k.azie..suka try resepi akak..simplee tp da bomb..muah.
BalasPadamSaya dah cuba jugak. Marvellous!!
BalasPadamalhamdulillah, saya dah cuba butter chicken dgn resepi ni, cuma tak letak cheese sbb takde kat rmh bahan tu, mmg sedap n saya agak kalau letak cheeese lagi sedap kot..:)
BalasPadammmg x perlu bawang ke?
BalasPadamMenu apa yg sesuai dgn ayam butter ni ? Mohon pencerahan
BalasPadamSy pair kan dgn sup sayur & nasi putih je..simple & sedap.
Padamassalamualaikum puan, terjumpa recipe butter chicken ni. Alhamdulillah sedap resipi ni saya buat tadi. Cuma out of cheese so saya masukkan tepung jagung sikit untuk pekat. Terima kasih kongsi resipi, dapat pahala share knowledge :)
BalasPadamSy masak lauk butter chicken ni semalam, mmg first time buat. Alhamdulillah sedap sgt kak. Ayah makan berselera, seronok sy tgk. Tp xblh buat selalu sbb butter & cheese tu berlemak, so jd lauk 2x sebulan je la..hehe. Sy letak 3 keping cheese.
BalasPadamTerima kasih kak sbb kongsi resepi ni. Byk jgk resepi2 akak yg sy dh cuba & menjadi. Alhamdulillah selera kita sama :)
Assalam sis... nk tnya susu cair n cheese tu sis pkai brand ape . Sy nk try buat..hehe
BalasPadamSusu cair ape? Carnation tin or susu hL kotak?
BalasPadamSusu cair tin
Padamok kak thank ya
BalasPadamAssalamualaikum. Sy byk mencuba resipi dr blog cik puan. Alhamdulillah smuanya simple tapi rasanya sgt sedap. Blh sy tahu dlm resipi di atas kalau x guna telur blh x? Blh ganti dgn bahan lain atau x guna langsung? T. Kasih :)
BalasPadamWslm. Mmg tak guna telur pun
PadamAsalam kak azie, kalau perap ayam pakai tepung ayam. rasa2 lari tak rasa butter chicken
BalasPadamSalam kak jie pakai cheese apa ek? Kalau cheese burger tu blh k? - duda anak 9
BalasPadamDah cuba sedap sgt, anak anak suka. Tq for the receipe.
BalasPadamSaya dh cuba tadi.. tp sy guna susu lembu (dutch lady purefresh) sbb x ada susu tin cair. sedap! tp xboleh bertambah..cepat muak. something wrong ke?
BalasPadamHi Kak Azie, i nak tanya steps bahan perap tu. Campur semua atau ada steps macam kena letak telur baru letak tepung jagung etc? Thank you!
BalasPadamMana mana pun tak kisah.
Padamreally good recipe, sedap!
PadamTq for the recipe kak azie.. harini nk try bt utk lauk berbuka pose.. 😍
BalasPadamSaya pon dh bt.. alhamdulillah mnjdi. Cuma guna susu kn.. muak.. mkn skit je.. kalau mkn ngn pasta ok kot. Huhu
BalasPadamAssalamualaikum kak azie. Klau tak gne pelepah daun kari tu takpe ke? N bole tak gne cheese mozarella? Pstu bhn perap tu klau tak ltak telur xpe ke? Hehe sorry byk tnye
BalasPadamBoleh sahaja. Letsk telur untuk supaya ianya lekat
PadamSo good! semoga Kak Azie sekeluarga dilimpahkan pahala yg berganda dgb perkongsian ini.
BalasPadamSalam.. Akk.. Sy selalu masak resepi nih .. Even sebulan sekali.. Memg makan xsampai 10minit licin.. Kadang makan dengan roti je pon licin... Btw thanks untuk resepi simple nih..
BalasPadamsy bru je try msak butter chicken ni td dan bru je lepas mkn. tak sangka ia mnjadi.sedapnye... husband sy siap ckp sedpnye kuahnye, rse mcm cheese je. walaupun sy xletak cheese pun dlm msakan sy td. thanks kak sudi share resepi ini. nnti blik kampung nk buat utk family besar sy plk. nyummm nyummmm
BalasPadamalhamdulillah.. saya dh cuba.. seriously sgt sedap smpi anak2 mkn smpi licin.. kuah pun x tinggal.. soh msk lagi katanye.. t.kasih krn share recipe yg marvellous ni..
BalasPadammasak ayam smpai kuning tu mcm mana?
BalasPadamHingga keperangan atau kuning keemasan
PadamHi kak... sy dah cuba resepi,ni di,malaysia. Mmg sedap! Tapi sy dah berpindah ke USA. Kalau tiada knorr oo,jg ke?
BalasPadamBoleh guna apa apa chicken stock atau kalau tak ada, tak letak pun ok
PadamSalam...kak azie..sy dh cb buat..sedappo sangat. Tq kak azie ats prkongsian. Byk mmbantu sy msak esp selepas kahwin..alhamdulillah
BalasPadamape maksud sb & sk?
BalasPadamSudu besar..sudu kecil
Padamdh try. tak susah dn bole celen kedai makan nye hehe
BalasPadamSedap... Sy dah try byk kali... Ank2 pon suka...
BalasPadamkena try nih... slalu buat butter prawn jer... anak-anak suka!!!
BalasPadamapa pendapat puan,kalau sy tak letak cheese?
BalasPadamBoleh tapi letak, lagi sedap
PadamSalam kak azie. Boleh ke gantikan cheese tu dengan mozarela? Rasa dia jadi lain tak nanti?
BalasPadamHari ini saya cuba menu ini.
BalasPadamSalam kak azie. .Rara baru try malam td.. Alhamdulillah sgt menjadi. .Tq sgt2 kpd kak azie yg bnyk bantu.. Mmg resepi kak azie semua best, mudah n sedap! Husband pon puji!
BalasPadamTqqq
Assalamualaikum puan.Terimakasih utk resepi.sedap dan mudah
BalasPadam