Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pulut Kukus Cantik Berkilat


Pulut Kukus Cantik Berkilat

Pulut Kukus Cantik Berkilat

Telah beberapa hari, saya asyik dok teringatkan raja segala buah iaitu buah durian. Rupanya bukan saya sahaja yang teringin nak makan durian tetapi Nellisa juga. Balik dari pejabat hari ini, saya terus mengukus pulut untuk dimakan dengan durian bersama santan yang diperah sendiri. 

Haai sejak pandai mengukus pulut ni, memang saya tak lagi menanak pulut. Bukan apa, tapi kerana pulut yang dikukus memang terhasil sangat cantik dan tidak berkerak. 

Jom ikut saya layan yang terlebih rajin ni kerana hari ini saya mengambil gambar langkah demi langkah yang diambil menggunakan handphone Boy kerana kamera kami masuk workshop....


Pulut Kukus Cantik Berkilat

Pulut Kukus

Bahan bahan:
Beras pulut
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sb minyak masak
Serbuk kunyit, jika mahu buat pulut kuning

Cara-cara:
Rendam pulut dalam 1/2 jam ke 2 jam sebelum dikukus. Selepas direndam, gaulkan dgn sedikit garam. Kepada yg nak buat pulut kuning, boleh taburkan serbuk kunyit dan gaulkan.

Masukkan beras pulut ke dalam periuk pengukus yang telah mendidih. Guntingkan daun pandan, jika suka. Kukus selama  15 ke 20 minit.



Angkat dan tuang ke dalam bekas. Renjis renjiskan air sedikit demi sedikit ke atas pulut sehingga pulut nampak kebasahan dan lembut. 





Tuang pula minyak masak ke atas pulut dan gaul rata. Kemudian masukkan semula pulut ini ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 15-20 minit. 

Kalau pulut masih nampak keras, renjiskan sedikit lagi air.




Angkat dan sedia dihidangkan. Pulut akan menjadi sedap, lembut dan cantik. Bolehlah dimakan sebagai pulut durian, pulut pagi atau apa apa yang disukai.


Pulut Kukus Cantik Berkilat

Pulut Kukus Cantik Berkilat


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

19 ulasan for "Pulut Kukus Cantik Berkilat"

  1. wahh kak azie, bikin yong terliur pagi nie..
    yong paling malas nak buat mengukus pulut..
    tapi makan nak.. hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Yong, sejak pandai mengukus ni, jadi seronok nak mengukus wp pulut yang dimasak sikit sahaja

      Padam
  2. mmng cantik pulut kalau di kukus....suka tngk pulut lembut tapi lerai satu2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, sis. Lebih lebih lagi cantik dan tak berkerak.

      Padam
  3. Ha yg ni betol la...pulut KUKUS,tapi apasal lak disiram ngan minyak masak lak???awat tak tarok ja kepala santan!!!tapi memang sedap siot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada macam macam cara mengukus pulut. Ada yg disiram dg santan, ada yg disiram dg air sahaja dan ada yg disiram dg minyak. Yg ini memang tak menggunakan santan.

      Padam
  4. Selamat berpuasa, jadi sifu masaka untuk kami sekeluarga, pulut 10 kilo minyak berapa sudu

    BalasPadam
  5. 10 kg pulut atau minyak ni....pening2...tp resepi x guna santan ni bagus untuk yang amal diet sihat...

    BalasPadam
  6. Boleh bagi sukatan air x Utk masak pulut kukus. 1 cawan pulut berapa cawan air... Harap membantu

    BalasPadam
  7. Boleh btau x berapa sukatan Utk kukus pulut ni.. 1 cawan pulut perlukan berapa cawan air.
    Harap membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Spt yg ditulis, renjis sehingga pulut lembut.

      Padam
  8. senang je rupenye kukus pulut...okeh, dah berani nak masak..thanks! :)

    BalasPadam
  9. sedapnya. sgt menarik. nak try pg nie. thanks kak zie...

    http://mamaashraf.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Saya banyak try resepi dari blog kak azie ni. Mohon halal ilmu memasak tu yea kak... - Teja

    BalasPadam
  11. Samalh..klu nk msk apa2 mesti bukak blog ni dl...hihihi 👍👍👍

    BalasPadam
  12. Thanks for the recipe Kak Azie, I've learned to steam pulut the simplest way.

    BalasPadam
  13. Thanks for this recipe kak. In fact thanks untuk semua recipe akak. Banyak recipe akak saya jadikan panduan everytime nak masak. Semua recipe menjadi. Pulut kukus ni baru buat tadi. Cantik kejadian dia. Thank youuuu xxxooo

    BalasPadam