Percutian ke Bandung Yang Amat Bermakna
Percutian ke Bandung pada 29 September 2010 hingga 5 Oktober 2010 adalah percutian pertama yang disertai oleh semua anak anak selepas percutian terakhir di Beijing pada tahun 2004. Semasa kami bercuti di Hanoi pada Februari 2007, Nana tak dapat menyertai kami. Begitu pula, masa ke Singapura pada Oktober 2011, Boy pula tidak bercuti semester. Bila anak anak sudah besar dan mempunyai komitmen masing masing, agak sukar untuk mencari waktu bercuti yang sesuai untuk semua. Sekembali dari Bandung, Nana balik ke Egypt. Jadi waktu memang ngam ngam sahaja.
Ini lah kali pertama kami ke Bandung, bandar yang sangat popular di kalangan orang Malaysia membeli belah. Kali ini turut bersama kami adalah rakan rakan hubby dari Prudential yang menjadikan percutian lebih menyeronokkan.
Saya tidak lah rasa seronok kerana bercuti ke Bandung tetapi rasa seronok kerana dapat bercuti bersama famili jer. Kerana saya tidak merasa Bandung tempat shopping yang menarik untuk saya. Saya banyak melihat lihat sahaja. Lagi pulak susah nak cari baju bersaiz besar yang muat dengan saya. Cuma melayan anak anak membeli belah sahaja.
Saya pada mulanya bercadang untuk membeli beberapa pasang kain lace tapi selepas berjalan jalan di dalam Pasar Baru, rasanya ianya tak seindah yang dikhabarkan. Memang saya agak cerewet kerana saya mahukan kain lace yang berkualiti.
Tapi alang alang sudah ada di sana, saya membeli juga beberapa pasang kain cotton dan kain sulam yang dipesan oleh kakak saya. Kami memborong kain sulam sehingga kehabisan di gerai itu. Saya beli untuk semua anak anak, anak anak saudara dan adik beradik.
Tapi sehingga kini belum berjahit kecuali Nana sahaja yang sudah siap memakainya pada hari raya yang lalu. Selepas itu, kami balik ke bas dan tidur sementara menunggu rakan rakan yang lain membeli belah di situ sehingga waktu yang ditetapkan.

Agak memeningkan kepala juga bila terpaksa melayan karenah anak anak yang punya citarasa tersendiri. Terpaksa berjalan dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari barang barang yang mereka inginkan.
Nana seperti biasa, tidak banyak meminta minta dan banyak bertolak ansur. Boy pula ingin mencari jersi sukan tapi mahukan yang original di mana kami terpaksa ke shopping mall dan membelinya dengan harga yang sama dengan tempat kita. Maklum barangan yang dijual di shopping mall, adalah barangan original yang harganya standard sahaja di mana mana pun.

Saat yang menyeronokkan apabila membeli belah di factory outlet. Saya tidak banyak membeli kerana saiz baju yang kebanyakannya kecil untuk saya. Hanya membeli beberapa set alas meja, tuala dan napkin sahaja. Terserempak dengan orang Malaysia yang juga membeli belah di factory outlet.
Percutian berakhir dengan penuh keseronokan. Saya boleh katakan ianya sangat bermakna setelah sekian lama tidak dapat bercuti dengan semua anak anak. Kalau saya ke Bandung lagi, adalah kerana saya ingin bercuti dan berehat, tapi bukan tujuan membeli belah. Jika berkesempatan, memang saya ingin datang lagi ke sini.
Salam sejahtera Azie
BalasPadamKak suka selak2 N3 azie, tgk lauk2 dan nasi yg nampak sedap sgt, ada jugak tiru..lepas tu cuci mata, suka baca bab jln2 ni.
Kalau nak shopping kat Msia lagi best kot.
Terima kasih mama ju. Saya pun suka kerana mama ju sudi singgah untuk menulis komen. semoga persahabatan kita akan berkekalan
Padamwaaa smpai bandung..bandung biasa la syurga beli belah..tp kalau adda suka kan pemandangan..shopping ni kurang ckit..sbb duit pun kurang kot..hahahah..kalau duit byk naik hantu gk kot..hahahha..
BalasPadamSaya suka serampang dua mata. Kalau tempat berjalan jalan saja pun tak best juga.
Padamassalamualaikum...seronok tgk akak n famili.bahagia sgt2.sy mula ikuti blog akak pas cri resepi pizza (sy xpandai msk).pas2 smpan link blog akak,ada msa sy singgah sb bca celoteh akak wat sy hlg stress.tq kak. :)
BalasPadamAtie, terima kasih kerana sudi follow blog saya.
PadamAs salam, baru pertama kali menjengah ke blog ini. Tertarik untuk membaca tentang percutian dan banyaknya resepi. Saya juga berpeluang ke Bandung baru-baru ini dan ok lah...saya lebih teruja untuk menjelajah alam sekitar dan budayanya dari bershopping (tapi shopping jugaklah..:D ). Minta izin untuk letakkan blog akak sbg salah satu my fav. blog di blog saya ya. Salam kenal. Ty
BalasPadamLB, salam kenal dari saya. Terima kasih kerana sudi follow. Nanti saya akan singgah di blog you juga.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamInsya Allah. Terima kasih atas cadangan
PadamAssalamu'alaikum. Salam perkenalan tuk yang punya blog ini. Tuk yang mau bercuti ke bandung atau melancong ke bandung bisa coba hubungi kami, kami dari travel agency MalaysiaBandung.com, harganya berpatutan dan pemandunya ramah pula. Tolong untuk dipaparkan ya kakak harap-harap membantu
BalasPadam
BalasPadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Salam Untie.. TK atas blog yg. amat berguna.. err.. LV tuh santek sgt2.. ;-)
BalasPadamSalam,
BalasPadamNice sharing..
Kalau ingin bercuti lagi, sila pilih libur travel..
pakej yang ditawarkan adalah murah dan menarik
boleh check pakej-pakej di http://www.libur.my
salam semua, kepada wanita yang minat dengan fasyen santai, mudah untuk mix &match, kualiti butik, dengan harga yang berpatutan , jemput datang ke blog kami Mimi Aseema Collection :)
BalasPadamhttp://mimiaseemacollection.blogspot.com/