Nasi Ayam Sempoi
Hari ini saya masih lagi ala ala jet lag tapi hubby mencadangkan supaya saya memasak untuk hidangan tengahari. Hmm badan terasa masih penat dek berada dalam penerbangan yang lama, terasa memang tak larat dan tak ada mood untuk memasak lauk pauk hidangan nasi putih. Terus saya mencadangkan nasi ayam sahaja. Lebih mudah dan simple.
Resepi Nasi Ayam ni memang banyak dan pelbagai, tidak ada resepi tertentu. Semuanya terpulang pada kita untuk mencampakkan apa sahaja mengikut apa yang disukai. Kali ini saya menggunakan resepi mudah dan simple yang biasa saya guna dalam membuat nasi Ayam.
Cuma kebiasaannya saya suka menggoreng dulu beras supaya nasi bila masak akan berderai cantik. Hari ini saya tak menggorengnya kerana menggunakan beras basmathi yang memang cantik kejadian nasinya. Untuk kali ini, ayam diperap mengikut cara Nana cuma saya tak mahu diletakkan bawang merah dan bawang putih jer sebab tak suka minyak yang hitam. Sos kicap juga disediakan mengikut cara Nana.
Hmm paling seronok tengok kesemua anak anak makan tadi sambil bergelak ketawa. Aduhaai kalau zaman zaman dulu, masa makan tak boleh bercakap cakap, apalagi bergelak ketawa. Apa apa pun saya sangat bahagia melihat mereka semua makan bersama sama. Jom layan Nasi Ayam Sempoi kami di bawah....
Cuma kebiasaannya saya suka menggoreng dulu beras supaya nasi bila masak akan berderai cantik. Hari ini saya tak menggorengnya kerana menggunakan beras basmathi yang memang cantik kejadian nasinya. Untuk kali ini, ayam diperap mengikut cara Nana cuma saya tak mahu diletakkan bawang merah dan bawang putih jer sebab tak suka minyak yang hitam. Sos kicap juga disediakan mengikut cara Nana.
Hmm paling seronok tengok kesemua anak anak makan tadi sambil bergelak ketawa. Aduhaai kalau zaman zaman dulu, masa makan tak boleh bercakap cakap, apalagi bergelak ketawa. Apa apa pun saya sangat bahagia melihat mereka semua makan bersama sama. Jom layan Nasi Ayam Sempoi kami di bawah....
Nasi Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4
4 tin susu beras basmathi
5 ulas bawang putih - ketuk
2 inci halia - ketuk
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kicap cair
2 helai daun pandan - simpul
Garam secukupnya
Sayuran
Daun salad
Timun
Tomato
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
Gula dan garam secukupnya
Sos Kicap
Kicap
Sos cili
Gula dan garam
Cara cara:
Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga air mendidih. Bila sudah mendidih, angkat dan toskan ayam.
Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak. Kami lumur dengan kicap, sos tiram dan lada sulah. Jika suka, boleh juga kisar bawang merah dan bawang putih.
Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam dan carrot dan biarkan mendidih. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air.
Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Sesuaikan rasa. Sediakan pula, sos kicap. Hiriskan sayuran dan akhir sekali ayam diketuk dan dipotong kecil.
Hidangkan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup dan bawang serta bawang goreng.
Nota:
Ayam boleh juga dibakar pada suhu 180’C selama 30 minit.
Kicap cap gajah, gula, garam, lada sulah dan madu
Sos kicap: kicap cair masak dengan air, lada sulah, garam dan gula.
wowww sedapnya nasi ayam..ni xmcam nasi ayam sempoi dh..hihiih
BalasPadamIni resepi sempoi jer ada. Semua main campak campak jer. Masak nasi pun macam nasi biasa jer. Tak ada tumis bagai.
PadamAssalamualaikum Kak Azie.. walau simple masakan tu yang menyatukan satu keluarga makan di meja makan.. anak anak gembira.. itu.. priceless kan.. ;)
BalasPadamBetul tu. saat mereka makan bersama sama mungkin susah di masa hadapan bila mereka masing masing sudah berkeluarga.
PadamEMMM yummy, lama tak buat nasi ayam..
BalasPadamMar, sampai ke petang masih terbau wangian nasi ayam di dapur sebab ada lebihan yang disimpan di bawah saji
PadamSy pun buat nasi ayam cara Azie..ianya simple dan tak berlemak sgt...
BalasPadamSedapkan? sampai ke petang masih berbau nasi ayam dari dapur
Padamsalam kak azie tumpang amik resepi nasi ayam ni .. nak wat katering utk anak2 asnaf zakat selayang ekk.. halal ekk kak..
BalasPadamAlhamdulillah, saya terharu kr resepi saya yg dipilih.
PadamAssalamualaikum kak azie,
BalasPadamSy slalu try resepi2 akk tau, tqsm! Mnx halal tau,
Selmat hair raya,
Dari noob stay at home mom ,
Puan ashwani