Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Untuk Feeza dan Raja Shah


Mee Hoon Goreng

Mee Hoon Goreng

Semasa dalam perjalanan balik menghantar Boy balik ke kolej di TBS, hubby menerima panggilan telefon dari Raja Shah memberitahu ingin datang beraya di rumah. Saya pulak kebetulan hari ini tidak memasak apa apa. Jadi kepala ligat berfikir apa yang nak dimasak dan cepat disediakan. Maklum waktu mereka akan datang tu hanya ngam ngam jer dengan waktu kami sampai di rumah.

Akhirnya teringat mee hoon yang patut saya sediakan pagi sabtu semasa kakak saya ada di rumah. Tetapi hari tu, tak jadi disediakan mee hoon goreng kerana saya membuat Masak Lodeh dan hubby pula membeli roti canai untuk sarapan.

Mee Hoon Goreng

Sesampai jer di rumah, saya terus ke dapur dan terus memasak sebelum naik ke atas untuk solat. Memang cepat jer disediakan mee hoon ni, bila semua bahan bahan sudah tersedia di dalam peti ais. 

Bahan bahan untuk rencah mee hoon seperti biasa jer. Bahan bahan lain yang dimasukkan ke dalam mee hoon ini hanyalah udang dan telur. Manakala sayurannya pula ialah kubis dan daun kucai selain dihias dengan daun bawang, cili merah dan bawang goreng. 

Hmmm siap mee hoon goreng ringkas untuk tetamu kami hari ini. Puas hati bila dapat disediakan sendiri hidangan untuk tetamu kita. Selain mee hoon goreng, mereka juga dihidangkan dengan Donut Kentang, boleh tengok resepi di SINI.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Untuk Feeza dan Raja Shah"