Taugeh Goreng Kicap Hari Kemerdekaan
Ini adalah antara resepi sayur terawal yang saya pelajari sejak berkahwin. Malahan kalau ada tetamu dan nak disiapkan hidangan dengan cepat, inilah masakan yang saya suka hidangkan.
Kebetulan hari ini, kakak saya Cik gu Asiah datang ke rumah kerana menghantar Kak Teh yang akan memulakan latihan praktikal di Shah Alam. Oleh kerana dah lama tak memasak taugeh goreng, maka saya pun membeli bahan bahannya semasa menemani hubby ke pasar TTDI pagi tadi.
Hari ni kan cuti hari kebangsaan, menyambut hari kemerdekaan yang ke55. Bercakap berkenaan dengan hari kemerdekaan ini, secara tulus saya menyimpan kerisauan teramat sangat kerana ternyata kita tidak belajar dari sejarah lampau.
Saya kuatir akan masa depan anak cucu di masa akan datang dengan perpecahan yang sangat ketara di masa kini. Pergaduhan sesama sendiri sebenarnya amat membahayakan. Maaf jika dikatakan orang Melayu masih mentah pemikiran dan masih jauh ketinggalan dari segala segi.
Yang ada hanya kuasa politik tetapi jangan lupa bak kata Tun M, kuasa ekonomi boleh membeli kuasa politik. Jadi orang Melayu harus kuat dalam segala segi, jangan lagi malas, leka dengan kegiatan yang tidak membawa faedah, berseronok dengan program program realiti dsb.

Saya tak pasti kalau golongan muda yang menyertai acara sambutan hari kemerdekaan malam ini faham dan menghayati erti kemerdekaan sebenarnya atau hanya sekadar bersuka ria sambil menyanyi dan berdikir barat sahaja. Mampu kah program seumpama itu, menanam semangat patriotisme di kalangan mereka. Tiada langsung acara yang selari dengan amalan sunnah. Sungguh menyedihkan dan saya hanya mampu menggeleng kepala dari kejauhan...
OK lah, jom layan resepi sempoi saya...
Taugeh Goreng Kicap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
Taugeh
Daun kucai
Udang - buang kulit
Cili merah - hiris
Tauhu - potong dan goreng
Kicap
Garam
Bawang putih - hiris
Cara cara:.
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi, Masukkan udang dan kacau rata.
Masukkan taugeh yang dibasuh dan ditos supaya rangup. Masukkan daun kucai, cili merah dan tauhu yang telah digoreng.
Masukkan kicap dan garam secukupnya. Angkat dan bolehlah dihidangkan.
Merdeka... Merdeka .... Merdeka.
Selamat Menyambut Hari Merdeka....
Catat Ulasan for "Taugeh Goreng Kicap Hari Kemerdekaan"
Add your comment