Lemang Jagung Tanpa Buluh
Dalam perjalanan balik dari Perak ke Kota Damansara pada hari raya keempat, entah kenapa tiba tiba jer terlintas untuk membuat lemang sendiri apabila teringatkan lemang yang dibuat bonda Khairi semasa berkunjung ke rumah terbuka Khairi dan Mai Zatul di Putra Jaya beberapa tahun lepas. Lagipun saya teringat jagung manis yang dibeli oleh Juita di Sogo untuk bekalan makanan ayam hutan sepeninggalan kami. Tapi saya tersilap kerana kesemua jagung sudah diberi pada ayam dan hubby mencari di kedai runcit juga tak ada jagung manis. Akhirnya terpaksalah menggunakan jagung manis dalam tin sahaja.
Rancangannya petang nanti saya mahu berbuka puasa dengan lemang dan Rendang Daging Perak di SINI yang saya masak untuk hidangan makan tengahari Dr Sabariah dan famili yang singgah beraya. Semasa mengelek kamera untuk mengambil gambar rendang, saya jadi terperanjat melihat kuali rendang yang sudah kosong. Nasib baik masih ada lagi stok daging batang pinang di dalam freezer. Jadi sementara mengukus lemang, saya pun sambil sambil membuat rendang daging lagi. Ya lah, sejak berhari raya beberapa hari lepas, anak anak saya belum lagi bertemu dengan nasi putih. Itulah agaknya rendang saya menjadi sangat laku.
Berbalik pada lemang saya ini, kejadian agak kurang kemas kerana saya memang agak keletihan dan kelam kabut, kerana dalam satu masa saya memasak rendang, membuat lemang dan membuat kek buah buahan campuran. Lemang saya agak kurang padat. Ada orang menggunakan bekas panjang untuk dimasukkan pulut dan dipadatkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan untuk dibalut dengan daun pisang. Tapi saya memang tak larat sangat, tambahan pula lengan saya yang sakit.
Jom kita tengok resepi lemang saya hari ini..

Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
500 gram beras pulut
450 - 480 ml santan
Sedikit jagung manis - guna jagung dalam tin
1 sk garam halus
Cara cara:
Beras pulut dibasuh dan direndam seketika. Tos air dan masukkan ke dalam loyang. Tuang santan, garam dan jagung serta dikacau rata.
Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Masukkan loyang tadi ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 30 minit.
Gaul rata dan diletak atas daun pisang yang dilayur di atas api seketika. Bila pulut telah suam, gulung daun pisang dan ditekan sambil membentuk bulatan memanjang seperti lemang. Padatkan supaya kemas. Ikat di kedua dua belah lemang.
Nota:
Oleh kerana tak punya daun pisang, saya hanya membalut dengan aluminium foil.
selamat hariraya maaf zahir dan batin Azie terliur lah tengok lemang tu boleh try nnt macam sedap kan bubuh jagung gitu...
BalasPadamSelamat Hari Raya buat Kak Noor dan famili juga. Ini versi lemang orang bandar. Sedap jika dibuat lemak lemak sikit dan dipadatkan sebelum dibakar dalam oven seketika. Saya pernah makan di majlis rumah terbuka. Tapi kejadian lemang saya hari ini kurang kemas sebab ketiadaan daun pisang.
PadamAssalamualaikum, Kak Azie..sy Hidayu..sy suka tengok resepi yg akak share..
BalasPadamSy nak tanya, lemang ni akak bakar dalam oven guna suhu berapa degree? Tempoh bakar berapa lama ya?
Tq akak :)
Saya baisa guna 150C agak agak lah masa sebab pulut dah masak kan
PadamAssalamualaikum kak Zie, terima kasih di atas semua resepi yg akk share di blog, setiap resepi yg saya guna, semuanya menjadi dgn izinNya. Saya minta halal dunia wal akhirat. Selamat hari raya Aidilfitri ya kak, saya doakan semoga Allah murahkan rezeki akk lagi diberkati....aamiin aamiin aamiin ya rabbal alamin
BalasPadamWslm. Aamiin aamiin aamiin ya rabbal alamiin
PadamAssalamualaikum kak, klu saya guna jagung manis ala krim jenama yeos boleh ke kak? Pls reply as soon as possible take pon wasap Saya 0176518049
BalasPadamGuna jagung manis berbiji, bukan berkrim yang buat ABC tu
Padam