Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Talam Suji Pandan


Kuih Talam Suji Pandan


Assalamualaikum semua, nak citer ni.  Alaa citer biasa jer, citer saya menalam lagi hari ini. Macam kemaruk nak menalam jer lah kebelakangan ini. Kali ini saya membuat Kuih Talam Suji  Pandan pula bagi menambahkan koleksi kuih talam saya. 

Kebanyakan Kuih Talam Suji adalah mempunyai lapisan atas gula merah tapi saya tertarik dengan lapisan pandan yang memang harum mewangi. Resepi ini saya ambil dari blog Yatie lagi. Hmmm nanti kena bayar cukai kat Yatie kot ni. Tapi bulan puasa ni, lepas memasak tak boleh lah nak rasa. Tapi kalau ikut apa yang dibaca di blog Yatie, kuih ini sangat sedap. Satu adunan menghasilkan 1 loyang besar saiz 10x10 Kuih Talam dan saya sediakan juga dalam bekas kecil untuk dimakan sendiri semasa berbuka. 

Hmmm tapi kejadian yang dalam bekas ni tak berapa cun sebab susah nak meratakan lapisan bawah sebab agaknya lapisan tu dah terpekat semasa di tuang ke dalam acuan. Jadi ianya kurang rata. Nama pun kuih talam, jadi kena lah kukus dalam talam, baru cantik kejadiannya.

Kuih Talam Suji PandanKuih Talam Suji Pandan

Saya buat kuih ni sebaik balik dari solat subuh pagi tadi. Semasa kuliah subuh tadi, ustaz telah menyatakan bahawa orang yang cerdik ialah orang memburu akhirat. Sekaya mana dan berpangkat kita di dunia, semuanya akan ditinggalkan sebaik kita meninggal. Yang ikut hanya kain kapan sahaja. Yang lain semua tinggal kecuali 3 perkara iaitu amal, sedekah jariah dan anak yang soleh yang mendoakan kedua orang tuanya. Tapi nafsu manusia tak berapa berminat ke syurga, cuma nak dunia kerana mereka telah merasai dunia, sedangkan akhirat hanya di dengar sahaja.

Dunia yang penuh tipu daya hanya lah tempat diuji. Ujian akan berakhir selepas kita mati. Setiap masa hidup kita di dunia adalah ibadah. Bukan bulan Ramadhan sahaja, cuma amal di bulan ini digandakan amalnya, apalagi gandaan pahalanya. Bayangkan 1 rakaat umpama dibina 1 mahligai dengan 70 bilik, 70 katil, 70 hidangan. Hmmm cer kira kalau 1 jam duduk dalam majlis ilmu di bulan Ramadhan bersamaan dengan 1000 rakaat dan pahalanya pula diganda sebanyak 70 kali ganda. Jadi kita kena beramal dengan mengharapkan balasan nikmat dari Allah terutama dengan tawaran amal dan pahala berganda ini. Bukan mengharap tanpa beramal.


Kuih Talam Suji Pandan

Kita hanya ada 2 pilihan samada baik atau jahat, nikmat atau azab, sakit atau sihat, lapar atau kenyang. Tak akan ada lagi nikmat ini jika kita tidak memasuki syurga, kita akan sakit selamanya, azab yang tak ada penghujungnya, nikmat pun jika kita dapat tak ada penghujungnya. 

Kita buat semuanya untuk akhirat dan jangan sekali kali ada riak, jangan ada dunia sedikit pun. Jangan tertipu dengan yang sedikit dengan meninggalkan yang banyak. Sesungguhnya kehidupan akhiratlah yang kekal abadi. 

Kuih Talam Suji Pandan

Kuih Talam Suji Pandan
Cuba oleh: Azie Kitchen

Bahan Lapisan Bawah:

Bahan (A)
1 1/2 cwn tepung suji @ semolina
450 ml air

Bahan (B)
1 cawan gula halus
2 biji telur
200 ml santan pekat
250 ml air
Pewarna kuning

Cara-caranya:-
Rendam bahan-bahan A selama 30 minit, rendam dalam periuk. 

Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.

Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk).

Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. Sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam.

Tuang adunan dan ratakan permukaannya. Kukus selama 25 minit.


Bahan Lapisan Atas

1 1/2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 cawan santan pekat
2 cawan air (dikisar dg 4 helai daun pandan dan tapis)
1 1/4 cwn gula halus
1/2 sk garam
Pewarna hijau

Cara-caranya:-
Satukan semua bahan-bahan, gaul sebati dan blend. Masukkan ke dalam periuk dan masakkan sebentar. Kacau atas api yang sederhana dengan whisk, hendaklah sentiasa di kacau supaya tak berketul ketul. Jangan pekat dan jangan cair sangat.

Sebelum tuang adunan pandan, pastikan tiada air di permukaan lapisan suji tadi, kalau ada lapkan sedikit, pastu cakar cakar sikit dengan garpu. Setelah itu barulah tuang adunan pandan dan kukus selama 30 minit.




Setelah kuih masak, angkat dan biarkan betul betul sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya.

Kuih Talam Suji Pandan

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Kuih Talam Suji Pandan"

  1. sedapnya..teringin nak belajar buat kuih camni;)
    tapi takut tak menjadi pulak..hik3

    BalasPadam
    Balasan
    1. LP, cubalah, pasti menjadi, cuma bila buat kali kedua barulah lebih perfect sebab kita dah belajar dari pengalaman pertama

      Padam
  2. Slmt berhujung minggu sis.cantik kombinasi warna kuih talam suji ni.sy kuih yg letak suji belum pernah buat lagi.tq kongsi tazkirah di atas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamasya, saya pun first time buat ni. Terima kasih kr membaca tazkirah yg semasa diberi oleh ustaz, sgt menginsafkan

      Padam