Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis


Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis

Untuk hidangan tengahari hari sabtu lepas, selain Masak Asam Pedas Ayam di SINI, saya juga menyediakan Tempe Goreng Ikan Bilis. Hmmm nampak macam pedas pedas semua ya. Bukan apa saya nak simpan untuk dimakan dengan roti juga. Lagipun ikan bilis yang cantik cantik yang dibeli di Langkawi hari tu, belum pun dimasak apa apa lagi. Malamnya, kami makan di luar to celebrate hubby punya birthday. Boy pun balik dari kampus untuk turut sama meraikan my laling's birthday.

Resepi ini saya pelajari dari Ros Black tahun 2002 lagi bila saya selalu dijemput makan Tempe Ikan Bilis yang dibawa ke pejabat sebagai sarapan yang dicicah dengan roti. Saya terus minta resepi dari Ros dan mengajar bekas pembantu rumah untuk memasaknya. Kalau nak cepat atau ada tetamu yang memang tak dirancang, inilah menu segera yang saya biasa sediakan. Sedap sangat dengan rangup rangup manis tu.


Saya sebenarnya suka sangat meratah ikan bilis goreng terutama yang jenis kecil kecil ini. Dulu kalau beli ikan bilis, saya akan beli yang besar besar sehingga lah satu hari semasa hendak ke Lumut, sahabat saya Asmawati mengirim dibelikan ikan bilis dan memberitahu jenis dan anggaran harganya. Hmm memang sedap dan harganya jauh lebih mahal dari ikan bilis jenis biasa. Bayangkan tadi, sambil menggoreng, sambil saya meratah ikan bilis dan tempe. Kalau dibuat nasi lemak pun, rasa tak lengkap kalau tak ada ikan bilis goreng ni. Memang suka sangat sangat lah...

Jom kita layan resepi dulu...

Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis

Tempe Goreng Dengan Ikan Bilis 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
1 pek tempe - hiris nipis dan goreng garing
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
Gula
Garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan pula bawang merah yang ditumbuk kasar. Setelah wangi dan garing, masukkan gula. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.

Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.

Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis

Makan dengan nasiputih panas panas atau pun dicicah dengan roti putih.


Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis

Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis

Nota:
Boleh dimasukkan dalam bekas bertutup dan tahan selama 3 hari.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

40 ulasan for "Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis"

  1. sy mmg suka buat tempe mcm nie kak...mmg sedap...nie pun plan nak buat bsok...tempe dah beli..ingt nak masak tadi...tp bnyk pulak bende nak buat hari nie...last2...masak yg simpel je ari nie....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syifa, makan dengan roti gardenia. Sangat sedap. Terutama kalau guna ikan bilis yang kecil ni

      Padam
  2. salam sis..mmg sedap masak camne...laju jew mkn nasi..tp ank x minat..klu buat kita jew yg kasi perabihh:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm sis. Betul lah, kita jer yang makan makanan macam ni. Itu yang kadang kadang berfikir banyak kali untuk menyediakan lauk seperti ini.

      Padam
  3. suka sangat.balik rumah aritu,ada jugak try buat;) memang sedap dimakan dengan nasi yg panas panas.hihi =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. LP, mmg sedap sangat kan. Boleh simpan beberapa hari utk dimakan berulang ulang.

      Padam
  4. Salam Pn Azie, Sedap sungguh nampaknye sambal tempe ikan bilis..shima memang peminat setia makanan ni especially di bulan puasa! terbuka selera....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shima, kalau makan masa bersahur dengan nasi panas pun sedap kan. Saya tak suka makan sahur dengan lauk berkuah...

      Padam
  5. Azie, this is one of my favorite, favorite dishes. I discovered tempe when I was at campus and have fallen in love with it. I think this is very popular because everytime it is served at the cafeteria, it will be gone within short time. Thanks for this recipe. BTW, do I need to clean the ikan bilis first or can I just fry straight away after buying ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, yes my favourite dishes too. This type of ikan bilis, tak perlu buang kepala, cuma basuh dengan air seketika dan tos sebelum digoreng. I got to know about this recipe when I was in campus too when my coursemate brought this her hometown.

      Padam
  6. Assalam kak Azie...seyes inilaa resepi kegemaran geng Msian Chiba kat cni... ikan bilis tempe (sy selalu tambah tauhu ngn kacang tanah goreng) buat sambal goreng kering2 mcm ni...extra pedas dan lebihkan manis dia...fuhhh sedapnye kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. FnF, betul ada yang letak kacang tanah tapi saya tak berapa suka kacang tanah. Betullah, tempe ini kena pedas manis sikit, baru ada kick

      Padam
  7. salam azie,
    alhamdulillah terimakaseh kerana sudi mencuba tat nenas gebu dari dapur saya dan sudah juga saya jenguk ke post tat nenas gebu hasil air tangan azie..


    doh menjadi keras.itulah faktor utama kenapa ia sukar atau susah di picit keluar..

    1-seeloknya jangan adun doh di bawah kipas angin yg berpusing.
    2-sudah saya nyatakan di dalam resepi supaya memasukkan tepung sedikit demi sedikit..jangan masukkan tepung sekaligus..kalau azie sudah biasa mengadun doh tat,azie akan nampak perbezaannya jika kita menggaul tpg dgn cara perlahan..jgn di habiskan semua tpg.
    3-doh jgn terlampau lembik dan jgn pula terlebih tpg.
    Setelah di gaul dgn sedikit tpg,azie tgk dulu,.cuba masukkan ke dlm acuan dan cuba picit..

    Saya harap azie tidak akan berputus asa dgn resepi ini,Percayalah kwn2 yg sudah mencuba semua berpuas hati dgn resepi ini dan ada yg sudah pun memulakan perniagaan dgn menggunakan resepi ini utk hari raya yg bakal menjelang ini nanti..

    Selamat Mencuba ya Azie.....^____^


    *ehem-ehem...tempe dan ikan bilis tu fav saya tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anymz, ohh terima kasih atas penjelasan panjang lebar ini. Nanti saya akan copy untuk panduan di masa akan datang.Mungkin juga sebab dah terkeras sebab bila saya masukkan sedikit air, OK sekejap. Lepas tu susah balik. Masuk air lagi. Hampir berputus asa.. dah dapat penjelasan anymz, bolehlah cuba lagi sekali

      Padam
  8. KAK ZIE..SEDAP TEMPE NI..PEMBANTU LAMA NIKEE PUJI MEMANG TERROR MASAK NI..KALAU NAK SEDAP LAGI MBAK PUJI GORENGKAN BWG PUTIH BERSAMA CILI KERING YG DI GUNTING HALUS KEMUDIAN GAUL SEKALI DENGAN SEMUA LAGI BEST PALING BEST MASUKKAN MANISAN @ GULA JAWA..KAKAK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh nanti Nikee boleh lah masukkan dalam blog. Itu kira dah versi lain. Untuk kelainan, boleh juga mencubanya

      Padam
  9. mai tambah belacan sket nyummehhh

    BalasPadam
  10. baru nak buat ni...tetiba teringin makan tempe...hakhak

    BalasPadam
  11. Saya ada menjual #IkanBilisGorengBelada yang sedap dimakan begitu sahaja....Ia rangup, kering dan pedas....Malah tahanl lama jika ia disimpan dalam kedap udara.

    Anda boleh beli ikut berat yang anda mahu. Jika berminat bolehPM di http://www.facebook.com/messages/prosfiregroup atau hubungi saya di 019 - 283 5050 (Hafiz)

    BalasPadam
  12. WHATSAPP TO 019-7464058 NOW...!!!

    SAMBAL GORENG TEMPE (HITAM) :

    200g : RM6.00
    300g : RM9.00
    400g : RM12.00
    500g : RM15.00
    600g : RM17.00
    700g : RM19.00
    800g : RM21.00
    900g : RM23.00
    1kg : RM25.00

    https://www.facebook.com/LizaHomemade2014

    BalasPadam
  13. Suka sangat lau nak masak tak tau resepi reFEr kt blog akak je.senang n mudah je ikt cra akak

    BalasPadam
  14. Salam kak azie. Ske bce blog akak.. Kebayakkan resepi yg sy refer kesemuanya mnjadi n sedap. Thanks akak.. Keep it up!

    BalasPadam
  15. Salam ...tumpang...kalu sesiapa nak try sambal strawberry ikan masin bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com.nyum². 100% produk bumiputera muslim TQ

    BalasPadam
  16. I tengah try buat resepi ni harap Menjadi lah macam sedap sangat

    BalasPadam
  17. I have try this recipe for my dinner was great so delicious thank you for sharing ��

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum sis...mohon izin printscreen resepi sis ye..nak try..tringin sgt nak makan sambal tempe

    BalasPadam
  19. Nak tambah sedap boleh tambah asam jawa sedikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya asam jawa atau asam keping. Tak letak pun, ok juga

      Padam
  20. Mmg sedap... nk cube wat sendiri plak... terime kaseh yer sist...

    BalasPadam
  21. Simple je kann buat sambal tempe ni.. Hehehe.. Ni memang fav saya.. Terima kasih share resepi ni..

    BalasPadam
  22. tempe goreng kosong ke kena gaul garam&kunyit?

    BalasPadam
  23. Salam sis, cili kisar tu guna gili apa ye? Cili padi ke?

    BalasPadam
  24. Salam sis, kalau ganti cili kisar dgn sambal lain ke rasanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga ganti dengan cili hidup dan cili padi.

      Padam
  25. kak azie, mcm mana nak buat ikan bilis tu jadi rangup? selalu sy basuh n goreng.ok je rangup. dah masuk dalam sambal jd keras. kenapa ye?

    BalasPadam