Resepi II: Pau Gebu dan Lembut
Ini adalah entri pagi Sabtu. Pagi pagi lagi saya masuk dapur, dengan kepala masih berbelah bahagi. Apa lauk dan kuih yang hendak dimasak dsb. Banyak sangat senarai masakan dalam kepala yang ingin dicuba. Ya lah hari sabtu dan ahad, memang adalah waktu dan hari saya memasak.
Semasa menyediakan bahan untuk Nasi Karot dan Rosemary grilled Chicken di SINI, hati berkata kenapa tidak disediakan pau dan diperap sementara memasak nasi karot. Bukan apa, tapi memikirkan tepung pau dan inti pau masih ada. Kalau tak dibuat, alamak terbuang jer lah bahan utama membuat pau tu.
Lagipun saya tak puashati sebab baru ni, hubby bukan sekali komen tapi dua kali mengatakan pau saya tak cukup banyak inti. Katanya pau mesti penuh dengan inti. Haaa maka kuatlah alasannya untuk saya mengepau pagi semalam. Saya ambik banyak banyak gambar yang menayangkan intinya. Ambik kau. Jom kita pakat mengepau ramai ramai....
Saya sebelum ni dah cuba resepi Pau Gebu yang memang gebu dan sedap. Klik di SINI. Kali ini, saja lah nak cuba pulak resepi yang juga mendapat sambutan hangat dari kalangan ramai pembaca. Resepi ini diambil dari Kak Ton Myresepi. Dengan cara ini kita dapat pelbagaikan resepi pau.
Bahan yang digunakan adalah sama sahaja cuma sukatan berbeza dan cara penyediaannya juga berbeza. Walau bagaimanapun, kegebuannya adalah sama. Cuma yang saya perasan, permukaan pau yang dulu lebih licin permukaannya.
Aduhaai sebaik diangkat dari kukusan, 2 biji pau gebu ni dah hilang kerana tak tertahan melihat kelembutan dan kegebuannya. Masa panas panas, inti pun masih lembut mencair. Hmmm kekenyangan sambil memasak jer, tak sempat duduk makan beradap di meja makan pun.
Kali ini, saya masak untuk 2 adunan, dapatlah dalam 22 biji pau. Jom layan resepi pau gebu dan lembut ini pula...
Pau Gebu dan Lembut
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
250 gram (2 ½ cawan) tepung pau - ayak
3 gram (¾ sudu kecil) yis kering
2 gram (½ sudu kecil) baking powder
50 gram (4 sudu besar) gula kaster
20 gram (1 sudu besar) lemak sayuran
2 gram (1 sudu teh) bread softener
½ cawan air suam
Cara cara:
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener dan gula di dalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
Bahagikan doh kepada 30- 40 gram setiap satu. Rehatkan selama 10 minit lagi.
Masukkan inti dan tutup kemas. Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2" x 2") dan susun di dalam pengukus. Rehatkan pau selama 45 minit sebelum dikukus.
Untuk mengukus, didihkan air di dalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.
Kukus pau selama 10 minit. Tutup penutup pengukus dengan kain untuk mengelak air menitis atas pau semasa dikukus.
Kukus pau selama 10 minit. Tutup penutup pengukus dengan kain untuk mengelak air menitis atas pau semasa dikukus.
Nota:
Air perlu lah betul betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu dan utk pau yg sentiasa panas dan lembut, letakkan dlm rice cooker di atas nasi (jika mempunyai rice cooker yg ada pengukus).
Angkat bahagian pengukus yang ada pau dengan penutup sekali bagi memastikan pau tidak menggerutu permukaannya.
Angkat bahagian pengukus yang ada pau dengan penutup sekali bagi memastikan pau tidak menggerutu permukaannya.
haisshh mengalir2 air liur terpaksa D5 telan hehehehhe sedap tul nampak nyer haiissshhh terasa nk buat je..harap2 percubaan pertama buat pau menjadik ler ek. Thanks Azie kongsi resepi..
BalasPadamD5, kita ni sama. Sama sama budak baru belajar. Insya Allah jadi. Buat banyak dan simpan dalam freezer. Bila nak makan jer, steam sekejap. Terus mencair intinya...
Padamkeren
BalasPadammantap pau niee
BalasPadamsaya merupakan ibu bekerjaya......saya rasa seronok dan teruja wanita bekerjaya seperti puan rajin memasak.....entah macam mana saya jadi turut sama teruja utk memasak.....banyak jugak resepi dari blog puan saya jadikan menu keluarga.....diharap teruskan dengan apa yang puan buat....
BalasPadamtidak letak lemak sayuran xpa x
BalasPadamsaya,puan satiah dari kpg triso,nak tanya kalau kita buat pau kukus ni, dapatkah pau ni bakar dalam ketuhar.
BalasPadamBelum pernah cuba. Rasanya boleh. Akan jd mcm roti bakar
Padamsedapnye tgk gambar2 mskan awk, mmg nk try wat pau ptg ni ;) thanks resipi !! n nice blog
BalasPadamassalamualaikum.minta kbnrn ambil resepi ye. tq
BalasPadamkertas yang ade kat bawah pau tu nak dapat kat mane??
BalasPadam'
boleh bagi resepi inti kaya??
BalasPadamSalam. saya dah 2x buat guna resepi. Mmg sedap! anak2 suka sgt2. gebu. masalahnya 1 je, selalu x ckup2 hehehehe... thank u so much...
BalasPadamTerima kasih ....kerana resepi dlm blog puan telah byk membantu dlm masakan saya
BalasPadamMohon share
BalasPadamasalamualaikum,tq ye kerana berkongsi resepi :)
BalasPadamassamualaikum, sya belom lg try resepi ni..cuma sya nak tau..pau ni ketika ia sejuk adakah pau ni masih lg lembut?
BalasPadamSalam saya nak tnya. Saya belajar di india dan dkt sini susah nak cari lemak sayuran. Boleh ke saya gantikan dgn minyak sayuran or boleh ke jika saya tak letak langsung lemak sayuran tu? Harap sgt puan dpt reply. Thank you
BalasPadamHurmm.. inti dah siap. Tengah mencari resepi nak buat pau. Musim PKP ni, nak kena rajinkan diri memasak walau sibuk cm mana pun. Betul kata puan, buat banyak2. Bila nak kukus je. In Shaa Allah, nk try buat pau sekejap lagi. Nampak macam mudah. Hope menjadi lah. Hehehe.
BalasPadamThanks for sharing resepi.
Jemput singgah blog saya ya. sakinahms.blogspot.my
Resepi ni dapat berapa pau? Pau yg dah masak boleh Tak letak dlm freezer? Thx.
BalasPadamSaya buat untuk makan sendiri. Tak kira pula tapi ianya bergantung pada saiz pau yang kita buat. Timbang supaya saiz sama
Padammohon share resepi pau ini..harap2 dengan kesabaran moga jadi la
BalasPadam