Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Resepi II: Donut Yang Gebu Gebana


 Donut Yang Gebu Gebana

Apabila terbaca resepi Donut dari HaSue di Myresepi yang ditulis sebagai paling lembut, gebu dan sedap serta tak payah diperap, spontan saya jadi tertarik dan hati teruja untuk mencubanya walaupun baru beberapa hari lepas, saya membuat Donut kentang yang gebu gebana, pinjam istilah yang diguna Chah dari blog Bila Chah Ke Dapur. 

Boleh klik di SINI untuk melihat resepi Donut Kentang yang membuatkan saya tergoda habis, buang diet, buang segala, kerana donut, aku turutkan. Atau jika suka Donut Gebu Tradisional yang dijamin "Gebu Sampai Esok" boleh klik di SINI.


 Donut Yang Gebu Gebana

Donut ini saya buat pada pagi hari sabtu lepas. Hmm seronok sebab menyediakannya sangat cepat, sekejap jer dah terhasil 33 biji donut gebu ini. Doh yang kecil kecil yang terhasil semasa ditekap dengan acuan donut, digoreng begitu sahaja. Sambil menggoreng, sambil masuk mulut. Tak sempat pun nak salut dengan gula halus. Setakat ini, saya dah mencuba 3 resepi donut yang pada saya semuanya sedap. Sedap yang tersendiri lah

Jom tengok resepi di bawah yang mana dohnya juga sesuai untuk pelbagai jenis kuih muih yang memerlukan doh yang lembut. Jom layan resepi.......

 Donut Yang Gebu Gebana

Donut Gebu Lagi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.




Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk di SINI.



Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.



 Donut Yang Gebu Gebana

Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)



 Donut Yang Gebu Gebana


Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

 Donut Yang Gebu Gebana

 Donut Yang Gebu Gebana


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

96 ulasan for "Resepi II: Donut Yang Gebu Gebana"

  1. Assalam Azie.. sedapnyer donut.. bila nak mendonut ni? huhuu.. terlior sangat.. :)

    BalasPadam
  2. Shiela, skrg tengah excited nak mendonut. mengepau dan mengapam. Nampak gaya kena gi beli freezer lah. 2 peti sejuk pun tak muat nak letak kuih kuih frozen untuk saya makan sendiri. Lepas ni nak cuba talam beras resepi MIL Shiela pula. Yang ini berapa lama boleh tahan ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam kakak, bagaimana nak buat donut frozen? perlu bakar sekejp atau perlu goreng.

      Padam
  3. salam sis
    mmg gebu la..tgk kt pic yg last tue..nampak kgebuanya..zila amik resepi nie yer..kot2 time rajin dtg nk jgk try..;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm dear, gebu dan yang lainnya dari resepi sebelum ini, ianya tak perlu diperap. Boleh jer diperap tapi sengaja tak memerapnya sebab nak test resepi. Ambik jer kerana saya pun cuma memanjangkan resepi kawan kawan sebelum ini juga. semoga kita semua dapat ganjaran perkongsian ilmu yang bermanafaat...

      Padam
  4. salam Zie,lama nya akak tak melawat dapur Zie,tercium wangi donat tu lah dtg ni ada lagi tak Zie sedang lapo ni sbbt tadi makan awal heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm I pun terasa kekurangan juga bila lama Kak Noor tak menjenguk. Al maklumlah Kak Noor sedang meraikan kegembiraan bersama keluarga tersayang di London. Jeles tengok Kak Noor asyik ke London. Tahniah untuk Kak Noor, hubby dan anak anak.

      Padam
  5. itu la kelebihan cef..sambil masak..sambil makan..hehehe..sy pon selalu camtu..tambah pulak donat lembut pujaan hati!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ummi, hahaha betul tu tp nak kena control juga selera asyik nak mengunyah ni. Tak tahu bila nak stop.

      Padam
  6. I say, Azie, cannot tahan. I must make this gebu gebana donut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear PH, you should try as it takes less time to prepare as compare to other recipes. Can cut the waiting time. Time is precious, right.

      Padam
  7. sy selalu guna resepi ni untuk buat frozen. Senang utk buat breakfast atau minum ptg...kdg2 utk bento anak juga. mmg puas hati ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. FnF, i pun buat frozen. Senang sebab nak makan boleh terus goreng. Kadang kadang kita nak makan sebiji dua jer, tak adalah masa tu perlu nak mengadun doh donut kan. Jimat masa.

      Padam
  8. Salam Zie...
    Rahel pun penggemar donat...nampak halus dan cantek texture donat itu..gue suke..nanti nak try gak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rahel, sama lah kita. Tak mahu banyak banyak. Dapat 2 biji sekali makan, baru best. Jadi sentiasa nak makan.

      Padam
  9. As'salam Azie

    ct juga peminat donat, kalau nak buat cepat penyediaan donat ct memang selalu guna resipi dari hasue ni jer. molek sungguh bolat2 aje donat Azie tu bentuknya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm CT, rindunya menunggu CT buka kedai. Banyak kali menjenguk, masih bertutup. Alhamdulillah, you have finally back. Mmg kalau nak cepat, resepi ini lah yg terbaik. Kalau nak sedap, resepi donut kentang yg lagi gebu montel.

      Padam
  10. Hai Azie,
    bagusnya cara Azie...tunjuk step by step, jadi memang mudah untuk dijadikan panduan kepada pengunjung yang baru nak belajar buat donut...
    Amie dah link blog Azie di dapur Amie ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amie, bukan step by step sangat. Saya cuma suka mengambil gambar gambar masakan yang sedang disediakan sejak dari dulu dulu lagi. Yerima kasih Amie kerana sudi link my blog

      Padam
  11. Assalam Azie.
    Gebunya donut azie ni,geram pulak tgk.Saya dah lama tak buat donut....teringin nak makan tapi malasnya nak buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Norzie, I pun macam tu juga. Kadang kadang rasa malas sangat. Kalau macam tu, saya terus jer buat sebab kalau fikir fikir, mesti rasa bertambah malas.

      Padam
  12. Salam sis.nampak gebus donut tu.....kalau tak payah perap lama...cepat nak sediakan ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mamasya, betul cepat sangat sebab tak payah perap lama. saja nak buat kelainan

      Padam
  13. pernah cuba buat donut tp agak keras dan tak ada rasa..
    tq resepi ni..lepas ni nak buat lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan putus asa. Cuba resepi ini pulak. Insya Allah, menjadi dg gebunya

      Padam
  14. Assalam. nak tanya, Macammana nk buat frozen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh goreng seketika supaya ianya tidak melekat satu sama lain. Lepas tu masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dalam freezer

      Padam
  15. Kak azie..saya nk resepi ni yer..gebu sesangat...thanks coz x kedekut ilmu ya kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, sis. Saya sangat gembira jika ada yg sudi mencuba resepi yg saya paparkan di blog ini.

      Padam
  16. kenapa saya simpan dalam freez dan goreng balik berminyak sangat tak lalu nak makan ada sesapa boleh tolong .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm tak pernah pulak saya mengalami masalah spt itu. Biasanya saya goreng sekejap dan freeze. Sebelum dimakan, goreng sepenuhnya

      Padam
  17. Salam Cik Azie trm kasih ats resepi donut yg gebus mebus nih.Alhamdulillah..setlh byk kli mencuba bru jadi ikut resepi cik azie.Jazakallahhu khairan kathiro :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Alhamdulillah kerana berjaya menyediakannya.

      Padam
  18. Salam Kak Azie baru try resepi kak azie ni. Nampak senang. Nanti update result ye..hehee. TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah cuba. saya simpan dalam freezer dan digoreng semula bla hendak dihidangkan. Masih lembut sahaja donutnya

      Padam
    2. Saya pun bekukan juga.Budak2 nak pegi skolah pagi2 seng, goreng je buat sarapan. hehee. Tq for recipe ye

      Padam
    3. Betul tu. buat banyak banyak dan simpan dlm freezer. Bila ada tetamu, boleh dijadikan hidangan

      Padam
  19. Akak,
    saya dah guna resepi nie gebu & lembut.. Thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Buat banyak banyak dan simpan dlm freezer

      Padam
    2. Alhamdulillah kak...sy dh cube..tp sy x gune shortening pun..tp ttp lembut n gebu...suami pn suke n suh sy buat lg...=) thank u kak ats perkongsian bergune...

      Padam
    3. Alhamdulillah, tahniah

      Padam
  20. Salam kak zie, saya ni pengunjung baru blog kak dan nak try sgt resepi donut ni cause anak suka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Rina, donut kentang pun sedap. i suka sangat. Nnt cuba yg itu juga

      Padam
  21. As salam Kak Azie,
    Hari sabtu ni baru nak cuba resepi ni...sebab anak pun suka makan donut... selalu beli kat luar je...nanti saya update kan resultnya... nampak mudah je resepinya...Thanks

    BalasPadam
  22. Apa tu shortening

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam krim ada dijual di kedai bakeri atau Giant pun ada

      Padam
  23. As salam...Kak azie, donut saya tak segebu donut akak....mungkin tak sabar nak uli & goreng.... next time kena buat dengan sabar...:-), thanks for the resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sabar tu separuh daripada iman

      Padam
  24. As-salam... sudu kecil dan sudu besar yg kak azie slalu guna tu table spoon n tea spoon ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sudu besar tu tablespoon dan sk teaspoon. Saya guna sudu yg dibeli di kedai bakeri. Senang sikit sb sukatan lebih standard

      Padam
  25. Salam, nk try la resepi ni,,,2 susu pekat tu, susu pekat manis ke?? Tak manis sangat ke kalau letak susu ni sebb gula pun letak juga,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya susu pekat manis.

      Padam
    2. Salam alhamdulillah siap juga donut ikut resepi ni, dapat 28 biji, gebu2 pula tu, trima kasih ya atas resepi

      Padam
    3. Ada lebih oleh simpan dalam freezer

      Padam
  26. slm..shortening 2 kalu gnti dgn ovellate blh x..?

    BalasPadam
  27. Nyam nyam. Nak buat untuk buka puasa nanti ni. Mekasih ye share resepi..

    BalasPadam
  28. Sedapnya..kena cuba buat ni..thanks for the recipe..:-)

    BalasPadam
  29. Wow, sedapnye resipi akak. Sya tak guna shortening sebab skrg kat nigeria keje,api hasil nya sungguh memuaskan jugak. Gebu dan tak perlu tunggu dough naik. Sya cuba ke tiga kali dah... Terima kasih kerana sharing resipi.

    BalasPadam
  30. lengkap siap ada foto step by step..tumpang minta resepi, kak..

    BalasPadam
  31. Alhamdulillah..saya pon pakai resepi ni dan menjadi ♥♥♥...thanks a lot..saya dpt cuma 19biji je..nape ade yg dpt 28? Huhuhu..tapi mmg dh byk kali buat dan siap org tempah for frozen lg..rezeki2..tp mmg thanks a lot for this recipe..

    BalasPadam
  32. Assalammualaikum kak., dah try smlm...best dan lembut sgt2.., mcm kat kedai rasenye..sejuk pun masih lg lembut...sgt2 puas hati..tapi rupa donut sy tak secantik akak..lepas goreng mengerutu gitu...ada tips tak kak kalu nak dapatkan donut yg cantik..

    BalasPadam
  33. Best la, dah lama cari resepi donut nie.
    Rasa2 mcm tak sabar nak try esok

    BalasPadam
  34. Salam kak azie...kalu kita wat frozen ,biasanya berapa lama tahan ye...thanks...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Lama kalau dlm freezer. Berbulan pun ok.

      Padam
    2. Salam kak azie.. kalau saya gantikan tepung hi protein dgn gandum biasa .. result dia cemana ek? Lembut lg tak?

      Padam
  35. Assalamualaikum Sweet Azie :)
    Nak tanya bila dah terap kan dia akan kembang lg..
    cam ner nak buat supaya bentuk dia tak lari bila time nak goreng
    thanks ya

    BalasPadam
  36. Dah buat td lps ank2 merengek nk mkn donut buatan mamanya sendri. Best sedap mkn lps goreng walau tanpa gula. Cuma agak menggerutu n bentuk x cantik sbb x pkai acuan. Apapun tq for the recepi

    BalasPadam
  37. salam kak azie, mitok halal amik resipi dlm blog kak azie..sy buat kat umah alhamdulillah semua resipi kak azie sy buat menjadi.tqtqtqtq kak azie..

    BalasPadam
  38. Alhamdulillah sy dh cuba resepi ni mmg kebabus gebus nya......

    BalasPadam
  39. First time...best! Gebu terus!

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum k.azie!

    Tq soooooo much! 1st try kejap td folo guide akak utk resipi ni terus jd!!!! Seronoknyeeeee tgk anak makan berulang :) tq3 kak! Banyak pahala akak....

    BalasPadam
  41. Salam kak Azie...saya dah cuba resepi ni memang terbaikk..gebu gebas donut tu..cuma saya nak tanya kenapa yer bila saya goreng donut tu pagi kemudian simpan dlm bekas tak bertutup (cuma tutup dgn tudung saji)..bila nak mkn balik petang donut nya jadi keras..ada ke silap di mana2 yg menyebabkan donut tu tak jadi gebu gebas sampai ke petang..hihi

    BalasPadam
  42. Salam... Wah bestnye.. Bleh cuba ni...tapi shortening lok xdop huhuhu... Boleh tau x mana boleh dapat yang nak terap donut tu..

    BalasPadam
  43. Assalam azie. Time kasih utk resepi donutnya. Emy baru try resepi kawan. Gebu gebas juga. 1st time buat tdi.. hehe.. tq ya sis

    BalasPadam
  44. Alaaa...xde shortening..boleh tak?

    BalasPadam
  45. Assalamualakikum kak..saya baru nak belajar..nak tanya jika guna susu tepung 2 sudu besar tu perlu bancuh ke??

    BalasPadam
  46. awat sy buat x jadik ye kak.. yis tu x berbuih pun.

    BalasPadam
  47. Assalam kak Azie..tq so much share resepi ni..sy dah cuba resepi donut gebu ni..mmg menjadi dan gebu sgt kak. :-)



    BalasPadam
  48. Assalammualaikum... kak azie... sy memang suka blog akak, smau blog akak sy singgah.. memng best...sy da cuba resepi donut yg lama.. memng mnjadi, nk cuba plak yg x payah perap ni... trima kasih ye bg kongsi resepi..

    BalasPadam
  49. Assalamualaikum kak azie, saya dah cuba resepi donut gebu gebana ni. Memang menjadi. Gebu dan ringan sgt. Dah dua kali buat, anak2 suka. terima kasih kak.

    BalasPadam
  50. Huuu....gebunya...mesti lembutkan..saya mesti Cuba resepi awak. Take sabar dah.anak saga yang mencari bersama pun cakap sedap hehe

    BalasPadam
  51. Gebu sgt. Baru cuba tadi utk berbuka. Thanks aunty utk resipi 😙

    BalasPadam
  52. Gebu sangat... terima kasih untuk resepi donut ni👍👍👍

    BalasPadam
  53. Byk2 resepi donut gebu gebas inilah resepi paling cepat dan pantas.dlm pada demampanas ni yg xkebah2 tekak pulak dh mcm org ngidam 12bulan...gagahkan diri dan try buat. Not even 30min day siap donut dh siap digoreng. Dapat 50biji sbb buat comel2. Senang nak makan. Tq azie for the resepi.mmg lama xbuat donut sejak saya bcerai n ank2 xstay dgn saya.donut feveret ank2.bila nak uli donut teringat ank2. Tapi bila tekak nak Sgt mkn resepi ni pulak paling cepat. Hahahah dh siap pun. Sbhgian saya frozenkan. Tq so much dear azie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Sofea tabah dg apa shj ujian hidup ya. Kita diuji kerana kita mampu menanggungnya. Juga kerana Allah sayang pd kita

      Padam
  54. Blh ke kalau nk masukkn ape2 filling kt dlm donut tu..... mcm mne eh

    BalasPadam
  55. Assalamualikum thnk q, doghnut gebu dan lembut sesangat

    BalasPadam
  56. salam kak.. baru cuba buat donut ni.. dah menjadi dan gebu.. hahaha cuma saya dpt buat 15 biji je... hehehe ...

    BalasPadam
  57. Assalamualaikum Kak Azie...
    Terima kasih sudi shre rspi donat yg sedap dan gebu ni..minta halal ye...sy buat untuk jual donat ni..:) :)..Moga Allah melimpahkan rezeki Kak Azie.


    BalasPadam
  58. Salam..yis segera tu yg serbuk tu ye..

    BalasPadam
  59. Salam sis.. kalau kite buat donut tu pada malam hari.. kemudia simpan donut tersebut yg telah siap tanpa goreng di dalam frozen boleh Tak sis?. Sebab Esok pagi nya baru nak goreng donut tersebut.

    BalasPadam
  60. Balasan
    1. Pergi cari di kedai bakery atau kedia jual barangan membuat kek

      Padam