Part VII: Pembinaan Pagar
Sementara saya agak sibuk di bulan Ramadhan ini, saya tidak dapat berkongsi berkenaan masakan, saya ingin menyambung catatan berkenaan pembinaan pagar Villa Nur Qaseh. Sebelum nya Part VI di SINI.
Pagar kami amat mencabar sebenarnya kerana jika dilihat bentuk dan cara kemasukan kereta, adalah sedikit unik. Tidak lurus, jadi pembinaan kedua dua batu tembok amat amat membuatkan saya pening, apalagi memikirkan pemasangan pintu pagar automatik kemudiannya.
Aduh tak ada rupa pagar masa ni. Tengok ni, mata pun jadi senak. Ini adalah pembinaan meter elektrik dan air yang saya mahukan ianya dibuka dari luar. Manakala tembok batu pagar dibuatkan ruang untuk saya menyimpan baja baja dan peralatan untuk berkebun. Rugi jika tembok ini ditutup dan tidak memberi sebarang kegunaan.
Pembinaan tembok pagar di pintu pagar kedua. Asalnya hanya pintu pagar kecil sahaja tetapi memandangkan kawasan laman saya yang terbahagi kepada 4 bahagian, jadi saya rasa elok jika di buat pintu pagar besar yang boleh memuatkan kereta. Mana tahu ada kenduri kendara, boleh jer caterer menggunakan pintu pagar belakang untuk terus ke kawasan dry yard bagi urusan berkenaan.
Nampak tak, di bawah itu ada juga tong sampah. Saya meletak tong sampah di belakang rumah kerana tidak mahu pintu pagar yang digunakan untuk masuk ke rumah berbau sampah. Ia seharusnya mewangi untuk menyambut kepulangan kita setiap hari. Walau macamana sekali pun dijaga, tong sampah tetap tong sampah.
Ini pulak pagar di belakang dapur dan kawasan dry yard. Masa tu belum ada jiran, terpaksalah saya membuat pagar tanpa berkongsi. Apa apa pun dah rezeki mereka, saya pasti diberikan ganjaran juga kan.
Bagi menjimatkan kos, saya hanya menggunakan bata putih simen sahaja. Kelihatan juga piping untuk pemasangan lampu pagar.
Sekarang peringkat kerja kerja plastering batu pagar pula. Bahagian ini sangat penting untuk memastikan produk akhir yang cantik.
Aduh kalau tengok masa ini, memang tak percaya yang kini ianya dipenuhi pokok pokok menghijau.. Lubang digali bagi membuat laluan wiring elektrik untuk lampu dinding pagar.
Pembinaan topi pagar pun menimbulkan masalah. Pekerja yang membuat kerja kerja ni macam tak pandai atau sengaja curi tulang. Mesti lah ketebalan topi pagar tu sama dan permukaan atas tak boleh rata untuk mengelakkan air dari bertakung di atasnya. Topi mesti tinggi di atas dan cerun di sekeliling, jadi air hujan boleh jatuh serta tidak bertakung di atasnya.
Rupa pagar selepas di plaster dan dicat asas (foundation). Hahaha nampaklah sikit rupa pagar.
Pagar di laluan masuk utama ke porch. Ketika ini pagar dah hampir siap. Tengok besarnya tembok batu pagar kami kerana ianya akan nampak gah jika bersaiz besar.
Pemasangan pagar dari kayu belian pun dibuat 2 kali walaupun di sub kepada kontraktor Cina kerana mereka memang akan mengambil kesempatan untuk mengambil jalan mudah. Mungkin mereka fikir saya jahil dan tak tahu banyak bab bab pembinaan rumah.
Di bawah ini adalah warna asal kayu belian sebelum ianya dibuka dan dicat semula. Saya mahukan kayu yang berwarna gelap yang lebih konvensional seperti mana warna frame dan pintu kayu cengal yang dicat berwarna gelap. Lagi pulak kayu cengal, lama kelamaan akan berwarna kehitaman.
Cantiknya rumah puan
BalasPadamTerima kasih
PadamSaya nak jimat kos jadi cuba bikin sendiri
BalasPadamBrp kos keseluruhan pagar puan.upah dan barang sekali ke.harga kayu belian tu pulak brp kosnya.
BalasPadamBaizura,
PadamKami beli barang sendiri dan upah, jadi saya tak ingatlah berapa kos nya
Cantiknya....
BalasPadamCantiknya rmh...berapa total semua hsbis...👌
BalasPadamNk tanya..apa kod warna cat pagar tu ye. Yg warna coklat cair dgn coklat gelap tu.
BalasPadam