Nasi Goreng Ikan Bilis
Anak saya tanya kenapa masak nasi goreng malam sedangkan nasi goreng untuk pagi sahaja. Jawab saya, nasi goreng adalah masakan versatile yang boleh dimakan bila bila masa sahaja sepanjang hari. Kalau di kedai mamak, boleh order nasi goreng 24 jam bagi yang buka 24 jam. Saya sebenarnya tidak bercadang untuk memasak dalam sehari dua ini kerana belakang saya sangat tidak selesa hari ini. Tak tahu kalau ianya berkaitan dengan rawatan physio yang saya jalani semalam di Hospital Tropicana.
Tiba tiba jer hubby meminta saya membuat nasi goreng walaupun dimasak juga nasi putih untuk anak anak. Sambil menonton drama Dejavu di Kinabalu, saya memikirkan nasi goreng apa yang hendak dimasak kerana bahan bahan yang ada sangat terhad.
Saya menonton drama ini dengan hati yang geram pada Nadira yang tak setia dan Ammar yang perampas. Saya sangat adore Bazli yang membawa watak yang sangat ideal, kaya, handsome dan loving. Kesetiaan dan tekad Bazli hampir menyamai diri saya yang akan berbuat apa sahaja demi cinta sebelum mengaku kalah. Tiada istilah putus asa sehingga satu masa yang dirasakan enough is enough.
Bila drama dah hampir nak habis, baru teringatkan ikan bilis Langkawi yang sedap, saya terus memutuskan untuk membuat Nasi Goreng Ikan Bilis cara kampung yang sempoi. Ikan bilis yang kecil kecil ni sangat sedap bila digoreng rangup. Berbaloi membelinya walaupun agak mahal. Nasi goreng saya malam ini terasa sedap sekali, kadang kadang yang sempoi juga yang sedap...

Jom tengok resepinya...
Nasi Goreng Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Nasi putih
1 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 biji telur
Garam
Cili merah & daun sup - hiasan
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Boleh juga jika mahu ditumbuk sebahagian dari ikan bilis.
Tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih. Tumis cili kisar dan bawang sehingga cili garing dan betul betul masak.
Masukkan nasi dan kacau rata. Pecahkan telur dan dikacau supaya bergaul rata dengan nasi. Masukkan garam dan taburkan ikan bilis goreng.
Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Taburkan cili merah dan daun sup yang dihiris sebelum dihidangkan.
Simply Yummy! Makes me so hungry at this hour :)
BalasPadamBila tak tahu lauk apa yg hendak dimasak, nasi goreng adalah pilihan yg paling mudah. Boleh makan tanpa lauk pauk lain
PadamAzie.... Amie ingat malam ni kami tak makan nasi sebab siang tadi dah makan nasi tapau, tiba-tiba anak-anak dan suami rasa lapar, he he heh bukan Amie yang masak, tapi suami yang buat nasi goreng (ada nasi lebihan tersimpan dalam peti sejuk)... sebab lapar habis licin!
BalasPadamAzie gunakan ikan bilis Langkawi, suami Amie gunakan lebihan ikan goreng semalam.. siap bubuh kangkung lagi! Tapi tak lawanlah dengan Nasi Goreng yang Azie masak...
Amie, wah samalah kita ya. Nasi putih disimpan dalam peti sejuk ke? Tak pernah lagi saya buat gitu. Boleh cuba nanti.
Padamwah lapar lah Zie tengok nasi goreng ni,tadi makan awal kul 5.30 petang lepas anak balik sekolah terus dinner, akak pun masih ada tu nasi lebihan dlm petiais, dijamin tak basi Zie kalau simpan nasi dlm petiais esuk buat nasi goreng mmg lazattttttttttt
BalasPadamKak Noor, saya dpt pelajaran baru hari ni, simpan nasi dlm peti ais. Terima kasih
Padamhe hee sis terbawa2 upanya cita tu yer..kiranya cerita tu bergitu berkesan..esk pagi kita cdg nk wat nasi goreng..tumpang mkn kt sinilah:)
BalasPadamZila, mmg I suka tengok cerita tu. sebak bila tengok betapa setianya Bazli.
Padam