Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Asam Pedas Ayam


Masak Asam Pedas Ayam

Bagi saya, setiap masakan ada cerita, walaupun pada Yuna setiap lagu yang ada cerita. Teringat dulu setiap kali hubby mempunyai mesyuarat mingguan, Ikram akan membawa seperiuk besar asam pedas ayam yang dimasak oleh emak mertua beliau untuk dicicah dengan roti gardenia. Serius sangat sangat sedap. Saya boleh menambah berpinggan pinggan dan sering teringat. Tapi masa tu, tak tahu resepi untuk memasaknya sendiri. Kini Ikram pun tidak lagi bekerja di sini, jadi dah lama juga saya tak dapat makan asam pedas ayam. Itu lah kali pertama saya sebenarnya makan asam pedas ayam.

Masak Asam Pedas Ayam

Entah kenapa semalam tiba tiba teringin ingin nak makan asam pedas ayam. Resepi asam pedas yang biasa saya gunakan pun, memang dah sedap. Boleh sahaja ditukar dari ikan kepada ayam. Resepi itu, saya pelajari dari Norfaziah atau saya panggil sebagai Ita. Tapi untuk kelainan, saya menanya Pak Cik Google dan berjumpa dengan resepi dari fida daud Myresepi

Berdasarkan feedback mereka yang telah mencuba, menjadikan saya teruja sekali untuk mencubanya sendiri. Bangun pagi pagi lagi saya dah ke dapur dan menyediakan bahan menumis dan terus ditumis. Bila hubby balik jer dari kedai runcit, terus siang dan bersihkan ayam dan boleh terus dimasukkan ke dalam kuali. Cepat dan menjimatkan masa kerana selepas itu, saya mahu membuat Donut dan Tart Nenas pula. Yeaay, hari ni bolehlah saya cicah asam pedas ayam dengan roti sebab kekonon tak mahu makan nasi.

Jom layan resepi asam pedas ayam dari negeri Johor....

Masak Asam Pedas Ayam

Masak Asam Pedas Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 batang serai (dititik)
Daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.

Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.

Masak Asam Pedas Ayam

Masak Asam Pedas Ayam

Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam. Gaul sebati.

Masak Asam Pedas Ayam

Masak Asam Pedas Ayam

Tambahkan air secukupnya.

Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. 

Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.

Masak Asam Pedas Ayam

Masak Asam Pedas Ayam


Masak Asam Pedas Ayam

Nota
Kuah asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan.

Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya

Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam.


Masak Asam Pedas Ayam



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

53 ulasan for "Masak Asam Pedas Ayam"

  1. Sedapnya Azie,hubby saya org Melaka maka mmg asam pedaslah masakan kegemarannya.Kalau tak silap yang Azie masak ni asam pedas org Johor(daun kesum n bunga kantan)sbb kalau kat Melaka isi daun limau purut.Nanti nak cuba resepi Azie ni pulak.

    BalasPadam
  2. As salam Norzie. Saya pun suka asam pedas walaupun orang Kelantan. Yang ni resepi asam pedas Johor. Saya pun suka asam pedas melaka. setiap kali ke Melaka, mmg agenda nya mencari asam pedas. Cuba lah, sedap ni. cicah dg roti gardenia

    BalasPadam
  3. MasyaAllah sedpnyo kak !!! terliur..saya mmemng suka asam pedas. mak mertua orang melaka, asam pedas dia letak halba. versi ni pun sedap ni.huhu terliur..nak balik umah mak la .

    BalasPadam
  4. Siti, memang sedap sangat nih. Mai lah datang makan rumah kita. Kita ni rajin memasak tetapi tak ada orang nak memakannya. Kita pulak tengah kemaruk nak memasak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab banyak kongsi resepi dalam blog akak.saya selalu masak pakai resepi akak sebab saya baru belajar memasak.

      Padam
  5. Asslm kak Azie...nmpk pekat kuahnya...sedapnye kak... feveret saya asam pedas nih walaupun org pahang. hubby lak org melaka-johor, mmg asam pedas tu menu wajib keluarga hubby. tiap2 hari asam pedas pun takpe... mak mertua sy paling terer masak asam pedas. mak selalu letak sayur jeruk dalam asam pedas. mmg kaw2.

    BalasPadam
  6. FnF, apa kata you belajar dengan MIL. kalau boleh ambil sukatan yg tepat. Share kat sini, I nak sangat cari resepi orang orang tua yang memang dah pakar. klau kita masak sekali dg dia, kita boleh tengok sukatan. sebab I rasa kalau depa masak, rasa lagi kick la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akakk... Kalau xde bunga kantan xpe ke kak?

      Padam
  7. salam azie..tq berkunjung ke dapur akak..woww..tgk asam pedas azie ni pun dh menjejes airliur akak tau..hehe!

    BalasPadam
  8. Wslm Inahar, terima kasih juga atas kesudian berkunjung balas. semoga kita dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi selepas ini.

    BalasPadam
  9. wahhhhhh! telan air liur kak,tgk resepi nim..nak try lah nanti.aritu ada jgak tanya mama resepi nak masak ayam asam pedas ni..ingtkan susah..senang je rupanya:)
    terima kasih kak atas resepi tu..dan gmbr yg amat menyelerakan^^

    BalasPadam
  10. LP, terima kasih juga kerana sudi berkunjung dan meninggalkan sepatah dua kata komen yang pastinya menceriakan hari hari saya.

    Memang sedap asam pedas ni, kalau tak mahu makan dg nasi, boleh cicah dg roti putih

    BalasPadam
  11. sedap asam pedas......baru tau ayam boleh masak asam pedas.......

    BalasPadam
  12. wahhh sedap....dah bt dah...... dan bakal d update d http://elizamuslim.blogspot.com/ sy.... terima kasih resepi..tp sy tmbh 2 biji buah keras utk memekatkan kuah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh nanti saya follow ya

      Padam
    2. Thanks for the resrpies.saya dah pernah buat Tu hari memang sedap gile hubby tak pernah mkn asam pedas dia cube sikit lepas Tu mintak tambah satu pinggan nasi

      Padam
  13. Ayam sedang masak kat dapur. Thanks for the recipe!! Nanti update kt my blog pula :))

    BalasPadam
  14. Thanks for the recepi..I nk cuba ptg ni..first time nk msk asam pedas..Harap2 menjadi. ..its me NANI

    BalasPadam
  15. Sedap tak kalau letak bendi dlm asam pedas ayam?

    BalasPadam
  16. Aslkm.
    Kalu nk letak halba, ok x? Camne ye kalu nk resepi yg gn halba? Jarang masak actly. Pestaim nk try asam pedas ayam sbb hubby req :)
    Reen <3

    BalasPadam
  17. Asam pedas otw .. Atas dapur dh .. Thanks for sharing ..

    BalasPadam
  18. Tq kak azie! Sy dah cuba resipi ni. Sedap sangat.
    cuma sy ada tambah kiub tomyam sikit😆

    BalasPadam
  19. Asallam.
    Hye sis azie. Thnks for the receipe. Arini nk try masak asam pedas ayam ni plak. Actually sy slalu refer sis nye resepi if nk memasak. Maaf la sbb xminta izin dulu utk gunakan resepi sis utk rujukan. 1st time sy guna resepi sis utk buat puding caramel. Then curry ayam, buah melaka, sambal n a few resepi lagi la. Alhamdulillah... mnjadi smuanya. So arini sy mnta izin guna resepi asam pedas sis ni utk msk juadah berbuka nanti. Almaklumla... sy budak br blajar msk. Huhuhuuu... ape2 pon tq sis atas pnduan n resepi2 utk memasak ni. Salam ramadhan. ������

    BalasPadam
  20. Saya baru siap masak asam pdas ayam ni.. Menjadi.. Thanks kak azie resepi yg senang ni. Cume bunga kantan n daun kesom x de. So pakai serai n daun limau purut jek..

    BalasPadam
  21. Sbnrnya..lau nk wat lg kick..tmbh halia. Instead of lada hitam,I prefer lg halia sbb lbih mjadi asam pedasnya. Tmbh bendi,n yes mmg asam pedas ayam mmg lbih pekat drp ikan. Sy dah blaja wat asam pedas from my mom since form 1. She already passed away actlly..my hubby from Kelantan. Dia lbih ske masakan gulai2 nih.. Apepun,mmg asam pedas johor lau pndai buat mmg sedap.sy johorean n mmg dah mmsak asam pedas selama 15thn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh share resepi. Teruja utk belajar, resepi asli

      Padam
  22. best nya pndai masak sy xminat masak tpy sy tgh bljr memasak yla xkn nnty khwin husband kne mkn luar kn. ..hehehhe

    BalasPadam
  23. kak azie, sy fah cuba, mrmang sedaaaaaaap sy selalu tengok blog kak azir cari resepi semua senang and sedap tq yeeee.

    BalasPadam
  24. Sedap dan suka! Sejak study kat joho, mmg fav asam pedas xkira versi mana. Selalu buat. Kdg2 ikut versi asam pedas utara, nenek ajar. Lain sikit. Siap sangai beras sebelum diblend dan dimasukkan dalam kuah..

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah , tkasih Azie sdap sgt asam pdas ayam ni.....sy pun bust lbh kurang versi cmni cuma x letak belacan... Tp kali ni sy ikut betul2 resepi Azie. Best!

    BalasPadam
  26. Suka tengok auntie azie punya blog. Alhamdulillah, kebanyakkan resepi lauk pauk yang dari blog auntie azie, semuanya sedap. Saya minat memasak even sekarang umur 19. Thanks auntie azie. Update more recipe :) -Eiyqa Azman

    BalasPadam
  27. Baru siap buat td. Tq share resepi

    BalasPadam
  28. 2017..masih ramai dok kongsi resipi kak azie .termasuk lah saya..
    Tq sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kr sudi panjangkan resepi dlm blog ini. Luv u

      Padam
    2. Menu ptg ni.. Asam pedas.. Tq kak Azie atas perkongsian.. Harap2 menjadi 😊

      Padam
    3. Menu ptg ni.. Asam pedas.. Tq kak Azie atas perkongsian.. Harap2 menjadi 😊

      Padam
  29. salam kak zie...nak try msk ikut resepi ni kat kdai bole?slalu msk guna kesum dgn lada hitam je...minta halalkan resepi//terima kasih

    BalasPadam
  30. Saya suka dn sll buka page azie utk cr resepi...dan kbykn nya menarik dan menjadi..tq sis

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum kak azie...sedap nya kita tgk gambar asam pedas ayam nie..malam kang nk cuba buat jugak lar...pandai kak azie memasak ye,kita selalu buka resepi kak azie,bila kita nk masak😂😂

    BalasPadam
  32. kalau asam pedas johor tak letak serai..belacan..limau purut..hanya daun kesum or bunga kantan shj..

    BalasPadam
  33. Assalam kak azie.. Minta maaf saya newbie.. Nak tanya, maksud cili keeing itu direndam dan ditoskan maksudnya xperlu rebus ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Semua cili kering seeloknya direbus terutama jika ingin menyimpan. Tapi kalau utk sekali guna, boleh juga direndam dengan air panas, tos dan terus kisar.

      Padam
  34. Salam kak azie...if sy da ade cili blend...berapa sudu sy kena guna yerr??? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ikut suka pedas. Boleh letak 3 senduk nasi cili kisar. Kalau kurang pedas, boleh tambah lagi ketikanya sedang dididihkan. Nama pun asam pedas. Kena ada rasa masam dan pedas

      Padam
  35. as'salam kak azie.. saya baru nak cuba masak petang ni.. harap-harap menjadi lah.. firts time nak masak asam pedas ni.. terliuh gambar akak masok kan

    BalasPadam
  36. Salam kak azie. Saya mohon share resepi. Terima kasih.

    BalasPadam
  37. Salam kak azie.asam pedas ayam.memang sedap resepi akak

    BalasPadam
  38. Assalam kak azie.. Mmng terbaik akk punya asam pedas johor ni... Bile sy nk try akk punyer resepi ni... Mmng bertmbah2 suami sy... Lagi tmbah sayang sebb masak kesukaan asam pedas die.... Sedap sedappp jer ckp... Bertambah2 berulng makan.. ��tq kak reswpi nye.. TERBAIKKKK

    BalasPadam
  39. Resepi akak padu..... Bnyak saya ambik dlm Google resepi kak....

    BalasPadam
  40. Salam kak azie .. Resepi di boleh diguna pakai untuk ikan juga ke

    BalasPadam