Kuih Talam Pandan
Saya semalam memang tak ada ke mana mana, tak ada apa apa rancangan spesifik. Bagi melepaskan rasa kekeciwaan diri sendiri, saya menidurkan diri di pagi pagi hari. Bila bangun jer kepala pening semacam.
Saya memang jenis yang tak suka tidur siang dan tak boleh tidur siang. Terus berfikir dari duduk dengan tak dibuat apa apa, lebih baik saya buat kuih untuk dimakan semasa berbuka puasa di samping dapat saya update blog. Tapi hati berfikir lagi, kalau dimasak kuih muih, budak budak ni tak berapa suka. Hmm tiba tiba teringat untuk menghantar ke masjid sebagai juadah berbuka puasa. Tanpa berlengah, saya terus membuat senarai yang perlu dibeli hubby.
Lepas tu, kena pula decide kuih apa yang nak dibuat. Tanya Pak Cik Google minta diberi sedikit idea kuih muih yang sesuai. Dalam banyak banyak tu, mata terpandang kuih Talam Pandan yang memang sedap ala ala tepung pelita gitu. Dulu pernah dibuat sekali tetapi kejadiannya hancuis walaupun rasanya sedaaap. Bila dibuka link, terus ke blog masmurni dan bila di cari cari lagi, jumpa pula resepi yang sama di Myresepi.
Saya memang suka resepi di Myresepi sebab terdapat feedback dari mereka yang telah mencuba beserta dengan gambar sekali. Memang membantu kita membuat keputusan resepi mana yang mahu diambil. Berdasarkan feedback, memang ramai yang dah mencuba resepi ini. Bila disemak balik, rupanya saya pernah membuat Kuih Talam Pandan menggunakan resepi yang sama di SINI. Kiranya ini adalah kali kedua saya membuatnya.
Saya sebenarnya kadang kadang rasa putus asa bila kuih muih yang perlu dikukus seperti ini kerana ada jer cubaan untuk menggagalkan. Entah di mana silapnya, bahagian lapisan bawah dikukus hampir 1 jam, masih berair juga lagi di permukaan tengahnya. Tak tahu lah kalau sebab saya memasaknya terlalu sekejap sebelum betul betul naik wap. Bila puas menunggu, saya ambil keputusan untuk menceduk sahaja air keluar. Hmmm banyak pulak tu. Hampir satu mangkuk kecil. Nak kata air menitis, saya mengelap tudung pengukus setiap 5 minit sekali. Ada sesiapa yang pernah mencuba boleh bantu, saya memang suka kuih ini kerana kalau nak dibuat tepung pelita, malas nak membeli daun pisang.
Kuih ini dapat banyak juga, satu loyang saiz 10x10x3 dan beberapa acuan kecil untuk kami berbuka puasa. Tapi saya tak reti mengagak masa meletak dalam acuan menjadikan bahagian lapisan putih ternipis lah pulak berbanding lapisan hijau. Hmmm nasib lah untuk makan sendiri. Tapi tak tipu, bukan sebab bulan Ramadhan tapi bulan lain juga, tipu tu berdosa, memang sedap kuih ni. Cukup lembut dan kemanisannya. Cuma lain kali, saya nak double kan lapisan putih tu sebab macam nipis sangat atau buat 1 1/2 adunan ke giteww....
Kuih Talam Pandan
Cuba oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan (15 org=2 loyang)
Lapisan Bawah Hijau (A)
1 1/2 cwn gula
2 1/4 cwn tepung beras
1/3 cwn tepung gandum
5 1/2 cwn air pandan (10 helai daun pandan)
1 1/2 sb air kapur
Lapisan Atas Putih (B)
1/3 cwn tepung beras
3 cwn santan
4 sb tepung jagung
1 sk garam
Cara-cara
Campurkan semua bahan A. Kacau hingga tak bergentel dan tapis. Masak sekejap dgn api sederhana, kacau. Cukup sehingga naik wap dan gula hancur.
Isikan dalam acuan yg telah disapu minyak. Kukus hingga masak dalam 15-20 minit bergantung kepada saiz bekas. Saya kukus hampir 1 jam lamanya.
Campur semua bahan B. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
Tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.

Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, utk menghasilkan permukaan yg cantik & rata. Atau dilap tudung pengukus setiap 5 minit sekali.
Biar betul betul sejuk baru potong, jika boleh menggunakan pisau plastik.
Nota:
Biar betul betul sejuk baru potong, jika boleh menggunakan pisau plastik.
Nota:
Utk rujukan sendiri, kuih ini sangat sedap cuma lapisan atas perlu dibuat 2 adunan atau 1 1/2 adunan supaya nampak lebih seimbang ketebalan lapisannya.
Assalam kak Azie.. walaupun lapisan putih tu nipis tapi nampak talam ni sgt cantik... guna acuan silicon kan kak...lagi senang nak keluarkan. saya ni kes nak cepat asal kuih talam memang guna loyang je. selalu alas ngn daun pisang biar senang nak potong... kuih talam pandan lum penah buat lagi... ada kerajinan nnt nk try jugak InsyaAllah.
BalasPadamFnF, saya lapik plastik atas loyang sebab tak ada daun pisang. Yang dalam bekas ni hanya utk dimakan sendiri sahaja. Sedap sangat ni. Cuba lah
PadamSalam Kak Azie..kita suka sgt talam pandan..sedapp mkn yg sejuk ^^
BalasPadamYana, I pun suka sebab ala ala tepung pelita. Nyaman jer dimakan semasa sejuk
Padamkuih2 tradisional yg akak wat sume nmpk modern sbb guna acuan2 yg comey !!
BalasPadamZura, saya buat dlm bekas ni yang utk dimakan sendiri sahaja, yg lain semua dalam loyang. Tapi tak ambil gambar dslam loyang
Padamkak zie sedap tpg talam ni..yg nikee tahulah kak..semua bahan yg akak campur bersama santan tu akak kena masak di dlm periuk di atas dapur sampai likat..pastu baru kukus..pastu tutp dgn foil@ dgn plastik wrapper ok..kukusla sampai masak..
BalasPadamjdi lapisan atas dan bwh kena masak dulu..kalau dalam loyang pun kena tutp dgn foil juga....nilah yg susah masakan berkukus..air kukusan ngam-ngam sahaja tak leh byk sgt nanri byk air yg masuk..tips 4 u..
Nikee. Mungkin juga kerana saya masakkan sekejap sangat tk sempat likat. Oh tak tutup pulak loyang tu dg foil. Lain kali boleh cuba lagi? Terima kasih atas tips
Padamassalam.. terjumpa lak resepi ni.. dan pertanyaan tu... dari pengalaman saya kalu buat kuih talam ni kdg2 mmg akan berair diatasnye... apa yg saya belajar selalu nye kena lap air tu ngan tisu.... baru kuih talam kite cantek....
BalasPadamAs salam puan,
BalasPadamsaya memang selalu mencari idea masakan di blog ini. banyak resepi yang saya cuba dan alhamdulillah menjadi. terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dan tips2 yang sgt berguna. :)
nanti nak try buat
BalasPadamSangat sedap
BalasPadamAssalam kak Azie..
BalasPadamsaya pernh cuba buat kek coklat buttermilk akk..
sedap sangat, moist je.suami pun suka, dia kata kek resepi ni paling sedap.
kalau saya buat guna tepung gandum semua boleh tak kak?
tqsm kak.
salam kak..sy ni nak ucap terima kasih atas resepi2 akak..sy berniaga kuih talam semua dari resepi blog akak..alhamdulillah laku setiap hari..ramai yg kata sedap..moga Allah beri akak dan keluarga rezeki dan kesihatan berpanjangan..amin
BalasPadamRasa nak cuba resepi ni hari ini. Nak buat sedekah jiran2. Yang saya biaa tengok arwah mak dan makcik bust niaga. Masak likat. Masa kukus. Memang berair atasnya. Itu normal. Keluarkan loyang. Sendengkan loyang dan buang airnya. Dan letak semula dlm periuk kukus tanpa penutup tuk keringkankan mukanya. In Sya Allah. Cuma keluarga kami x pernah buat talam pandan. Tq share.
BalasPadamAs sal khaty. Blh share resepi Arwah bonda Khaty. Saya suka resepi turun temurun.
PadamSaya buat talam pandan guna tepong gandum tapi ada cara unt tecture kenyal dan lembut.
BalasPadamShare ler apa bhn utk kenyalkan tekturnya tu
PadamSaya sentiasa guna recipe ni, recipe yg sama tapi oleh joayee di myresipi.com Saya memang double kan lapisan putih. Memang sedap recipe ni
BalasPadam