Kuih Talam Berlauk
Sebelum ini memang saya tak pernah beli, tak pernah makan apalagi untuk membuatnya sendiri. Memang tak terliur langsung lah. Entah kenapa terlihat gambar Talam Berlauk dari blog mamahawa, jadi sangat sangat teruja untuk cuba memasak sendiri pulak. Itulah yang orang kata benci boleh bertukar sayang, begitu juga sebaliknya.
Gambar yang diambil sangat sangat cantik. Saya memang mengagumi blog yang mengambil gambar proses menyediakan kuih muih atau lauk pauk. Dari kecik saya suka tengok gambar memasak langkah demi langkah yang disiarkan dalam majalah. Pasti saya gunting dan simpan.
Gambar yang diambil sangat sangat cantik. Saya memang mengagumi blog yang mengambil gambar proses menyediakan kuih muih atau lauk pauk. Dari kecik saya suka tengok gambar memasak langkah demi langkah yang disiarkan dalam majalah. Pasti saya gunting dan simpan.
Biasanya resepi orang dulu dulu memang sedap kerana mereka membuat sendiri kuih muih untuk hidangan keluarga. Jadi bila dimasak berulang ulang kali, dah jadi pakar dalam bab masak memasak. Zaman sekarang, kalau nak makan ramai yang memilih untuk membeli jer, termasuklah saya. Sedangkan memasak ini perlu dibuat berulang kali untuk membuahkan hasil yang sempurna...
Tapi saya agak kurang berpuashati dengan kejadian kuih talam ini kerana saya membuatnya selepas balik dari pejabat. Apabila siap sahaja, hari sudah senja dan matahari mula tenggelam. Saya dah mula geram dan terus memaksa kuih tu dikeluarkan dari acuan sebelum ianya benar benar sejuk. Jadi kejadian kuihnya tak nampak licin dan cantik dan gambar juga blur blur. Hmmm memang tak puashati. Apa apa pun kuih ini memang sedap. Jom layan resepinya....
Tapi saya agak kurang berpuashati dengan kejadian kuih talam ini kerana saya membuatnya selepas balik dari pejabat. Apabila siap sahaja, hari sudah senja dan matahari mula tenggelam. Saya dah mula geram dan terus memaksa kuih tu dikeluarkan dari acuan sebelum ianya benar benar sejuk. Jadi kejadian kuihnya tak nampak licin dan cantik dan gambar juga blur blur. Hmmm memang tak puashati. Apa apa pun kuih ini memang sedap. Jom layan resepinya....
Talam Berlauk
oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan :
Utk bahagian bawah:
Utk bahagian bawah:
3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap Ayam/1 cawan santan segar pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
Satukan semua bahan dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan 1/4 cawan.
Untuk Lauk:
200 gram udang saiz kecil
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi
Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus.
Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yg dibuang kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa.
Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan.
Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan.
Cara Membuat Talam Berlauk:
Tuang adunan bahagian bawah ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak. Kukus selama lebih kurang 15 minit.
Kemudian buka dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya.
Kemudian buka dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya.
Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi. Guna bekas kecil, saya cuma kukus lagi 20 minit. Setelah sejuk, baru dipotong dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba..
Cantek laa dear.. kuih dan gambarnya.. cakap betul ni.. glad that u like it too.. Alhamdulillah..
BalasPadamShiela, huhuhu tak puashati tengok gambar kat blog Shiela tu yang selalu buat saya termenung macam mana nak menghasilkan gambar secantik itu
Padamsalam Zie
BalasPadamwah nampak sedap lah talam berlauk tu mesti nak cuba jugak nnti ni terliur tengok udang tu mesti sedap kan.
Kak Noor, I pun first time buat. Sedap lah pulak. Lepas masak, dah habis 3 ketul. Bulan puasa ni boleh cuba untuk ganti nasi kot
PadamKuih talam berlauk sudah mari....saya datang bawa piring ni,nak 2 biji ye.
BalasPadamRajin betul la Azie ni,balik kerja sempat lagi buat kuih talam yang agak susah ni.
Bulan puasa nanti nak cuba buat utk berbuka....nampak sedap sgt ni.
Norzie, mai lah. Kalau dekat rumah, hari hari saya boleh hantar. Kuih kuih tradisional gini, nak kena hantar kat jiran atau bawa pejabat. Budak budak ni tak makan. Ingatkan ada tetamu nak datang, ingatkan ada mengaji juga. Rupanya tak ada.
PadamSalam Azie..
BalasPadamsalam perkenalan dari hawa (mamahawa)
baru berkesempatan singgah ke sini...
Mmg marbeles kan resipi dari Sheila resipi dari MIL..
Hawa buat 1/2 adunnan sahaja... dh 2 kali buat mmg suka ngan
rasa adunnan yg kenyal2 kenyang mkn 2 ketul hehehe
cantik mould silicione berwarna pink bentuk love lagi hehehe :)
Terima kasih kerana sudi singgah. Cantik gambar kuih talam yang diambil sehingga saya menjadi teruja utk membuatnya. Nak tanya kalau you ada sapu minyak di bekas acuan sebab nampak cantik dan putih. Lain kali kalau utk kami sahaja, rasanya buat 1 cawan gandum jer. Tapi susah pulak dg menyukat santan dan air
PadamSelamat pagi Azie,
BalasPadammemang sungguh mengancam selera! Lauk kuih talam tu nampah fresh.... sedapnya! Suka makan kuih talam berlauk tapi belum berkesempatan buat di dapur sendiri. Baca entri Azie tentang kuih ni, rasa bersemangat pula nak mencubanya!
Amie, memang fresh sebab angkat dari pengukus, terus snap gambar sehingga tak sempat betul betul sejuk. Cubalah Amie, sedap sangat. Lauk tu dibuat lebih sikit sebab kalau tak habis, boleh makan dg nasi. Tapi kalau tak cukup, dah tak cantik kuih talam
PadamSalam kak...:))) bila tgk time hujan2 nie....bikin perut berbunyi jer kak :)) sedap sgt nampak ....siap ada udang lg....best2 :))
BalasPadamAsmah, hujan ni sedap dimakan dengan kopi O pekat tu.
Padamakak, adunan tepung tu sama cm adunan kuih cara ke..? (sory tanyer sbb saya budak br gedik nk masak)
BalasPadamZura, lebih kurang sahaja, bahan yang diguna kecuali kuih ini dikukus dan kuih cara dibakar. Tapi saya cadangkan Zura guna resepi di atas, sukatan di atas. Kalau tak ramai yang makan, buat 1/2 adunan pun dah cukup. Sedap sangat. Lauk tu boleh dibuat lebih sikit.
Padamakak, zura dh buat dh kuih nih.. tima kasih byk kak !!....
BalasPadamhttp://jalanjalan-makanmakan.blogspot.com/2012/07/kuih-talam-berlauk-kredit-to-kak-azie.html
Zura, sedapkan terutama di bulan puasa ni. Tapi sayang di rumah ni, semua orang tak suka. Saya kena habiskan sorang sorang dan bawa ke pejabat. Nnt saya visit blog Zura
Padamassalam..
BalasPadammacamna k.azie telangkupkan kuih tu setelah masak....nampak elok je...
Resipi yang bagus. Btw tak perlu compare gambar kuih dengan orang-orang lain la kak... Asal buat da menjadi & resipi ini da bermanfaat buat semua, da cukup bagus tu. REDHA :)
BalasPadamNampak sedap... Kena try nih... Sy sk gn resepi dr blog cik azie... Mintak halal yer...
BalasPadamNampak sedap... Kena try nih... Sy sk gn resepi dr blog cik azie... Mintak halal yer... Hana..
BalasPadamAlhamdulillah saya buat hari ni untuk harijadi Mama saya. Cantik sangat kejadian dia Puan. Terima kasih
BalasPadam