Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

The Best Ever Donut Kentang


The Best Ever Donut Kentang

Hari minggu baru ini, saya membuat sedikit kuih muih sempena kunjungan anak saudara saya, Farhan dan As ke rumah kami, maklum sehingga kini saya tak berkesempatan lagi melihat cucu saudara yang terbaharu. 

Di samping Kuih Bakar Pandan di SINI, saya bercadang untuk membuat satu lagi jenis kuih. Jadi saya membelek belek dan melawat lawat dapur geng geng untuk mendapatkan idea tentang kuih muih yang hendak dibuat.



Saya tertarik untuk membuat Donut Kentang selepas terbaca banyak cerita tentang keenakan dan kegebuan donut ini. Lebih lebih lagi bila membaca Izzah menulis yang donut ini sangat sangat sangat sedap, dikatakan best ever donut lagi. Haaa 3x sedap tu dengan lemak lemak kentang. Sungguh tergoda dengan  tulisan Izzah menyebabkan saya ke dapur untuk membuat donut pagi minggu walaupun hajat asal nak membuat puding karamel dengan coklat. Alahaai tertangguh lagi lah projek yang memang dah lama tertangguh. Beli silikon mould pun sebab kekonon nak buat puding karamel dengan kek coklat. Belum sampai seru lah kot.


The Best Ever Donut KentangThe Best Ever Donut Kentang

Pagi ini, saya juga membuat Kuih Bakar Pandan. Jadi sementara kuih bakar pandan dibakar di dalam oven, saya mulalah menyediakan dan mengadun Donut Kentang. Kira ngam ngam lah, kuih bakar masak, doh donut pun sedia untuk dikerjakan. Planning tu penting juga dalam bab masak memasak ni terutama orang macam saya yang sentiasa terkejar kejar masa.


The Best Ever Donut Kentang

The Best Ever Donut Kentang


Banyak tips yang diberi oleh Puan Fatmah, tuanpunya resepi ini memang membantu sesiapa yang baru belajar membuat donut seperti saya sendiri. Yang bestnya kita tak perlu tunggu lama untuk donut ni, cuma rehatkan sekejap jer.

Donut ini memang sangat sedap dan sangat gebu. Yang pasti memang "a keeper recipe" lah. Menyediakannya juga sangat cepat, jom sama sama buat donut untuk hidangan keluarga. Saya perlu belajar cara yang betul untuk menjadikan donut berbentuk bulat cantik. Satu adunan resepi ini boleh menghasilkan 22 biji donut yang gebuuu. Tak habis, boleh simpan dalam freezer.

Boleh tengok resepi yang saya dah olah sikit sikit dengan bahasa mudah untuk rujukan sendiri di masa hadapan kat bawah ni...

The Best Ever Donut Kentang

Donut Kentang 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan
500 gram tepung berprotein tinggi/gandum
50 gram susu tepung
11 gram yis kijang
200 gram kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
100 gram gula pasir
75 gram mentega/marjerin
½ sudu kecil garam
4 biji kuning telur
100 ml air sejuk dari peti ais

Cara-caram
Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, gula, susu tepung, yis dan digaul rata. 

Masukkan kentang halus, kacau rata dahulu sebelum dituang telur dan air sejuk. Uli hingga rata dan setengah elastik.

Selepas itu, baru dimasukkan mentega dan garam, uli terus hingga menjadi elastik. Rehatkan selama 15 minit. 

Bahagi doh kepada 50 gram dan dibulatkan licin. Rehatkan lagi selama 15 minit sehingga mengembang.  


The Best Ever Donut Kentang

Buatkan lubang di tengah tengah dengan gerakan memutar dan segera digoreng dalam minyak sederhana panas sehingga berwarna kuning keperangan. 

Angkat dan toskan. Tabur dengan gula kaster atau hias dengan coklat.


The Best Ever Donut Kentang

The Best Ever Donut Kentang


Jika mahu disimpan, boleh juga digoreng separuh masak.


The Best Ever Donut Kentang

Tips:
Sediakan semua bahan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum mula mengadun.

Aturannya yang perlu dipatuhi, yis tak boleh bertemu dengan majerin atau garam kerana dikuatiri akan mematikan yis. Masukkan hanya setelah adunan setengah kalis
Kentang perlu halus dan disejukkan dulu supaya yis tidak mati.

Uli adunan sehingga licin dan kalis elastik supaya menghasilkan donut yang bulat cantik ketika digoreng.

Rehatkan adunan selama 20-30 minit dengan ditutup supaya tidak kering.

Buat lubang ditengah dengan gerakan memutar dan terus digoreng dengan api sederhana supaya masak rata. Balik balikan apabila satu permukaan sudah kekuningan.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

24 ulasan for "The Best Ever Donut Kentang"

  1. Salam sejahtera Cik Azie

    Baru masuk dapur,masak air dan teringat nak bukak pc..dan nilah yg pertama saya tgk!

    Terimakasih kerana memberi idea. hehe tepung berprotin tinggi tu dah lama menunggu kat stor tu..
    Jumpa lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Mama Ju, elok juga sediakan donut kentang utk breakfast. Kalau lebih boleh frozen. Hampir seharian di luar, masih kekal sedap donut ni.

      Padam
  2. Tkasih juga kerana gulai darat tu...hehe saya bantai tumis sebelum ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama. Cuba buat gulai darat ayam. Sedap...

      Padam
  3. Balasan
    1. Dear, mmg gebu gebanaa. Dok kat luar hampir 20 jam, sedap jer lagi. Bb me ya, my bb was corrupted yesterday. All datas were missing

      Padam
    2. Donat kentang mmg best kan..kan kan...D5 tau lepas kali pertama buat tu bantat kawan d5 tak pueh hati esok buat lg tambah kentang n telur peeerrgghhhhh lembut giler n gebu..Seharian kiter org mkn donat ekkekekkek..

      Padam
    3. D5, best sangat donut kentang ni. Kalau boleh hari hari nak makan sebiji

      Padam
  4. CIK ZAH MMG SGT SEDAP..SUKA..TERIMA KASIH HIDANGAN KUIH MUIH YG SEDAP TUU..

    BalasPadam
    Balasan
    1. As, terima kasih. Nnt datang lagi. Jgn lupa sign sebagai follower ya. Klik join this site

      Padam
  5. kak zie gebu mcm kak zie..nikee bukan peminat donat kak sayang..tapi kalau ader yg hulur nikee ngapp...hmm kalau akak suka donut resepi baik ke ncc.donut week blog masakn indon..byk resepi best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha bila dah berumur, tak elok kurus kurus. Mesti gebu sikit

      Padam
  6. Assalam Azie.. amboi sedapnya nampak donut yg gebu tu.. nk cuba jugaklah nnti yer.. mohon share recipe yer.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Sheila, hahaha memang gebuuu sangat donut kentang ni. Sedap sangat sangat. Kalau Sheila buat, pasti gambar gambarnya lagi lah terserlah kegebuannya.

      Padam
  7. Wow! Your donuts look very fluffy. I can eat a few dozen of those...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, yes it is so soft and fluffy. I start to love eating donut with this kind of donut.

      Padam
  8. Assalam azie.
    Gebunya donut kentang ni....terliur sudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Norzie, memang gebu dan sedap berbanding dg donut biasa.

      Padam
  9. salam kak..kalu xda tepung susu.ganti susu pekat boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wani, fungsi keduanya berbeza di mana susu pekat lebih kepada untuk memberi rasa lemak dan manis. Saya cadangkan wani cuba dapatkan susu tepung. kalau tak ada juga, tambahlah gandum

      Padam
  10. tak sabar nak cuba ,biasa kalau buat donut jd keras kat luar ,kat dlm pun lembut masa panas je....sedih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba resepi ini pula sehingga kita berkenan di hati. Biasanya saya buat banyak dan disimpan dlm freezer

      Padam
  11. Salam kak. Nak tanya yis kijang tu instant yis ke? Resepi ni guna air sejuk. Selalunya yis guna air suam nak bagi hidup. Boleh akak tolong jelaskan. Thanks.

    BalasPadam