Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tom Yam Thai Yang Sedap


Tom Yam Thai Yang Sedap

Entah kenapa minggu lepas semasa sedang bermain main game dengan ipad saya, Aween meminta supaya dimasakkan Tom Yam. Tak pulak saya tahu kalau Aween selama ini suka makan Tom Yam ni. Saya dulu dulu pernah membuat Tom Yam Melayu yang dicampak campak jer ke dalam kuali. 

Oleh kerana saya ni berasal dari Kelantan yang bersempadan dengan Thailand agaknya, jadi masakan Thai ni bukan lah makanan kegemaran saya.  Saya juga ada  memasak tom yam menggunakan pes segera dari Thai yang memang pedas berapi. Senang jer, ceduk beberapa sudu dan masukkan dalam periuk dengan bahan bahan lain. Dah siaaap.  Tapi itulah bila kita bukan gemar sangat, jadi jarang lah kita membuatnya.


Tom Yam Thai Yang Sedap

Bila Aween dah menyebut gitu berulang kali, terfikir elok juga saya memasak tom yam, dah lah cepat dan mudah, rasanya saya belum ada lagi resepi Tom Yam untuk blog ini. Jadi bila bertanya Pak Cik Google, dapat jawapan resepi untuk membuat Tom Yam Thai dengan pes yang dimasak sendiri. Haaa itu diaaa. Jadi saya kena lah buat sendiri demi kelainan kan. Sebenarnya banyak jer pes tom yam segera yang sudah siap tapi mana ada thrill kan?

Hari ini saya memasak dalam keadaan keletihan dan tak ada mood langsung. Ambil gambar pun ala kadar sahaja.... mata mengantuk sangat sangat tapi fikiran belum mahu tidur. Demi anak anak yang meminta dimasakkan Tom Yam, saya gagahkan juga. Puashati bila melihat Aween menghirup tom yam dengan bertambah tambah berkali kali. Dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun. 


Tom Yam Thai Yang Sedap

Tom Yam Thai
diolah: Azie Kitchen

Bahan Pes Tom Yam:
7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar
Air asam jawa
Gula dan garam

Cara cara:
Semua bahan di atas di kisar.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes tom yam. 
Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.

Bahan Sup Tom Yam:
Ayam - potong kecil
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (tak bubuh)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar

Sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung


Cara cara:
Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.

Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.

Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.

Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.


Tom Yam Thai Yang Sedap


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

70 ulasan for "Tom Yam Thai Yang Sedap"

  1. salam Azie anak2 akak pun suka tomyam tomyam ayam,udang segala kadang2 kuah tu diaorang makan dengan mee lagi begitu lah suka snagat dgn tomyam hee.nampak sedap tomyam Azie semua benda ada meratah je kalau akak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Pagi Kak Noor, anak anak saya makan tom yam macam menghirup sup dan meratah gitu jer. Tapi I ni tak berapa gemar sangat tom yam. Makan juga tapi tidak lah makanan kegemaran...

      Padam
  2. slm..trima kasih kak dgn resepi ni. banyak pes2 tomyam dijual kat pasaran tapi kalau boleh nak juga buat pes sendiri..saya pla mmg peminat setia tomyam kak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau buat sendiri, dpt makan puas puas dan boleh adjust ikut selera sendiri. Kalau beli pes tu, pasti mahal dan sedikit sahaja.

      Padam
    2. Hari ni saya mencuba resipi ni...
      Saja nak try buat pra sebab sebelum ni guna pes beli..
      Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi yang sangat mudah ini...

      :)

      Padam
  3. as salam . pes tu nanti jadi pekat ka cair eh ? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buatlah pekat sebab boleh disimpan lama. Tp kalau ingin terus dimasak, tak kisahpun sebab akan dikacau sebati dg kuah tomyam juga

      Padam
    2. terima kaseh :)

      Padam
  4. susu tu utk ape pertama kali tgk resepi letak tomyam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya diletak susu cair utk rasa yang sedikit lemak lemak

      Padam
  5. As Salam.. Mintak izin nak resepi pes tomyam dan terima kasih kerana berkongsi resepi pes tomyam ni ye. Saya dan family suka makan tomyam. Tetapi nak jugak belajar buat pes tomyam sendiri. Wasalam.

    BalasPadam
  6. Salam, terima kasih kak kongsi resepi paste tomyam ni. ingat nak buat dan letak resepinya di blog sy, nanti sy akan link kan ke blog akak :)

    minta izin ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan. Kalau ada link, nnt senang utk saya menjenguk ke sana utk melihat hasil yg disediakan.

      Padam
  7. Mesti kah pakai susu cair,kiub tom yam sma udang kring?
    lpa beli... ~_~"

    BalasPadam
  8. Salam. semalam harijadi saya, anak-anak request ayah masak tom yam ayam. so jumpa resipi ni...sediakan pes agak remeh tapi hasil dia superp...mereka tak percaya saya yang masak tom ayam ala-ala thai....tq again

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh saya pun tumpang gembira mendengarnya

      Padam
  9. Salam akak. garam nak letak banyak mana eh? saya 1st time nak cuba masak tomyam. lagi satu kalu tak letak sos ikan boleh tak? sebab saya cari tak jumpa. huhu. ataupun ada tak contoh lain nak gantikan dengan sos ikan? Terima kaseh akak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Garam tu agak agak lah, lepas tu rasa. Kalau belum cukup masin, tambah lagi. Sos ikan tu sgt sedap dan digunakan dlm banyak masakan thai. Banyak dijual dipasaraya juga spt di Giant, Mydin atau kedai runcit. Cuba tanya dg mereka, Insya Allah pasti ada.

      Padam
  10. Salam akak..semalam saya ada try buat tomyam pakai resepi akak..1st time tau cuba masak tomyam..suami makan 3 pinggan..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, satu kepuasan pada seorang isteri

      Padam
  11. salam akak...
    nak try wat resepi akak tp klu x guna kiub tomyam ok x kak..??
    klu pes aj blh x kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer tapi rasanya kurang lah sikit kick. Sedap juga

      Padam
    2. salam kak,ad x resepi yong tau fu...??
      nak try bt kat umah lah kak...
      thank's

      Padam
  12. 2 kuib tomyam 2 masukkan bila??x der tulis pun dlm cara2 memasaknya 2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh masukkan kiub tomyam tu bersama dengan pes tomyam. Tk kisah sangat tu. Boleh masuk bila bila yang kita rasa sesuai.

      Padam
  13. nak tanyela....pes tomyam nak masak sampai macam mane ea...jadi kaler gelap ke?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pes ni biasanya sehingga betul betul garing dan masak. Tahan lama disimpan

      Padam
  14. Salam kak azie. ...dah try resipi ni mmg terangkat ...sedap sgt...makan dgn ayam goreng kunyit...resipi2 kak azie mmg sedap2 la

    BalasPadam
  15. Salam...nk tnya..pes tomyam yg kita buat tu kna guna semua ke atau ikut suka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpulang kepada citarasa sendiri dan berapa banyak kuah yang dibuat. Tambah sedikit sedikit sehingga rasa cukupnya. Kalau lebih boleh disimpan.

      Padam
  16. Bole tahu... kiub tom yam brand ape yg terbaik? TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba tom yam pes brand kung...memang sedap dan menyelerakan..tak perlu tambah serai halia cili hanya perlu 3 sudu atau mengikut kehendak sendiri...berminat??sila lawati http://www.facebook.com/KedaiKecilOnline..

      Padam
  17. kak azie, saya dah buat tomyam guna resepi akak. memang sedap. cuma saya tak letak kiub tomyam. takde kat rumah. tapi sedap. saya tak letak ayam. cuma udang dan sotong jer.

    BalasPadam
  18. Salam Kenal, saya dah buat resepi ni. Saya pun tak letak kiub tomyam tu. Memang puas hati sebab lebih sedap dari perencah siap tu. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    BalasPadam
  19. salam.. kak azie.. mmg terbaikkk lh.. sy xgeamr juga makan tom yam.. tapi dsebabkn sy akan bkerja dsteamboat area kl.. jadi akan ada wat test.. so harap2 sy dpt wat dgn sbaiknya.. mmg superb lah tom yam kak azie..
    thanks 4 kongsikan.. mnta izin ye mek akk punya resepi.. tq

    BalasPadam
  20. Salam kak.. Saya dah try.. Tapi tak masukkan belacan dan sos ikan. Tak ada kat rumah... Memang sedap. First time masak tomyam rasa macam ni. Macam makan kat kedai. Kalau ada belacan dan sos ikan mesti lagi terangkat... Hhee.. Terima kasih kak..

    BalasPadam
  21. resep tom yam ayam memang tidak ada matinya. slalu saja ada resep terbaru yang lebih lezat dan nikmat cara membuat tom yam pun tidak sulit. terima kasih yah udah sharing resep tom yam nya.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum....terima kasih atas perkongsian resipi akak. Saya boleh dikategorikan baru nak belajar masak...resipi akak agak mudah untuk saya mencuba. Saya akan cuba resipi tomyam ni,klu dh rasa nanti saya akan maklumkan lagi..terima kasih.

    BalasPadam
  23. salam kak azie.. mmg sedaplah tomyam guna resepi akak ni... mmg menjadi... tq byk2

    BalasPadam
  24. dah try...mmg umpph.udang kering mmg penambah kesedapan dlm masakan..nk sedap lg..daya campurkan air kelapa...mmg besh..tq azie.

    BalasPadam
  25. jenjalan singgah sini cari resepi tomyam thai..

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum akak.. Myea nk tny, masa nk buat pes tomyam, air asam jawa tu agak2 byk mane ek ? Myea baru nk belajar.. Tq

    BalasPadam
  27. perghhhhh terbaik baru cium bau aromanya terangkat habis x sabar nak rase buka puasa nanti harap isteri dan anak saya menyukainya..

    BalasPadam
  28. Salam kak...saya dah cuba buat pes tom yam ni memang sedap sangat...siap buat lebih dan bekukan so nak guna senang....mintak share resepi ye sy letak kt blog sy juga...memang betul2 menepati selera dan yg penting xde MSG...TQVM

    BalasPadam
  29. Lepas jadi isteri ni nak tak nak kene rajin masak..setiap kali google resepi mesti berakhir kat page k.azie..tq k.azie..byk sy blaja kat sini.. paling best resepi roti jala..sedap..skrg tgh buat pes tomyam..duduk negara org terpaksa la buat pes sendiri 😂

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum kak Azie, mohon halalkan semua resepi yg pernah saya cuba ya. hehehe
    setiap kali nak masak saya suka mencuba resepi kak azie... mostly memang menjadi step by step.

    terimakasih sudi bkongsi cara2 masakan.

    BalasPadam
  31. Sedap betul Tom Yam ni ..

    BalasPadam
  32. Ooo..padan la wife saya dok google sambil masak..hehe rupanya sedap gila tomyam resepi akak ni..licin kitorang bedal!! Syabas n thanks akak

    BalasPadam
  33. sedap kak...menjadi ikut resepi akk..nk mntk kbnran nk share resipi ni kt blog sye ye...tq...

    BalasPadam
  34. Salam saya nak tanya kenapa kena masukkan susu cair ye???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Susu cair untuk memberi rasa lemak

      Padam
  35. Sy br nk try resepi ni.. sblm ni mmg selalu try resepi blog Kak Azie.. marvellous!!! Mohon halalkan perkongsian ilmu ini.. sy doakan supaya murah rezeki kak Azie

    BalasPadam
  36. Salam, saya skip beberapa bahan sebab mak darah tinggi. Tapi masih sedap.. terima kasih sangat2 sbb berkongsi ilmu. Saya doakan yg baik2 buat Azie sekeluarga. - Liza.

    BalasPadam
  37. Kak azie, kalau tumis dlu bhn2 tu boleh ke? Ada beza x rasanya?

    BalasPadam
  38. Saya nK cubalah resepi ini.memang suka sangat tomyam.

    BalasPadam
  39. Salam kak kalau tak letak udang kering boleh ke? Maaf bertanya saya masih lg bru nk belajar 😊

    BalasPadam
  40. tak sabar kiter nak try wat jugak nim

    BalasPadam
  41. Terima kasih kak azie...blog akak mmg menjadi rujukan online sy. Esok sy akan cuba��

    BalasPadam
  42. Terima kasih kak azie, sy byk guna resepi dr blog kak azie untuk belajar memasak. Alhamdulillah en hubby suka sgt. Dlm tempoh baru bergelar isteri, blog kak azie byk sgt membantu sy. Sgt2 berterima kasih kak azie.

    BalasPadam
  43. Mohon guna resepinya ye kak zie 😊

    BalasPadam
  44. Firdaus suka ikut cara masakan kk azie.. Tpi firdaus suka rubah2 sikit mana yg tk suka nk masukn dlm tiap masakan tu.. Apa pun tq kk

    BalasPadam