Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Sup Ala Chinese Style

Mee Hoon Sup Ala Chinese Style

Saya memang suka makan clear soup ala ala chinese style macam sup fish ball di Chicken Rice Shop. Entah kenapa sehari dua ni, saya asyik kemaruk nak makan sup jer. Tak puas hati dengan mee hoon sup yang Juita order masa di Segamat baru baru ni. 


Mee Hoon Sup Ala Chinese Style

Sejak itu dalam kepala hanya ada mee hoon sup jer. Masa makan tengahari dengan kawan kawan di Pekan Kuah pun, mereka semua order mee hoon sup. 

Hanya saya seorang jer yang order mee goreng. Jadi semalam semasa balik dari kerja, saya terus singgah di kedai runcit membeli bahan bahan yang diperlukan kerana dah tak tertahan kemaruk mee hoon sup. 


Mee Hoon Sup Ala Chinese StyleMee Hoon Sup Ala Chinese Style
  
Semasa melayan layan Pak cik Google mencari resepi sup, terpandang satu resepi sup yang simple ala ala chinese style. Setelah saya amati bahan bahan yang digunakan adalah hampir sama dengan resepi yang ada dalam simpanan, saya pun mula mencari balik resepi yang saya simpan bertahun lamanya di dalam PC di pejabat.

Resepi yang sangat sedap ini saya pelajari dari Robitah 8 tahun yang lalu. Sup yang beliau sediakan sendiri untuk dihidangkan pada kami itu, sangat  berbeza dengan sup sup yang pernah saya makan sebelumnya. 

Kesedapannya membuatkan saya teringat ingat dan dengan muka tak malunya, saya menelefon meminta resepi. Walhalnya masa tu, dalam setahun hanya beberapa kali sahaja saya masuk ke dapur untuk memasak. 

Tapi memang kegemaran saya menyimpan resepi walaupun saya tidak memasaknya. Yang penting, saya mesti ada resepi makanan yang saya rasa sedap. Begitulah juga dengan resepi ini yang saya taip dan save di pejabat yang sehingga kini, belum pernah sekali pun dicuba. 


Mee Hoon Sup Ala Chinese StyleMee Hoon Sup Ala Chinese Style

Tapi oleh kerana saya tidak punya stock ikan tenggiri untuk dibuat fish ball sendiri, terpaksalah saya membeli readymade fish ball sahaja. Lagipun saya tak punya blender pengisar kering. Saya juga tak menyediakan daging cincang goreng kerana tak sempat mengeluarkannya dari freezer. 

Tapi hasilnya tetap sedap sampai hubby mengangkat mangkuk dan menghirup kuahnya sehingga licin macam iklan mee segera di TV dulu tu. Ingat tak? Heee kalau tak ingat, tak apa lah. Tak kuasa nak mengingatkan. Apakata kita layan dulu  resepinya....


Mee Hoon Sup Ala Chinese Style

Mee Hoon Sup
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Kuah Sup:
1 ekor ikan tenggiri papan - tulang dan kulit digoreng
200 gram ikan bilis - goreng
Sotong kering - goreng
4 ulas bawang putih - ketuk
1-2 inci halia - ketuk
Black pepper
Garam

Masak air secukupnya dan masukkan bawang putih dan  halia sehingga mendidih. Masukkan ikan bilis, tulang, kulit ikan dan sotong kering yang telah digoreng ke dalam periuk. 

Renihkan lama lama di atas dapur sebelum dimasukkan  garam dan black pepper. Hidangkan dengan mee hoon dan bahan hiasan.


Bahan Fish ball:
Isi ikan tenggiri
1 sudu besar tepung jagung
Garam
Black pepper
Bawang merah - hiris
Daun bawang - hiris

Satukan kesemua bahan di atas. Kisar menggunakan pengisar kering. Kepal kepalkan dan goreng.


Bahan bahan lain:
Udang - buang kulit dan goreng 
Daging cincang - goreng

Goreng udang dan daging secara berasingan menggunakan lebihan minyak menggoreng tulang ikan tadi.

Campurkan udang dan daging cincang yang digoreng dengan kicap cair popo dan pepper di dalam mangkuk berasingan.


Bahan Hiasan:
Daun sawi bunga dan taugeh – dicelur
Daun bawang - hiris
Cili padi hiris + kicap cair (popo)
Mee hoon - dicelur


Cara Menghidang:
Masukkan mee hoon ke dalam mangkuk dan sendukkan kuah ke dalamnya.

Letakkan fish ball, udang dan daging goreng.

Akhir sekali, masukkan daun sawi dan daun bawang. Masukkan cili padi di atasnya. 

Sedia untuk dihidangkan semasa panas panas.


Mee Hoon Sup Ala Chinese Style

Mee Hoon Sup Ala Chinese Style


Tadaaa....  


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Mee Hoon Sup Ala Chinese Style"