Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Kailan Dengan Udang


Masak Lemak Kailan Dengan Udang

Saya belajar resepi ini dari ex officemate, Kak Halimah yang saya panggil Kak Limah 25 tahun yang lalu. Sejak itu, saya banyak kali memasak kailan menggunakan resepi ini. 

Kalau biasanya masak lemak tidak ditumis tapi kali ini yang berbezanya bawang ditumis terlebih dahulu. Kailan yang pahit dan kelat itu sedap bila ditambah dengan udang kerana ianya menjadikan kuahnya manis dengan makanan laut kegemaran kami sekeluarga itu.

Masak Lemak Kailan Dengan Udang

Tapi saya sebenarnya dah bertahun juga tidak memasak Kailan seperti ini, malahan lama juga tidak membeli sayur kailan pun. Maklumlah budak budak bukan suka makan sayur sayur apalagi Kailan yang pahit. Jadi untuk menarik minat mereka, diletakkan sedikit udang gitu.

OK lah kita layan dulu resepinya. Cubalah, saya suka sangat sayur masak lemak putih yang dimasak sebegini. Lebih lebih lagi digandingkan dengan ikan masin atau ikan kering. 

Masak Lemak Kailan Dengan Udang

Masak Lemak Kailan Dengan Udang
Resepi: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Kailan - potong kecil kecil
Udang - buang kulit
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 cili merah - hiris
1 pek santan
Garam
Gula
Minyak masak

Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris sehingga kekuningan. Masukkan udang dan goreng seketika.

Masukkan santan dan dikacau rata. Masukkan batang kailan dahulu sebelum memasukkan daun kailan.

Akhir sekali, masukkan cili merah yang dihiris, garam dan sedikit gula.

Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih yang panas panas.


Masak Lemak Kailan Dengan Udang

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Masak Lemak Kailan Dengan Udang"