Masak Lemak Cili Api Ikan Parang Dg Belimbing Buluh
Masa saya buka peti ais petang tadi, terjumpa lak belimbing buluh baki Masak Lemak Telur Itik hari tu, di SINI. Rasa sayang pulak kalau busuk gitu jer sebab saya suka rasa belimbing buluh yang masam masam sikit bila dimakan dengan kuah lemak.
Haaa terus terfikir untuk membuat Masak Lemak Cili Api Ikan Parang Dengan Belimbing Buluh. Masak Lemak Cili Api lagi ya. Sudah tentulah, kerana Masak Lemak Cili Api ni lauk feveret chef di rumah ini. Feveret sebab senang nak masak dan feveret sebab sedap dimakan, lol.

Lagipun saya belum lagi memasak Ikan Parang yang dibeli di Morib hari tu. Ikan Parang ni yang saya tahu selain masak lemak, sedap dimasak Asam Pedas, Rebus Asam, Masak Tempoyak dan goreng garam kunyit. Lain lain, memang saya tak reti.
Saya pernah makan Masak Lemak Cili Api Ikan Parang yang dimasak dengan Pegaga. Sedap sangat tapi mana nak cari pegaga tu. Dalam kolam ikan rumah kami, ada lah 3 pasu pegaga, tak kan nak rembat yang tu kot. Beberapa hari lepas tengok Kak Noor dalam blog Bicara Kak Noor pun masak lemak yang dimasukkan pegaga. Kecur air liur tengok masakan Kak Noor. Nampak nya belum ada jodoh lagi nak masak pegaga, sebab kena ganti dengan belimbing buluh untuk mengelakkan pembaziran.

OK kita layan resepi dulu, untuk anak anak baru belajar memasak lah. Yang dah pro tu, tak payah lah tengok resepi, cukup kita bersembang dan berkenalan di alam siber jer...
Masak Lemak Cili Api Ikan Parang Dg Belimbing Buluh
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 keping ikan parang
3 keping ikan parang
7 biji cili api kampung
1 inci kunyit hidup
Daun kunyit
Garam
Santan secukupnya
Belimbing buluh
Cara cara:
Kisar cili padi dengan kunyit hidup. Masak bahan kisar bersama ikan sehingga air kering. Masukkan santan dan mula dikacau kacau dengan api perlahan supaya santan tak pecah minyak.
Masukkan daun kunyit dan belimbing buluh serta garam. Sesuaikan rasa dan boleh dimatikan api.

Eh Azie cam berjanji lah pulak ek nk buat kelas masak lemak hehheheh d5 pun masak lemak ari nie but masak lemak ketam kalau lah kiter jiran leh ler kiter tuko2 masakkan kannnnn...
BalasPadamD5, itu tandanya ada keserasian tu. D5 mengemas, saya pun mengemas. D5 ada ragi, saya pun tak mahu kalah, ada juga ragi. Skrg sama sama masak lemak pulak. Hahaha. Nnt dalam bulan Julai ada banyak majalah berkenaan rumah kita...
Padamtu lah tu hehheheh mmg best arrr camtu..majalah ape ek nnt d5 pi carik :D..Tapi beli je ragi tu xpandai pun nk masak apam tu ekekkekke nnt nk pi intai2 ler resepi kat blog Azie :D..
BalasPadamMajalah LAMAN dan majalah NONA.
Padamok nnt D5 cari .. Tahniah Azie umah Azie mmg cantik berkenan sgt d5 :D..
PadamTerima kasih D5
Padamsalam ukhwah azie...bestnya kalo dpt semangkuk msk lemak tu mkn ngan ns panas mmg ngamm sgt!
BalasPadamWslm Ummiaisyah, terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen dan salam perkenalan. Semoga kita dapat bertukar tukar pandangan dan idea demi kebaikan bersama. Harap jgn serik untuk berkunjung lagi.
Padamkak azie, boleh rasa masam2 belimbing buluh tu..sesuai sangat masam2 dengan lemak. boleh neutralkan balik. ;)
BalasPadamCW, betul rasa masam masam belimbing buluh tu sedap sangat bila pekena dengan kuah lemak
PadamSalam kenal...lapor diri jd follower... masak lemak....sedappp..tp kena lupa dlu seketika..dek kerana kolesterol..
BalasPadamWslm Wanie. Salam disambut dan laporan diterima. Ada ke tempat nak kunjungan balas. Saya pun makan sikit jer semalam sebab memikir badan yang dah lagi berisi. Nnt jgn lupa beli majalah NONA ada Azie dan Villa Nur Qaseh di dalamnya
Padammakkk aiii myelerakan ni...suka jugak masak lemak cili api ni..lagi pedas lagi umphhh...
BalasPadampush up container tu QH beli kt sni...http://www.facebook.com/sunnahqasrina
Dear QH, I suka yang tang telur ikan tu, memang feveret. Dalam perjalanan dari Segamat tadi teringat apa yang QH tulis dalam entri push up container tu. like it very much, pasal cucu tu aje yang jakun. I pun nak cakap macam tu juga lah.
Padam