Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Kicap Ikan Kerisi


Masak Kicap Ikan Kerisi


Menu hari ini memang tidak dirancang langsung. Bila hubby memberi isyarat untuk makan malam di rumah, saya pun terus mengeluarkan ikan kerisi dari peti ais. Dalam kepala, tercari cari dan terfikir, apa aku nak masak dengan ikan ni. Masak tauchu? Masak pedas? Masak cili padi? Tiba tiba jer saya terlintas untuk memasak kicap kerana rasanya lama juga saya tak memasak kicap samada daging, ayam atau ikan.

Masak Kicap Ikan Kerisi

Yang seronok menyediakan masak kicap kerana bahan yang digunakan sangat ringkas dan penyediaannya sangat cepat. Yang penting, anak anak sukakan kicap. Kalau kuah yang disediakan tidak menepati selera mereka, pasti kicap yang dicari untuk dijadikan sebagai kuah. Begitulah suka nya mereka pada kicap. 

Mengenai ikan kerisi ini pulak, aduuh memang sedap ikan kerisi ni. Biasanya makan ikan kerisi kecil selebar 3-4 jari sahaja. Tapi yang kami beli di Morib baru ni, sangat besar. Memang puas menikmati keenakan isi ikan kerisi yang memang manis rasanya.

Jom kita layan cara saya membuat masak kicap...

Masak Kicap Ikan Kerisi

Masak Kicap Ikan Kerisi 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 keping ikan kerisi
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
1/2 biji bawang besar - mayang
1 biji cili merah
1 batang kayu manis
Kicap 
Sedikit cuka
Gula
Sos ikan

Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Keluarkan sedikit minyak menggoreng ikan dan guna untuk menumis bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis. Tumis sehingga wangi.

Masak Kicap Ikan Kerisi


Masukkan kicap, cuka, gula dan sedikit air. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kalau ada daun sup, masukkan juga. Sesuaikan rasa dan bolehlah dituang ke atas ikan yang digoreng tadi.

Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Nota:
Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit cili kisar semasa menumis.

Masak Kicap Ikan Kerisi


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

14 ulasan for "Masak Kicap Ikan Kerisi"

  1. Masak simple2 macam ni mmg sedap Zie,anak akak yang sulung tu kalau boleh hari2 masak kicap pun ok je yalah kalau kicap kat umah sebotol besar tu kejab je habis hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor, sama lah dg rumah ni. Mereka suka makan nasi dg kicap wp disediakan macam macam kuah

      Padam
  2. masak macam ni confirm tak bazir...hihihi ;)

    BalasPadam
  3. Masak kicap nie pebret D5 hari2 masak pun xpe hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, my kids love masak kicap. Tapi I sendiri, tak berapa gemar kicap dan masakan berkicap

      Padam
  4. aduh.. suka bangat ikan... family members x suka ikan lah kak... asyik2 ayam.. asyik ayam... bestnya ikan kicap tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ogyep, ayam mmg kegemaran budak budak tapi Alhamdulillah, anak kami suka juga ikan. Seumur hidup tak pernah jumpa ikan kerisi besar. Sedap sangat rasanya. Nnt nak ajak hubby pergi Morib lagi, cari ikan segar

      Padam
  5. wahh besarnya ikan kerisi tuuu...macam ikan merah lah pulak... dulu2 saya x suka ikan kerisi..nape ntah..tapi lelama, uii itu dulu yg dicekau masuk pinggan...tingat pulak ikan kerisi bakar sumbat belakang resepi mak..:(

    BalasPadam
  6. Chah, itulah seumur hidup jumpa kerisi yg sgt besar. Masa kecik kecik dulu, ikan kerisi di bubuh garam kunyit dan goreng atau dibakar sahaja. Huhuhu sedap lah pulak. Kecur air liur.

    BalasPadam
  7. Terima kasih Azie sebab beri ilham utk masak ikan kerisi masak kicap malam ni.. ^_^

    BalasPadam
  8. itu ikan kerisi atau ikan tenggiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan kerisi. Kena baca entri juga

      Padam
    2. Mcm ikn tenggiri...lebar betul ikan kerisi akak :)

      Padam