Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Lompang Yang Sedap

Kuih Lompang Yang Sedap

Salam dari Langkawi untuk semua. Esok saya akan ada acara melawat lawat tempat tempat menarik di Langkawi. Walaupun saya banyak kali ke sini tapi tak pernah lagi melawat tempat tempat seperti Gua Kelawar, bird feeding dsb. 

Biasanya kami menghabiskan masa dengan menemani anak berenang, shopping dan makan makan jer. Tapi kali ini datang atas urusan kerja. Sementara masih di sini, tak bolehlah nak memasak, jadi nak tayang kuih muih yang dimasak sebelum ini sahaja.


Kuih Lompang Yang Sedap

Kuih Lompang ni antara kuih kegemaran saya. Dengan warna coklat hitam berkilat menawan, bersaiz kecik yang muat semulut sekali makan, lagi lah sebiji sebiji hilang dari pinggan tanpa disedari. Resepi ini memang sedap dan secukup rasa kelembutan dan kemanisannya.


Resepi yang sama dengan Kuih Kaswi, cuma bila dimasukkan dalam acuan lompang, jadi lah Kuih Lompang. Betul tak gitu? Kalau Kuih Kaswi, sepatutnya dimasukkan ke dalam loyang dan dipotong kemudian digolek keseluruhannya dalam kelapa parut. 

Setahu saya itulah perbezaan antara Kuih Lompang dengan Kuih Kaswi. Hahaha tak tahu lah apa pulak pendapat orang yang pakar dalam bab masak memasak.


Kuih Lompang Yang SedapKuih Lompang Yang Sedap

Kalau untuk makan kami sekeluarga sehari habis, rasanya adunan ni agak banyak. Lain kali nak buat separuh adunan jer. Baru terasa sedap dek ketidakcukupan. Apa apa yang sedikit dan tak cukup, itu lah yang menjadikannya bertambah sedap. Jom kita layan gambar dan resepinya...


Kuih Lompang Yang Sedap

Kuih Lompang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
½ cawan gula pasir
1 cawan gula merah
½ cawan air
3 helai daun pandan

Bahan B
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
½ cawan tepung beras
½ cawan  isi durian (opsyenal)
Sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cawan air

Acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam

Cara-Cara :
Masak bahan A sehingga gula larut, tapis dan sejukkan. Masukkan 3 cawan air, air kapur dan garam ke dalamnya.

Ayakkan ke semua tepung dan masukkan ke dalam air gula tadi. Kacau rata.

Tapis bancuhan tepung ke dalam kuali untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(boleh juga di blend kesemua bahan). Akhir sekali masukkan isi durian.

Kacau seketika di atas api yg kecil sehingga kelihatan agak pekat. 

Sapu acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan dan panaskan acuan di dalam pengukus seketika. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak. 

Biarkan kuih betul betul sejuk, barulah dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut + sedikit garam yang dikukus sekejap supaya tahan lama.

Kuih Lompang Yang SedapKuih Lompang Yang Sedap


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Kuih Lompang Yang Sedap"

  1. salam azie,kalau x nk guna isi durian pon bolekan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shima, kalau tak mahu guna durian, just omit the durian. Tanpa durian pun sedap sangat

      Padam
  2. Memang nampak sedap kuih lompang tu Azie... dan comel sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amie, sedap dengan tekstur kenyal kenyal dan secukup rasa kemanisannya

      Padam
  3. Salam singgah.. Lama tak makan kuih ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur, terima kasih kerana sudi singgah. Saya baru tiba di rumah dari Langkawi

      Padam
  4. Salam Kak Azie,

    suka.. suka.. suka.. kuih lompang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ogyep, saya pun suka kuih lompang. 1 biji sekali masuk mulut. Yummy yummy...

      Padam
  5. Gula merah yang digunakan itu dark brown sugar atau gula merah yg warna red orangy... saya tengok warna lompang tu dark brown.. wondering apa yg penyebab dark brown tu..

    my versi gunakkan palm sugar or gula melaka je... teringin nak cuba your resipi ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna gula merah yang seolah gula melaka hancur tu

      Padam