Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Owh La La Kuih Talam Seri Muka


Owh La La Kuih Talam Seri Muka

Owh La La Kuih Talam Seri Muka

Owh la la saya menyanyi keriangan kerana berjaya menghasilkan Kuih Talam Seri Muka yang sedap. Dari segi rasa, memang dah sangat perfect. Ada rasa sedap macam kuih Seri Muka yang dihidangkan masa tea break di seminar yang saya makan berketul ketul tu. Cuma kena improve dari segi kejadiannya. Ini kena deal baik baik dengan Cik Trio.


Owh La La Kuih Talam Seri Muka

Saya pernah cuba resepi ini yang diambil dari Curlybabe's tapi entah kenapa kejadiannya pada masa itu, hancuis walaupun rasanya superb. Saya tak pernah menyalahkan resepi kerana ramai yang dah mencuba berjaya menghasilkan kuih Seri Muka yang elok jer kejadiannya. 

Kemungkinan besar sebab ia berpunca dari pengukus saya yang memang dah uzur, tak bertutup rapat menyebabkan air jatuh dengan banyak. Nak tengok yang dulu? Malu lah... Nah klik jer di SINI kalau nak tengok sangat kejadian dulu tu. Kalau tak menjadi, juga kita belajar, juga satu pengalaman. Belajar dari kesilapan tu, lebih terkesan tau...

Jadi hari ini bila terpandang di blog Yatie  Sinar Kehidupanku, entri kuih Talam Seri Muka yang juga menggunakan resepi yang sama, hati terus teruja untuk mencuba sekali lagi. Walaupun saya bukan lah terlalu menggemari kuih ini tapi saya ingin sekali demi kepuasan diri sendiri untuk menghasilkan Kuih Seri Muka yang bukan saja elok kejadiannya tetapi juga rasanya yang layak diberi 5 bintang.


Owh La La Kuih Talam Seri Muka


Lagi pulak, saya belum lagi memasak Kuih Seri Muka menggunakan Trio Steamer yang asalnya saya beli khas untuk memasak kuih kuih talam yang boleh memuatkan dulang 4 persegi 10x10. Lagi lah menambah keterujaannya untuk mencuba resepi ini. 

Walaubagaimana pun, oleh kerana saya hanya ingin membuat separuh sahaja dari lapisan bawah, saya menggunakan loyang bulat bersaiz 8" jer. Sebab tak punya loyang 4 persegi yang bersaiz kecil. Saya sengaja tidak mengelap penutup kukus semasa sedang dikukus sebab nak test prestasi Cik Trio. Hmm banyak juga kesan air jatuh menitis.  Tak apalah sebab kalau lain kali dilap, sepatutnya lebih eloklah kejadiannya. Saya optimis. 


Owh La La Kuih Talam Seri Muka

Apa apa pun saya sangat puashati kerana berjaya menghasilkan Kuih Talam Seri Muka yang sedap. Kalau dulu, ianya lembik di bahagian atas, kini elok sekata masaknya. 

Boleh lah cuba sendiri untuk dijadikan sajian hidangan petang atau breakfast pun sesuai juga. Bagi yang belum tengok resepi, boleh tengok di bawah ini.... Jom layan gambar gambarnya sekali...


Owh La La Kuih Talam Seri Muka

Owh La La Kuih Talam Seri Muka

Kuih Talam Seri Muka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam halus
sedikit minyak masak (terutama jika guna santan kotak)

Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.

Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Dialas plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.  Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang 10x10x2". 

 
Bahan Lapisan Atas:-
Bahan A
250 gm gula kaster
100 gm tepung kastard
400 ml santan pekat (saya guna 600 ml)
400 ml air (guna 200 ml)
10 helai daun pandan- diblender dengan air di atas.-tapis

Bahan B
4 biji telur
½ sudu kecil garam halus
¼ sudu kecil pandan essence (jika suka)
Pewarna hijau- secukupnya

Cara Cara
Kacau rata bahan A dan masukkan bahan bahan B. Kacau hingga sebati atau diblender kesemuanya. Tapis ke dalam periuk dan masak dalam 2 - 3 minit sambil dikacau hingga naik wap sahaja. 

Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30-40 minit. Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar benar sejuk.


Owh La La Kuih Talam Seri Muka

Owh La La Kuih Talam Seri Muka

Nota:
Saya hanya membuat separuh dari adunan lapisan bawah. Lapisan atas mengikut resepi. Cuma dilebihkan santan kerana nak menghabiskan santan yang dibeli.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

16 ulasan for "Owh La La Kuih Talam Seri Muka"

  1. salam Kak Azie,
    baru nampak berasap dapurnya.. dari kejauhan nampak asapnya... bau harum kuih talam x dapat kuhidu, hidung ku tersumbat.. cough & cold... sobsobsob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa ciaan sahabat ku ini. Saya pun semalam tak sihat, macam gastrik. Kalau pakai pandan fresh memang wangi semerbak. Semalam letak pula pandan paste, lagi lah bertambah wangiannya.

      Padam
  2. mmg elok sgt dh kak kejadian kuih seri muka tu...nmpk sedap pulak tu...suka atsnya tu tebal cmtu...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. QH, pagi ni masa gi breakfast, nampak ada jual kuih Seri Muka. Cantiknya bahagian atas licin rata. Macam mana depa buat ya. Bungkus tutup pengukus ke. Kalau cik trio, boleh ke di bungkus penutup nyer.

      Padam
  3. selamat malam Zie,klau kak Noor kuih ni akak ambik yg pulut nye saja yg hijau tu kalau ada sikit2 je boleh lah haha pelik tapi benar,tapi yg Azie buat ni mmg cantik macam tuan dia jugak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh terbalik tu. biasanya orang suka lapisan atas. Memang kegemaran berbeza beza kan? Kali ni, bahagian bawah buat 1/2 adunan jer, tu sebab nampak nipis berbanding dg lapisan atas.

      Padam
  4. salam.. mmmm.. terasa lemak manisnya dalam mulut ni. Sedapp..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul, Ibundo. Bila masuk mulut, lapisan atas tu macam melted gitu jer dalam mulut. Sedap nyer.

      Padam
  5. Assalamualaikum Azie,
    waduhhhhhh cantik kejadian talam serimuka ni, tahniah dah berjaya buat kuih yg sungguh cantik dan sedap...akak pun guna trio steamer tu, mmng takleh tutup dngn kain..tapi jngn bimbang, bila kuih dah masak..ianya tetap cantik permukaannya..kalau ada air sedikit pun, just sengetkan loyang dan buang air guna tisu atau sudu..pastu biarkan sejuk..tu je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa terharunya blogger terkenal macam Yatie sudi singgah dan meninggalkan komen di sini. Thank you so much. Tapi ada air menitik yang sampai berlekuk lah. Rasanya sebab air dari plastik yang diguna untuk wrap loyang kot menitis atas kuih. Plastik tu dah tersenget ke bahagian dalam loyang. Terima kasih kerana bagi tips untuk membuang lebihan air. Insya Allah lepas ni, sepatutnya kejadian yang lebih baik.

      Padam
  6. Terima kasih share resepi... dah siap buat kuih seri muka ini..... tunggu sejuk.... tapi saya sedikit risau la .... sebab guna daun pandan 10 helai kan dan blender ambek air saje..... bhn A dan B saye campur... lepas tu saya panas kan ... dalam 2-3 minit... saye saje rase... rase pandan tu kuat la..... memang macam tu kee.......

    BalasPadam
  7. tkasih..saya mau cuba dulu ya...

    BalasPadam
  8. Salam..saya nak tanya...sukatan bahan2 ni guna loyang 10x10 kan..kalau nak guna loyang 8x8 berapa pula sukatannya?

    BalasPadam
  9. Kk.azie..
    Trio tu sz apa ye....truja la nk bli dn buat talam mcm akk

    BalasPadam
  10. Memang x guna tepung gandum...

    BalasPadam