Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jom Layan Karipap Ayam

Karipap Ayam

Penyediaan inti karipap dan doh sebenarnya dibuat pagi semalam tapi bila tiba tiba hubby menunaikan hasrat saya untuk bersiar siar sambil mencari makan makanan laut di Morib petang Ahad lepas, terpaksalah disimpan di dalam peti sejuk dan projek disambung pada malam tadi. Semua menjadi mudah, sebab tinggal mencanai dan menggoreng sahaja. OK juga lah tu. Yang ni dikatakan bersusah dahulu, bersenang kemudiannya.

Tapi mudah mudah pun badan dah penat, lepas memasak baru mula mencanai. Jadi agak lewat juga baru siap dikelim dan digoreng sebab ada permintaan. Yang gambar di bawah ini digoreng separuh masak untuk disimpan dalam freezer. 

Jadi tahu tahu jer la, bila badan dah penat, janji siap jer. Saiz pun ada besar kecil, macam ceriter pilem P. Ramlee itu, hantam saja lah, Labu. Makanya, kejadian pun hanya sedap untuk dimakan jer.. untuk dijamu mata, ada kureng sikit. Lebih lebih lagi gambar yang di snap tengah malam dan mood pun dah tak hilang. 

Karipap Ayam

Kalau sebelum ini saya membuat Karipap Sardin, klik di SINI tapi hari ini saya menyediakan pula Karipap Ayam kerana saya tahu anak anak dan hubby lebih suka ayam berbanding dengan sardin. 

Kali ini saya menggunakan resepi pastri Kak Besah Myresepi pula. Saja jer nak pelbagaikan resepi di Azie Kitchen kan sebab resepi ini hanya menggunakan minyak masak untuk pastri. Resepi ini menghasilkan kuantiti yang banyak, kalau buat sedikit, dibahagikan lah.

Karipap Ayam

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini yang saya juga membuat karipap ayam yang dipraktiskan berkali kali sehingga menepati selera saya. Bahan dan cara membuat intinya sama sahaja dengan resepi Kak Besah ni, cuma bezanya saya meletakkan bawang besar, cili merah dan daun bawang jer. Tak sah kalau tak ada ini. Yang selebihnya ikut citarasa masing masing lah. 

Jom layan dulu...

Karipap Ayam
Karipap Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan (banyak hasilnya..)

Inti Karipap:
3 biji kentang - dipotong dadu
½ kg daging ayam - dipotong kecil.
5 sudu besar rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air.
1 biji bawang besar - potong dadu
7 biji bawang merah - tumbuk
5 biji bawang putih  - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
3 sudu besar gula atau secukup rasa
Garam secukup rasa
Daun sup - hiris
Cili merah - hiris (tak letak sebab dah pedas)
1 senduk minyak masak

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.

Masukkan daging/ayam dan air. Tutup supaya daging cepat empuk.  

Lepas itu, masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk dan inti kering. Jika belum empuk, tambahkan sedikit air.

Sesuaikan rasa garam dan gulanya. Angkat dan biar inti sejuk.


Pastri karipap (buat hanya 1/2 adunan):
1 kg tepung gandum.
½ senduk minyak masak (340ml)
500 ml air paip (1 botol kecil mineral) + 1 sb garam.

Cara cara:
Panaskan minyak hingga betul betul panas, lalu curahkan ke dalam tepung yang telah dibuat lubang di tengahnya. Kacau rata dengan garpu dulu.

Bila tepung dah mulai suam suam, gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan air garam sedikit2 sambil digaul/diuli hingga menjadi doh. 

Air tak semestinya habis digunakan. Tak perlu uli dengan kuat mcm buat donut. Asal sudah sebati cukup. Doh tu biar lah agak keras sikit, sebab bila dah diperap dalam plastik, ia akan jadi lembut.

Masukkan doh dalam plastik yg tak bocor dan ikat dengan getah. Biar dalam 15 minit supaya doh berpeluh dan menjadi lembut.

Ambil secubit doh lalu digentel bulat sebesar penutup botol mineral. Buat dlm 15 biji dulu. Ikat balik plastik doh.

Gelek guli guli doh hingga leper (jgn nipis sangat). Letakkan sesudu inti dan kelimkan. Ulang sampai habis.


Karipap Ayam

Cara Menggoreng:
Goreng dengan minyak yang banyak dan menggunakan api perlahan supaya pastri tak menggerutu.

Panaskan minyak supaya betul betul panas dan tutup api. Masukkan karipap dan hidupkan api yang perlahan. Sentiasa dibalik balikkan. Goreng sehingga keemasan. Ulang kaedah sama untuk menggoreng seterusnya.

Jika tak boleh siap mengelim karipap ni, jgn risau sebab pastri tahan 24 jam tanpa masuk fridge. (tapi inti kena la masuk fridge..). 

Cara Menyimpan:
Untuk menyimpan karipap yang telah dibuat untuk kegunaan masa akan datang, rujuk cara menyimpan dalam freezer di SINI ya.

Karipap Ayam

Karipap Ayam



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

17 ulasan for "Jom Layan Karipap Ayam"

  1. salam Zie, pagi2 nampak karipap mmg sedap ni tapi baru je lepas makan banyak tu boleh minta utk simpan petang nanti heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor, masa buat semalam badan memang dah penat tapi sebab ada permintaan terpaksa lah ditunaikan juga. Selebihnya digoreng separa masak. Bila badan dah penat, nak makan pun tak lalu.

      Padam
  2. Balasan
    1. LP, mai lah rumah. Saya buat semalam besar besar sebab nak bagi cepat siap. Sebijik pun dah kenyang

      Padam
  3. Azie, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi kongsi resepi karipap yg sedap ini! Dah banyak saya cuba resepi karipap,inilah yg paling best! Dan paling saya happy sebab you ada banyak resepi kelantan. Definitely will keep coming to your blog :) Thanks again!

    BalasPadam
  4. Azie, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi share resepi karipap yg sangat ini! Dah banyak saya cuba, resepi karipap ini yang paling best! Best of all you ada resepi kelantan. Best222, pasti saya akan selalu mengunjungi your blog. Thanks again!

    BalasPadam
  5. anak-anak sy pon suke mkn karipap ayam.slalu beli yg frozen aje.sng nk buat.hubby pon suke buat karipap ikan jek.nak try gak lah

    BalasPadam
  6. Family jannah ske sgt dgn resepi karipap ayam.jannah buat frozen,so suami tiap2 ari bwk bekal utk breakfast. Jannah guna doh yg pakai melted butter.terima kasih kongsi resepi ni n ade resepi lain jgk jannah buat dr blog kak azie. Jannah dh buat brownies red velvet smue nye jd.. tq so much.

    BalasPadam
  7. sedapnye karipap inti ayam.. mak mertua sy selalu buat...nk cuba jugak lah.. thanks kak azie for resepi ;)

    BalasPadam
  8. Tq kak azie for sharing the recipe. Dah try. Sedap sangat. Husben pun suka. Cuma nextime kena uli doh nipis sket..sebab terbuat tebal.hehe. tapi rasa ok. Tq

    BalasPadam
  9. Wah... now rina tinggal.di perantauan setahun. Nak makan karipap terpaksa buat sdn. Sebelum ni beli je. Thank kak azi for the recipe

    BalasPadam
  10. mohon ambil resepi ya..
    ada permintaan :-)

    BalasPadam
  11. Nak try laaa buat.. Terima kasih atas resepi puan Azie 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis Azie kalau pakai cup mcm mane ye?1 cup@1/2cup?

      Padam
  12. Terbaik azie kitchen. Blog masakan No1

    BalasPadam
  13. Blog masakan No1 Di Malaysia .. terbaik azie kitchen

    BalasPadam
  14. Sis doh tu jadi liat x?😅

    BalasPadam