Ayam Sweet Sour
Selain Nasi Arab Hadramaut, saya juga menyediakan Ayam Masak Sweet Sour. Pertamanya kerana hubby hanya membeli 1 ekor ayam sahaja untuk nasi arab ini. Bila potong 4, hanya ada 4 bahagian besar, sedangkan kami berlima. Keduanya kerana Aween tak puas hati sebab beberapa hari lepas, dia minta Ayam Sweet Sour tapi saya masak Ayam Masak Merah.
Ingatkan dia tak tahu perbezaan, jadi saya cakap lah, sama jer Ayam Masak Merah dengan Ayam Sweet Sour tu. Jawabnya "mana sama, Ayam Masak Merah ada sambal pedas tapi Sweet Sour tak pedas dan ada rasa masam manis". Ohh rupanya dia tahu perbezaannya ya...
Jadi nak menambahkan lauk Nasi Arab Hadramaut, kot kot tak cukup, saya masak lah Ayam Sweet Sour juga. Klik di SINI untuk resepi Nasi Arab Hadramaut ya. Melayu kawin Arab lah jadinya. Bukan nak cakap, bila dah kawin macam ni, yang Melayu juga sebati dengan selera saya. Melayu juga yang sedap. Semua makan Ayam Sweet Sour juga dengan Nasi Arab.

Jom layan resepi mudah Ayam Sweet Sour seperti berikut:
Ayam Sweet Sour
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Ayam - lumur garam & serbuk kunyit
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Gula
Garam
1 batang serai - ketuk
1 batang serai - ketuk
1 labu bawang besar - hiris
1 biji tomato buah - belah 6
Cara cara:
Goreng ayam yang telah dilumur garam dan serbuk kunyit. Angkat dan ketepikan. Buang sedikit minyak, jika terlalu banyak.
Kisar cili merah, bawang merah dan bawang putih. Tumis bahan kisar menggunakan minyak menggoreng ayam tadi bersama serai sehingga wangi dan garing.
Kisar cili merah, bawang merah dan bawang putih. Tumis bahan kisar menggunakan minyak menggoreng ayam tadi bersama serai sehingga wangi dan garing.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata.
Masukkan garam dan gula. Masukkan bawang besar dan tomato.
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Boleh diangkat dan dihidangkan panas panas.
Assalamualaikum Kak azie. Salam perkenalan. Saya normilah.dah lama ikut perkembangan kak azie. Saya nak Tanya Kak. Untuk resepi di atas akak ada titik serai tak. Nampak mcm ada sebatang serai Je tu. Ke mata saya Ni yg salah. Sekadar bertanya. Coz teringin nak Cuba masak resepi ni
BalasPadamWslm. Saya dah update
PadamAssalam..k.azie..nk mitak guna resepi ni ya..tq
BalasPadamAssalamualaikum wbt
BalasPadamMohon share resepi..tq😊
Assalamualaikum..
BalasPadamKalau x keberatan, blh tahu berapa sukatan sos cili,sos tomato n sos tiram utk resepi ini?maaf,saya baru belajar memasak..
ikut citer rase lidah nak masam letak tomato lebeh nak manis letak cili lebeh
Padam