Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sardin Masak Lemak Cili Padi

Sardin Masak Lemak Cili Padi

Saya tiba tiba jer teringin nak memasak sardin. selepas terpandang resepi sardin dari Koleksi Resepi Nannie. Oleh kerana semua bahan mencukupi, saya pun mula memasak sebaik sampai di rumah. 

Jangan tak tahu, hari ini saya memasak 3 jenis lauk serentak. Sambil yang ini dikacau di kuali, saya menyediakan bahan untuk lauk yang lain pula. Memang terkejar kejar lah sikit. Pernah sekali bahan yang digunakan tertukar dan tercampur, rempah yang untuk masakan lain dah tertumis untuk masakan yang lain. Haaa sampai gitu sekali jadinya.


Sardin Masak Lemak Cili Padi

Sambil memasak, saya sendiri akan snap gambar gambar kerana yang ini memang hobi  yang tak dapat dipisahkan. Dari kecil memang saya suka tengok gambar masakan yang mengandungi gambar langkah demi langkah. Jadi sementara saya tengah mood rajin ni, saya buat lah. Bila mood dah hilang, mungkin saya akan snap yang final jer.

Sedap sangat masak lemak cili padi ini kerana pada saya apa apa yang berasaskan sardin, memang kegemaran. Tapi selain dari sardin, saya punya gulai lemak hari ini memang kaw kaw dengan santan yang cukup dan bahan yang cukup. Saya memasak dengan api perlahan supaya gulai tidak pecah minyak. Jadi gulai yang dihasilkan memang cantik dan menyelerakan. Jom layan...  

Sardin Masak Lemak Cili Padi



Sardin Masak Lemak Cili Api
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tin ikan sardin mackerel
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
4 biji ubi kentang
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk:
4 tangkai cili api
2 cm kunyit hidup

Cara cara:
Kupas semua ubi kentang dan bawang besar serta dipotong empat.

Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit. 

Guna kan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak. Biar kan ubi kentang masak sampai empuk.

Sardin Masak Lemak Cili Padi

Masukkan semua ikan sardin makeral dan kuah nya sekali, kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan sekata.


Sardin Masak Lemak Cili Padi

Akhir sekali rasa garam jika kurang masin tambah la garam.

Sardin Masak Lemak Cili Padi

Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas. 

Sardin Masak Lemak Cili Padi

Sardin Masak Lemak Cili Padi



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Sardin Masak Lemak Cili Padi"