Muffin Coklat Sedap
Selepas solat subuh, saya terus mengambil ipad dan meninjau ninjau blog blog masakan. Rasa macam lama pulak saya tak memasak. Sejak diet ni, saya kurangkan masuk ke dapur. Sebab kalau masuk dapur jer, ada yang masuk ke mulut.
Alhamdulillah dah nampak kesan, saya dah boleh pakai dress yang dibeli di KB untuk sesi magazine photoshoot semalam. Azamnya saya nak slim sikit semasa bercuti ke US supaya lebih cergas semasa di sana.
Siapa kata percutian tak perlukan stamina, perlu sebenarnya kerana banyak aktiviti berjalan dan berjalan kan? Lagi pulak, bila banyak baju dah tak muat, kena beli baju baru. Macam my friend, Yarina tanya samada saya nak slim down atau nak beli baju baru? Hahahaha nak juga baju baru dan nak juga slim. Hmmm the naughty of me.
Alhamdulillah dah nampak kesan, saya dah boleh pakai dress yang dibeli di KB untuk sesi magazine photoshoot semalam. Azamnya saya nak slim sikit semasa bercuti ke US supaya lebih cergas semasa di sana.
Siapa kata percutian tak perlukan stamina, perlu sebenarnya kerana banyak aktiviti berjalan dan berjalan kan? Lagi pulak, bila banyak baju dah tak muat, kena beli baju baru. Macam my friend, Yarina tanya samada saya nak slim down atau nak beli baju baru? Hahahaha nak juga baju baru dan nak juga slim. Hmmm the naughty of me.
Berbalik pada resepi ini, tertarik sebab Izah tulis, resepi yang diguna kalau ada order dan juga resepi kegemaran hubby dia. Saya jumpa resepi ini di blog Yatie, asalnya. Resepi kadang kadang sama jer tapi apa yang ditulis, kadang kadang menjadi faktor sesuatu resepi dipilih untuk dicuba.
Hmmm, itu saya lah. Tak tau lah pulak orang lain. Saya suka baca komen yang ditinggalkan berkenaan dengan resepi tersebut untuk diambil perhatian bila kita membuatnya. Lagipun resepi ni mudah, pakai kacau kacau jer. Satu adunan menghasilkan lebih kurang 36 muffin. Lain kali, kalau tak ada function, buat setengah adunan pun dah cukup.
Hmmm, itu saya lah. Tak tau lah pulak orang lain. Saya suka baca komen yang ditinggalkan berkenaan dengan resepi tersebut untuk diambil perhatian bila kita membuatnya. Lagipun resepi ni mudah, pakai kacau kacau jer. Satu adunan menghasilkan lebih kurang 36 muffin. Lain kali, kalau tak ada function, buat setengah adunan pun dah cukup.
Oleh kerana muffin ni agak banyak, saya menyimpan di dalam freezer. Ianya boleh tahan sehingga 3 bulan. Untuk melihat cara cara penyimpanan muffin atau kek, adalah seperti di bawah.
Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam
Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 ¾ cawan je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
Bahan C
¾ cawan air panas
Cara-cara:
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Saya bakar selama 25 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Saya bakar selama 25 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.
Cara cara freeze muffin
Sejukkan muffin. Bungkus dalam aluminium foil atau freezer bag. Labelkan resepi dan tarikh. Kalau menggunakan freezer bag, keluarkan semua udara sebelum bag di seal. Simpan muffin di dalam freezer sehingga 3 bulan.
Untuk menggunakan muffin yang difrozen:
1. keluarkan dari freezer bag dan panaskan dalam oven pada suhu 170C sehingga sudah panas.
2. Keluarkan muffin dan biarkan ianya thaw sepenuhnya. Kemudian panaskan dalam microvave selama 20 saat dan tambah lagi sehingga mencapai kepanasan yang kita inginkan.
Selamat berhujung minggu Azie,
BalasPadammoga tercapailah berat & bentuk badan ideal.
Memang banyak hasil mufin tu, kadang-kadang jenuh nak habiskan, eloklah buat untuk keperluan saja, sebab kalau kak Amie buat, selalunya berhari-hari tak habis, kadang-kadang memang tak habis.
Sayangnya dengan Amie sebab sudi menemankan saya pagi ini dengan meninggalkan komen. Really it really makes me happy. Sebab pagi pagi sunyi jer, tak tahu nak buat apa. Sat lagi nak exercise guna stepper. Memang banyak lah Amie. I tak perasan tadi. Kena simpan dalam freezer. Pagi ni jer, dah 3 ketul hilang dari pandangan. Bahaya bahaya, bila dah slim sikit mula lah godaan datang balik.
Padamsalam Zie, amboii nampaknya macam sama je makanan kita pagi ni cupcake aka muffin adik beradik lah tu kan apa2 pun mmg sedap yg ber coklat ni anak suka ibu pun suka jugak ni hehee
BalasPadamNama pun sifu kan kak Noor. Bangun pagi tadi, sunyi jer. Tu yang buat muffin nak menghiburkan hati yang sunyi. At least ada juga aktiviti yang nak dibuat. Macam tahu tahu jer ya, masakan kita pagi ni hampir sama. Nnt nak lawat dapur Kak Noor pulak jap lagi.
PadamAssalamualaikum..
BalasPadamTerima kasih sudi jenguk ke belog saya dan mencuba resepi muffin ni. Mmg customer suke muffin ni. Ringan tapi moist. Alhamdulillah.. :-).. Err saya nak diet jugaaakkl.. Hehee
Terima kasih juga pada Izah yang telah mengajar saya dengan berkongsi resepi. Zaman zaman dulu, orang lokek berkongsi resepi terutama peniaga. Saya pernah mendengar sendiri seorang makcik yang merungut kerana orang yang diajar resepi telah juga berniaga side by side di bazar ramadhan. Sepatutnya berbangga kerana ilmu yang diajar telah diguna untuk mencari rezeki. Rezeki masing masing telah ditetapkan oleh Allah.
PadamSalam k.Azie.byk dpt adunan muffin ni...betul tu k.Azie sekalu adun dpt byk sesuai utk function dahlah mudah dan sedap.sy dah lama tak baking muffin. kalau nak jln2 mmg kena ada staminakan...satu lagi badanpun kena sihat...barulah seronok nak bercuti...
BalasPadamBetul Mamasya, banyak betul. I simpan dalam freezer. Senang kalau ada tetamu, tinggal reheat jer. Sedap muffin ni. I suka sesuatu yang plain macam ni
PadamSedap sgt tapi kenapa muffin saya tak naik sekata mcm kat gmbar tu.
BalasPadamMungkin suhu oven yg kepanasannya tidak sekata
PadamAssalamualaikum..selamat berpuasa kak azie..klu sy xnk pakai serbuk koko pun boleh kan..hehehe
PadamNmpk cam senang je nk wat nie.. hehehe bole la nk cuba buat mlm nie.. bole jd kudapn anak2 dlm perjalanan jb-kl esok... anyway tq soo much share this recipe... tq a lot.. ;)
BalasPadam♡♥
nampak sgt menarik...ank sy sgt suka muffin coklat,weekend ni nk try buatlah..hmm,nk tanye...nak kcau adunan ni perlu pkai mixer atau blh pkai tgn je?
BalasPadamTak guna mixer. Cuma kacau guna tangan jer
Padamsalam.kak azie guna oven jenis aper ye? dan guna api atas atau bawah ketika masak? terima kasih.
BalasPadamSaya guna api atas bawah.
PadamSalam kak azie.. nk tnye.. kalo nk buat butter muffin folo resipi ni menjadi x?
BalasPadamsalam kak azi.mohom izin tuk cbe resipi cupcakes... =) -siti-
BalasPadamSalam kak azie ,kalau tuka nescafe tu gunekn milo boley ke ?
BalasPadamGuna nescafe utk menyedap kan rasa coklat.
PadamSalam kak azie... Nk tanya.. Nape yer masa time masak tu nmpk cantik je naik. Tp bila kluarkn dia mendap ke bawah... Sedih x jd muffin....
BalasPadamAssalam..kak.. sy dh cuba smlm.mmg mudah.sy buat versy kukus n bakar.yg kukus naik cantik..smooth je.tp yg bakar xbrp cantikla..selalu fail bab bakar ni.. sedihnye...hu3 . trimakasih atas kongsian resepi.
BalasPadamsalam kak azie.....saya baru terjumpa blog akak....seronok menyalin resepi yg akak bagi....lenguh tangan dibuat nya.....apa pun terima kasih bebanyak pada akak kerana kongsi resepi2 yg sedap belaka walaupun saya belum cuba membuat nya.....semoga tuhan merahmati org yg baik cam akak.....
BalasPadamSalam k.azie...sue dah try resepi k.azie ni smlm...sdap..cuma sue derhaka cikit..sue xgune fresh milk @ susu cair...tp sue gne whipping cream..pastu dlm muffin tu sue letak inti..ade 4 version.. Cheese..strawberry.. Coklat chip..dan 1 lgi xde inti ape2..En.HB suke yg cheese...n my lil hero suke yg xde inti ape2...yg best nye...bila masing2 masuk kan je muffin tu dlm mulut..terus wt turm up...seronok sgt...tkasih k.azie sbb kongsi resepi yg best ni.. ;)
BalasPadamSalam k.zie,knp muffin sy jd mendap dan x menarik rupanya,rasanya agak sedap.tp hilang semangat nk mkn sbb rupanya x menarik.knp yek
BalasPadamAssalamualaikum Kak Azie...terima kasih atas perkongsian resipi ini, saya dah cuba buat, alhamdulillah kerana menjadi n moist sgt2..
BalasPadamSaya suka follow resepi kak azie.....smue menjadi
BalasPadamTq kak azie for d recipe..saya dh try buat smlm..mnjadi n naik cantik muffin nya..rezeki kwn2 ank sbb ank bwk skolah jamu kwn2 nya..
BalasPadamSalam kak Azie. Trima kasih ats pkongsian resepi (dan juga azizah). Suka tgk muffin naik elok je. Mmg dpt byk.
BalasPadamDan ni ptama kali komen stlh agak byk resepi yg telah sy bguru dr belog akak.
Slm kak Azie...trima kasih resepinya mmg sedap sya dah cuba gebu gebass terbaik trima ksih perkongsiannya
BalasPadamAssalam kak azie, terima kasih atas perkongsian resepi🤗 tetapi, sy nk tnye, jika saya cmpurkan dgn shortening, ad effect tak ye?
BalasPadamMoga murah rezeki Azie, akak doakan, dan dapat bonus pahala berpanjangan apabila kita mencuba nya.
BalasPadamAkak memang ikuti Blog Azie bila tak de idea nak masa mesti selak resepi Azie. Love you.
Aameen. Love u too
PadamAssalam Kak Azie...Salam perkenalan dr saya Fiza.Ni first time saya komen di blog..x prnh komen diblog mana2...
BalasPadamAllah dah atur saya jumpa blog Kak Azie dan dah banyak saya cuba resepi kak Azie,yang bestnya...semuanya menjadi!Perkongsian Kak Azie sgt berguna cth byk mana dpt dr satu resepi,tips2 masakan dan cara penyimpanan pun ada.Saya doakan Kak Azie sekeluarga dirahmati dan mendapat pahala yang mengalir selama mana ada orang yang memanafaatkan ilmu kak Azie.💐
wslm. Terima kasih Fiza. terharu saya membacanya. Terima kasih sekali lagi dan semoga Fiza juga dirahmati Allah.
PadamAssalamualaikum kak, resepi muffin akak ni boleh kalau dikukus?
BalasPadamAssalamualaikum kak, resepi muffin akak ni boleh kalau dikukus?
BalasPadamAssalamualaikum kak azie.. blh terangkan jika nk simpan dalam freeze bagaimana gunakan alumnunium foil tu?
BalasPadam