Masak Asam Pedas Ikan Parang
Semalam saya singgah di Village Grocer untuk mencari sedikit ikan dan bahan bahan dapur lain. Kebetulan ada ikan parang yang memang nampak fresh, jadi saya mengambilnya 2 keping.
Hati masih berbelah bahagi samada nak masak asam pedas atau nak membuat masak lemak cili padi sahaja. Akhirnya saya decide untuk memasak asam pedas, tambahan lagi ada membeli kacang bendi yang memang sedap dimasukkan dalam Masak Asam Pedas.
Sebelum tu, nak citer sikit pasal ikan parang ni. Sedari kecil, saya tak suka ikan parang kerana bertulang. Dan apa yang saya tahu, ikan parang ni leper nipis bentuknya. Tapi satu hari semasa makan ikan parang di rumah sahabat kami di Taman TAR, baru saya tahu rupanya ikan parang yang sedap ialah yang gemuk berisi dan besar. Kali pertama saya makan ikan parang yang saya hampir tidak percaya yang ianya ikan parang. Berbelit belit tak saya tulis tu? Sebabnya seumur hidup tak pernah tahu yang ikan parang ada yang seperti itu.
Jadi kalau nak cari ikan parang, cari yang besar dan berisi. Harganya memang mahal tapi puashati sangat. Sedap juga dimasak lemak cili padi. Resepi asam pedas ini adalah resepi yang biasa saya gunakan setakat ini. Jom semak resepi dulu...
Bahan bahan:
2 keping ikan parang
2 keping ikan parang
1 bunga kantan - belah 4
1 pelepah daun kari
1 sudu besar asam jawa adabi
Garam dan serbuk perasa
Kacang bendi secukupnya
Bahan kisar:
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 senduk cili giling
1 ibu jari belacan
Cara cara:
Bawang bawang, halia dan belacan di blend. Tumis bahan blend hingga wangi dan masukkan cili giling. Bila naik minyak, masukkan daun kari dan bunga kantan.
Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak hingga mendidih, baru dimasukkan ikan dan asam jawa.
Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak hingga mendidih, baru dimasukkan ikan dan asam jawa.
Renih atas dapur dan masuk kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.
Nota:
Jika terlebih masam, tambah air. Terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
Salam k.Azie.sedapnya lauk asam pedas ikan parang.dah lama tak masak gini.betul tu kalau ikan parang yg berisi tak byk tulang.teringat masa duduk Brunei...kalau ke pasar mmg tak miss ikan parang sbb sana murah..besar2 dan fresh.
BalasPadamK.Azie , ni link blog saya. http://dapurmamasya.blogspot.com/
Terima kasih kerana follow my blog. Saya akan link blog mamasya juga. Memang lain rasanya ikan parang yang berisi dan yang leper kan?
Padamwah sedap nampaknya tu zie ,ngancam sangat tengok dgn bendi tu nak kena cari jugak ni..
BalasPadamNoor, kalau tak ada bendi, rasa macam tak lengkap masak asam pedas kan?
PadamMamasya pernah duduk brunei ke akak dok brunei sekarang ni mmg murah ikan ni kdg2 tkde pun orang beli kesian kan,orang Brunei tk reti makan kot ikan parang ni..
BalasPadamLaaa gitu ke? Kat sini mahal sangat. Sekeping dah RM10 dan susah pulak nak cari yang berisi dan segar segar.
Padamsalam,
BalasPadamsedapnya kalau makan dengan nasi panas2 ni..
mak mertua lalu pun tak perasan he..he..
Hahahaha memang sedap, makan pulak dengan nasi panas dan telur masin. Fuyyoo siapa lalu pun tak perasan nyer
Padamtersiksa jiwa raga nengok asam pedas ni, sedapnye lakan. . hehe
BalasPadamMemang menggoda selera, habis rosak diet dek tak tertahan melihat sahaja
Padamsedapnya la asam pedas ni..sy pun xpernah makan ikan parang ni..dh org ckp byk tulang..tp ikan terubok tu mkn plk..ahakss
BalasPadamSebenarnya bila ikan gemuk seperti ini, memang senang buang tulangnya. Tak terasa pun yang kita sedang makan ikan parang kerana tulangnya tak seperti ikan parang yang kurus leper tu. isinya putih dan sedap sekali. Cuba lah sekali, pasti akan percaya apa yang ditulis.
Padam