Kacang Botol Goreng Belacan
Jadi itu yang terus teringat untuk digoreng. Pasti sedap dimakan kerana ianya akan rangup sekali. Krup krup krup bila dikunyah, serius ... tak percaya cuba kunyah...
Dulu masa rumah di USJ, kami menanam 2 pokok jer kacang botol tapi berbuah buah sampai tak termakan. Saya ni jenis yang akan makan kalau dihidangkan depan mata, kalau mengharapkan saya menghidang sendiri ulam ulaman ni, memang susah lah sikit. Maknanya saya ni kurang menggemari ulamlah tu...
Bahan bahan:
Kacang botol- potong menyerong
Bahan tumbuk:
1-2 tangkai cili merah -jika suka pedas tambah cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam udang kering - boleh guna ikan bilis
1 sudu besar belacan
1/3 cawan minyak masak
Garam secukupnya
Secubit serbuk perasa - opsyenal
Secubit serbuk perasa - opsyenal
1-2 tangkai cili merah -jika suka pedas tambah cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam udang kering - boleh guna ikan bilis
1 sudu besar belacan
Cara cara:
Bahan tumbuk ditumbuk kasar kasar. Jangan hancur sangat.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan kacang botol, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan goreng sekejab sahaja supaya kacang kekal rangup.
Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan panas panas.
Nampak best nak try la cantik lak tu
BalasPadamNak try right now. Ada kacang botol banyak i beli dri tesco. Later will comment ok taste cam ne
BalasPadamResepi ni dah ada kt blog hasue thn 2009 dia amik dari blog love..resepi sama
BalasPadamSaya goreng belacan ni sejak berpuluh tahun dahulu. Biasanya goreng sayur kangkung tp zaman tu tk ada blog. Kalau sama dg resepi orang lain, maknanya saya google mencari idea utk dimasak dan ikut resepi yg dikongsi sebagai jalan mudah utk memasak. Biasanya resepi macam ni sama jer dg masakan mak mak zaman dulu. Jadi tak perlu disebut sebut kr resepi macam ni bukan sesuatu yg unik.
PadamBetul tu Kak Azie, x semestinyo kalu resepi tu samo hok demo, bermakna kita copy hok samo..jame tok nenek dlu lg eh duk buat kace botol gore nih..x suka x pyh ikot..bobe bobe jah panda..sy sokmo ikot resepi kak azie kalu nk masok..hihihi..x yoh caro ko hater2 tu azie..
BalasPadamSetuju sangat. Zaman nenek moyang kita lagi orang dah goreng macam ni. Bukannya ada keunikan pun. Hahaha cuma zaman tak ada blog, ya
PadamSetuju!!sy pun goreng cara ni..ikut mak nenek dulu2..bkn bermakna kita ikut resepi org..cara kita,kitala..
BalasPadam