Daging Masak Kicap
Hari ini saya memasak Daging Masak Kicap menggunakan daging segar dari Kelantan yang dibawa oleh kakak saya semalam. Bila daging segar, memang semuanya nampak OK. Masa dibasuh pun terbau kesegaran daging. Hahaha ye ke ada bau. Kalau daging tak segar, air basuhan pun dah tak OK, apalagi air rebusannya.
Saya memasak daging masak kicap sebagai lauk kering kerana saya juga ada memasak Kari Mamak Kepala Ikan Merah dan Sup Kepala Ikan Merah. Alahai ikan semua ni, Aween dah komplen sebab tak ada ayam. Katanya dia tak berapa suka makan ikan. Hahaha tapi dalam gitu pun, habis juga sepinggan nasi dengan Kari Ikan dimakannya.
Jom kita tengok resepi yang saya ambil dari blog Dayang Jack... Sedap masakan daging ini dan senang juga menyediakannya lebih lebih lagi jika kita menggunakan pressure cooker, sekejap jer daging dah empuk. Layan....
Bahan bahan:
½ -1 kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub)
½ -1 kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub)
Bahan kisar:
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
2 biji buah keras
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar cili kisar
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kerisik
rempah 4 sekawan
3 sudu besar minyak masak
½ sudu besar asam jawa
Garam, gula dan air secukupnya.
Hiasan :
Cili merah
Daun bawang
Cara-cara
Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat (1 jam atau perap semalaman)
Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar serta lada hitam dan kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan seketika (30 minit). Tambah air jika terlalu kering.
Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu besar kicap pekat (blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, asam jawa dan kacau lagi. Biarkan seketika sehingga daging betul betul empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.
Catat Ulasan for "Daging Masak Kicap"
Add your comment