Yaa Ampuun Sedap Nyer Nasi Beriani Pakistan
Saya belajar resepi nasi beriani Pakistan ini dari sahabat saya Oznaini yang memang lama tinggal di Arab dan Pakistan. Walaupun banyak resepi nasi beriani Pakistan di internet tetapi saya mahukan resepi yang memang telah dicuba, diuji dan terbukti kesedapannya.
Berdasarkan apa yang diterangkan, saya menyalin dan menaip resepi dan meminta beliau mengesahkannya semula. Kot kot lah ada apa apa yang tertinggal. Walaupun ada rempah segera untuk membuat beriani ini tetapi untuk kali pertama, saya ingin cuba memasak sendiri dari awal. Hajat hati nak buat beriani daging atau kambing tapi mana nak cari daging fresh waktu petang gini, jadi terpaksalah settle dengan ayam sahaja.
Terima kasih kepada sahabat saya yang telah berkongsi resepi dan semoga perkongsian ini mendapat ganjaran pahala ilmu bermanafaat. Ameen. Cuba lah memang berbaloi baloi memasak sendiri nasi beriani.
Dengan kos tak begitu mahal, kita boleh makan 6 orang dengan menambah nambah. Ye la, kalau kat kedai beriani Pakistan tu, RM5 hanya dapat 1 paha ayam jer. Mana cukup kan? Nasi banyak tapi lauk kecil gitu. UPDATE: Klik di SINI untuk resepi Briyani Kambing pulak. Jom layan resepi di bawah.
Nasi Beriani Pakistan
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji bawang besar – potong dadu
5-6 biji buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 helai bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning
Garam
Gula
Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka
Penyediaan Ayam:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji bawang besar – potong dadu
5-6 biji buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 helai bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning
Garam
Gula
Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka
Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.
Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.
Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.
Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.
Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.
Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar
Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.
Sos Yoghurt
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar
Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.
Sos Yoghurt
Dicadangkan Puan Azie menggunakan beras faiza basmathi moghul (parboiled rice), 5 kg =RM54.80.
BalasPadamHari tu memang mencari beras Faiza basmathi Moghul tapi tak dijual di kedai runcit yang kami pergi. Ohh banyak beza harganya ya. Saya mesti mendapatkan untuk memasak nasi beriani Pakistan Kambing pulak. Yang penting rasanya lagi sedap dari nasi beriani Pakistan Jalan Masjid India. My hubby bagi rating 8 of 10.
BalasPadamKalau nak master chef beri rating, kenalah bawa nasi beriani pakistan (beras moghul) ke pejabat. Ha ha ha.
BalasPadamKalau nak bawa ke pejabat, kena ambil cuti half day pagi. Kalau nasi malam ni, bawa esok ke pejabat, rating dah jatuh. Makan tengah tengah panas sebaik diangkat dari dapur lah sedap.
BalasPadamsalam,,sis,,sy mohon izin resepi yg ad,,,,mdh2n ia nye mnjadi,, dan eeeerrrrmmmm sggh sedaaaaapppp!!!!
BalasPadamEpy, silakan. Semoga ianya menjadi dan kongsikan pula dg rakan rakan yg lain.
Padamsalam ,saya nak cuba resepi ni utk berbuka puasa nanti,harap menjadi..........jd nak minta izin dulu pada yg empunya resepi.
BalasPadamAinaa, Insya Allah pasti menjadi. Senang juga sebab tak perlu masak lauk pauk lain lagi. Ringkas
PadamHi Kak Azie, puasa hari yg ke 17 smlm saya dah masak nasi ni, Alhamdulillah mnjadi & betul kata akak, super duper sedap...thanks for this recipe.
BalasPadamNiza, terima kasih kr sudi mencuba. Lepas ni blh cuba briyani kambing pulak.
Padamsalam akak..nak tanya sikit..
BalasPadamutk proses masak nasi jgn masak smpi 100% tuh, kena tutup x periuk tuh?
Tak perlu tutup. Ceduk sikit nasi dan rasalah, jangan smp masak kerana kita akan memasaknya lagi dalam rice cooker supaya takbterlebih masak. Air lebih pun tak apa kerana akan ditapis keluar masa ni
PadamSaya dah try hari nie dan betul mmg menjadi...sedap sgt...tq for the recipe...
PadamSalam kak, mintak izin copy resepi yek.. nanti nk cuba buat.. terima kasih ya...
BalasPadamSilakan Aya. Memang sedap sgt nasi beriani Pakistan ni
Padamminta izin ambik resepi n gmbr utk simpanan peribadi...ada masa nk cuba..npk sedap sgt.
BalasPadamSilakan. Nnt dah cuba, boleh bagi feedback lagi di sini
Padamassalam..
BalasPadamnk amik resepi ni ye..
tq :)
Wslm. Tak jadi masalah. Silakan lah.
PadamKalau guna dading+ tulang2, boleh tak rebus dulu tulang dan daging dan guna stok daging masak nasi dan daging tu perap lepas diebus dlm pressure cooker.
BalasPadamBoleh juga sb lagi menjimatkan masa.
Padamkak azie mohon kongsi..harini cuba buat utk famili..insyaallah mesti sedap!
BalasPadamSu, silakan lah. Insya Allah mesti sedap
Padamnanti kena cuba resepi ni..nampak sangat sedap..:)
BalasPadamNHR, telur rebus yg diletak dalam tu pun jadi sangat sedap
PadamI give u *two thumbs up*.... my first time mask briyani. We have tried many good ones...yet my hubby rated this 9/10. :-)
BalasPadamTrima kasih, moga diberkati atas perkongsian resepi Ni kak.
I give u *two thumbs up*.... my first time mask briyani. We have tried many good ones...yet my hubby rated this 9/10. :-)
BalasPadamTrima kasih, moga diberkati atas perkongsian resepi Ni kak.
Aduhaai terima kasih kerana mencuba dan sungguh gembira kerana your hubby sukakannya... Briyani Pakistan tak sama dengan briyani Mamak.
PadamWah..nampak sedap. Mesti cuba ni..
BalasPadamCubalah. Telur pun jadi sedap dan rebutan
PadamTried last nIght. Sedap sangat! Thanks for sharing
BalasPadamAlhamdulillah. Pasti anak anak suka kan?
PadamTried last nIght. Sedap sangat! Thanks for sharing
BalasPadamTried making this last night- sedap sangat. Thanks for sharing the recipe.
BalasPadamSama sama.
Padambagi saya lapisan terakhir adalah nasi. pastu titidan pewarna/ saffron
PadamSaya dah cuba resepi ni.. Sedap sangat!! Terima kasih ye kak. Salam kenal.
BalasPadamAlhamdulillah. Terima kasih kr mencuba. Telur rebus pun jadi rebutan di rumah kami
PadamTengok pun dah rasa sedap belum makan lagi nak cuba buat la tak pernah seumur hidup buat nasi beriani
BalasPadamOK nnt boleh cuba buat. Insya Allah
Padamwow nmpk sedap tp byknye step
BalasPadamNmpk jer banyak step tapi penyediaannya simple
Padamassalam,
BalasPadamminta izin salin resepi, untuk meniaga, mudah-mudahan diizinkan Allah menjadi kali ini.
Silakan. Mudah mudahan dimurahkan rezeki. Ameen
PadamSalam. Bulan puasa hari tu dah try.. Tapi terlembik sket nasinye. Hari ni nak cuba sekali lagi. Kalau nak letak badam dan cashew nut kat step mana ye kak?
BalasPadamNasi lembik, tengok beras juga. Kalau saya, lebih baik letak badam semua selepas nasi dah masak supaya ianya kekal rangup
Padamsalam.terimakasih sudi share resepi..dapat banyak info berguna.
BalasPadamSama sama. Semoga ianya berguna
Padammohon izin kong si resepi ye sis...tq...
BalasPadamSilakan. Tak jadi masalah
PadamTak sabarnya nk mencuba.
BalasPadamDah buat, bolehlah bagi feedback
PadamSalam, sy dah 2 kali masak beriyani dg resepi blainan. esok nak try resepi awak pulak, nampak sedap dan ada telur pulak, lain drpd yg lain.... Esok ada tamu nak diner kat rmh.
BalasPadamDoakan ye spy sedap mcm awak buat:-)
Insya Allah. Ameen
PadamSalam K.Azie,
BalasPadamSaya pun pernah buat beriani style lapis macam ni untuk Hari Raya tahun lepas dan kebetulan pakcik saya dan keluarganya datang bertandang maka nasi beriani ayam lapis habis licin!Seronok kalau hasil air tangan kita dinikmati sepuas-puasnya kan?
Cuma saya gunakan rempah beriani Shan dan cairkan minyak sapi serta taburkan kacang gajus+badam+kismis gorenh dan tuang ke atas nasi masa melapis tu.Baunya..memang harum!
Wslm, ada juga rempah beriani Pakistan segera yg dijual, lebih mudah menyediakannya.
Padam
BalasPadamsalam Pn .mohon copy resepi nie nak try buat.
Wslm. Silakan. Tak jadi masalah
PadamSalam..
BalasPadamSangat suka sbb ada tunjuk step by step dan gambar jelas dan besar2 pulak tu..senang nak paham..teima kasih..saya nak cuba nampak sangat sedap..
Wslm, resepi kawan saya yg dipelajari dari jiran Pakistan semasa tinggal di Jeddah
Padamsalam..susu tu susu cair ke?
BalasPadamSaya guna susu segar. Apa apa susu pun boleh lah.
Padamakak thanks so much...dh try... mmg sedap kebabooom!! tp sy buat mcm terkurang masin hehehehe.. walaubgaimana pun.. mmg TERBAIKK!!!!
BalasPadamklo rajin ushar2 la fb sy ye.. sy niaga product instant.. so far ada 50 jenis product instant yg sy buat..
fb :
1)AcasiaZone Trading
2)Nadasia Resources
3) House of Nadasia Dessert
4) Insight Design Partnership
Salam..Macammana nk agak kuah briayani masa kita nk campur dengan nasi? Any tips tak? Saffron tu boleh ke kalau kita ganti dengan pewarna merah? Atau pun tak payah bubuh safron?
BalasPadamAssalamualaikum Kak Azie,...saya mohon untuk share resepi ni yea..saya banyak belajar dari blog akak..masak macam2..dan presentation blog akak jelas dan senang nak faham dan saya aka refer blog akak bila nak masak yang special utk family..thanks a lot kak..
BalasPadamJulia Rosman
SriSemerah, Pontian Johor
Silakan, Julia. Semoga famili memyukainya
PadamSedapnye..mintak ižin kongsi resepinye ye..ptg ni nk bli bhn then bley la cube
BalasPadamhujung minggu ni nak try.. maceh.. maceh
BalasPadamassalamualaikum azie, resepi yg azie upload kan di sini amat tulus dan ikhlas, sb apa akak katakan cm tu , selain azie beri resepi nya azie tunjuk gambar yg begitu terang jelas dari satu langkah ke satu langkah. tidak semua orang beri resepi buat macam azie ni. maklum lah kadangx ada orang x faham walau dapat resepi dari manax. bila tengok carax yg azie berikan insya Allah mereka dapat masak dengan baik.
BalasPadamTerima kasih atas feedback. Insya Allah, akan terus berkongsi resepi dari masa ke semasa demi kebaikan kita semua
PadamNampak macam sedap sangat....nanti saya cuba dan beri feedback. Saya percaya kata2Azie sejak saya mencuba resepi pizza dan menjadi sesangat. Sedap pulak tu. Anak saya tak henti2 memuji. Hilang penat saya menguli.
BalasPadamEffa,
PadamAlhamdulillah, saya pun tumpang gembira
kak, tumpang tanya sikit. Bila membuat lapisan nasi dan ayam bersilih ganti, bahagian paling atas itu akak mention letak ayam. Bila lapisan atas merupakan ayam dan bila kita masak dalam rice cooker, will the chicken become too dry? Sorry kak, budak baru belajar.
BalasPadamAnonymous,
PadamSebenarnya letak ayam di lapisan atas supaya nampak lebih cantik. Boleh juga diletak nasi paling atas. Tapi ikut pengalaman, tak kering pun sebb sekejap sahaja kerana nasi itu sudah 98% masak.
Thank you kak azie for the prompt reply. I akan cuba resepi kak apabila balik hometown hujung minggu ini and will let u know the outcome. Terima kasih banyak banyak sekali lagi kak kerana sudi meluangkan masa untuk menjawap petanyaan saya. Really appreciate it. God bless you and your family.. :-)
PadamThanks kak azie fr the resepi.My hubby say memang sedap.This saturday buat lagi sekali kerana hubby request lagi.Resepi ini memang sedap.Tak rugi mencuba.Thanks again.Blog kak azie memang super.Take care kak azie.
BalasPadamSalam.. mohon izin akak utk sy mencuba resepi ini :) cuma sy nak tny, bile nasi dah 98% masak. Akn dpindahkn ke periuk lain utk buat lapisan, perlu ke tambah air mcm kte msk nasi biasa ? Maaf, sy bdk baru nak belajar :)
BalasPadamWslm,
PadamTak perlu. Nasi akan masak dg kuah ayam
mohon minta resepi ni tq
Padamkak azie...saya copy resepi..nak try jugak..mintak2 menjadi la..tq ^__^
BalasPadamIzan, silakan lah. Insya Allah menjadi
PadamSalam.. Kak azie sy dah try dah resipi ni..wah..menjadi n nila pestime sy masak nasi beriani tanpa pertolongan makabah..memang ya ampuuun bestnya..wlupun nasa lapisan 1st saya lupa ltak bwg goreng
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamas salam kak nk tanye mcmn nk dapat kan safron ne ye,,bole pakai safron yang akk jual tu ke,,bole x akk email kt saya gee_aidane@yahoo.com
BalasPadamsalam sis sy ira nk tnya daun bay tu daun mcm mna?
BalasPadamklu xde blh ke?
Rabiatul,
PadamKalau tak ada pun tak apa. Boleh beli dlm bool kat Giant
Daun bay tuh daun salam... Kalau yg hijau tuh sedap buat ulam. Org Johor masuk dlm botok2 ikan...
Padamsis bminat nk try resepi ne,,tp cari safron tu xjmp la kak,,bole x akak advice kt mane nk cari safron tu,,pls,,,gee
BalasPadamGee,
PadamKami ada jual saffron tp I lebih rekomen you ambil secara terus utk mendapatkan khasiatnya. Email me if you are interested
zida1990@yahoo.com
PadamSy nk bli saffron dgn akk. Bole wssap juga 0135608552
Salam Kak.
BalasPadamSaya cuba resepi ni harini version ayam. tgh dalam periuk sekarnag ni. tapi tadi ada silap sikit, air letak banyak sgt dlm ayam. mak terpaksa selamatkan keadaan. hehe thank you for sharing
wah,memang menarik nampaknye resipi ni..wajib cuba ni..tq ye kak
BalasPadamhttp://vitaminhalal.com
As salam Pn Azie.
BalasPadamSaya copy paste resepi ini ke blog saya.
Sudah 2 kali suami saya yang masak guna resepi ini.
Ya ALLAH sangatlah sedap nyaman. Suami guna beras Moghul Faiza.
terima kasih atas pengkongsian ini.
Haslina.
salam. mintak izin nak copy resepi. nak cuba masak. :) terima kasih
BalasPadamAssalamualaikum Azie, mohon gunakan resepi ini. Puas cari resepi Nasi Briyani Pakistan sebab dulu selalu makan di Manchester (masa belajar dulu). Keluarga suka sangat terutama suami. Harap-harap menjadilah kalau dibuat dan terlepaslah rindu.
BalasPadamkak zaini
Sedapnya..tak mkn lagi pun dah berselera..hihi...
BalasPadamAssalam azie, saya memang sedang cari resipi nasi briyani, saya terpesona dgn resepi azie, izinkan saya print dan simpan resepi ni ye..
BalasPadamkalau kita buat pakai beras biasa pun boleh kan..?
Salam... saya nak try hari ni..mintak2 menjadi....
BalasPadamYa Allah kak Azie,
BalasPadampadahnya google resepi bulan-bulan puasa ni.
tak pasal je cik abe kena heret pegi cari barang-barang ni semua.
niatnya esok nak try buat.
kalau menjadi, nanti saya update ngan akak.
p/s : tengok gambar je dah teliur.
telan air liur jelah bulan puasa ni..
salam kak azie.. saya dah cuba buat dah resepi ne... adoi kak mmg sedappppp sgt... time kasih la kasi resepi yg super wallah nie
BalasPadamhttp://lyanamk.blogspot.com/2013/07/nasi-beriyani-ayam-dan-kambing-pakistan.html
Saya dah try masak memang sedap......
BalasPadamAs salam kak zie..nampak sedapnya!! Nak tanya...rebus beras tu dalam berapa minit? Berapa ml air digunakan untuk masak ayam tu? Nak masak ayam tu sampai fully cook ke? Kuah untuk ayam nak kena pekat atau macamna?..maaf baru belajar ni..
BalasPadamAs salam kak zie.. Nak tanya..rebus beras tu brapa lama?, brapa ml air digunakan untuk masak ayam? Kena masak ayam sampai fully cook ke?kuah ayam tu pekat ke cair? Aaf baru belajar...
BalasPadamYee toyak
slm sy br terjumpa resepi puan..mmg nmpk sgt menarik utk dicuba insyaallah klu dh cuba sy akn inform.
BalasPadamTadi ingat nak masak lemak cili api untuk berbuka..tapi dok google2 terjumpa blog Cik Puan ni. Wow majestic...banyaknya koleksi... Resipi di sini mostly berorientasikan rempah ratus. Cik Puan ni DKK (darah keturunan keling) ke? Dari raut wajah memang ada sikit kot. Hehe. Suami Cik Puan pun nampak macam DKK juga.
BalasPadamBTW, ayam dah diperap sejak 2 petang tadi. Ni jap gi nak mula operasi. Hehe. Will feed back after break fast. O ya saya teringat pesanan chef dari India...letak kunyit hanya sedikit sahaja kerana katanya jika terlebih kunyit then the color of the briyani will be gone..
Alamak ... periok karen dah short cct maa... air nasi meleleh.. Tak apa...lesson learn...td nasi ngam2 dengan container periuk 1.8L. Silap sukat... Kena beli periok baru...Hehe... Anakx rated 7 scalar 1-10.. kira okay lah... First time attempt menjadi la Cik Puan. TQ so much Cik puan.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamYa Ampunnn kak Azie, terima kasih sebab kongsi resepi ini. 1st time buat masa ramadhan hari itu dan terus menjadi. En hubby pun makan ngan laju jer...anak-anak yang selama ini tak suka makan nasi beriani pun makan dengan senyap jer....minta halal yer saya kopi pes resepi(bukan resepi ini aje) ke blog saya..
BalasPadamSama sama. Saya cuba cari blog Eda tapi tak menemuinya
PadamAssalamualaikum zie,slain dripda menggunakan yogurt,boleh x kak gantikan dgn santan?
BalasPadamAssalamualaikum Kak Azie..
BalasPadamSaya google resepi nasi beriani terus dapat resepi akak ni... Saya nak buat birthday party untuk anak saya malam jumaat ni... Nak cuba buat nasi beriani pakistan akak ni... Mudah-mudahan berjaya...
Akak... nak tanya la... tentang garam... Kita rebus nasi tu kan letak garam sket kan...? Mmm.. macam mana nak tau sukat garam tu ye... airnya nanti kita buang je kan... Ke atau pun kuah ayam tu kena buat masin sket supaya boleh cater masin pada nasi tu nanti...? Tolong kak..
Izian
wah tgk gambar pun dah terliur, kena try buat nie..:)
BalasPadamAssalamualaikum sis...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian resepi sis yang marvelous ni...! 1st try, menjadi!! dan sangat sedap...yaa ampun..hihi! Terima kasih lagi sekali sis... Oh ya, resepi vanila cupcake sis pun saya dah cube, dan alhamdulillah menjadi! terima kasih sis! =) happy sgt!
Assalamualaikum. Td sy dah cuba resepi ni. Alhamdulillah,licin husband dan anak mkn. first time cuba walaupun nasi tu sedikit lembik sbb terlebih kuah ayam masuk dlm rice cooker. InsyaAllah sy akan cuba buat untuk tetamu time raya haji yg akan dtg ni. Keep uploading kak. Sbb resepi2 akak semuanya sedap2 belaka dan menjadi.
BalasPadamSalam kak azie, kami sekeluarga baru menikmati nasi beriani pakistan, mmg sedap sgt...tq for resepi yg jujur dari akak...bertambah tambah suami dan anak makan...mmg sy ikut sebijik 2....sy dah melekat dgn blog akak since bulan march,,,, sbb ambik banyak tips masa kami sekeluarga melancung ke paris dan london.....now sy byk refer for resepi,,,,, lagi satu.....cantikknya pingan port merion akak....
BalasPadamSemoga akak dirahmati allah....tq
Terima kasih Hafizah kerana sudi meninggalkan komen yang membuatkan saya terasa sangat gembira dan terhibur membacanya. Alhamdulillah, syukur kerana Allah memberi peluang untuk saya berkongsi ilmu masakan di sini.
Padamsaya kagum tgk kesungguhan puan membuat resepi &membalas pertanyaan...semoga Allah membalas jasa baik puan...u just inspired me..mahu masak utk raya haji..harap2 jumpa bahan &masakan menjadi serta sedap dimakan...thanks..
BalasPadamAssalamualaikum. kentang tu rebus hingga lembut ke?
BalasPadamYa hingga masak lah.
PadamSalam Azie,
BalasPadamKami sekeluarga suka beriani terutama kambing, cuka setakat ini Mak Aji buat yang memnggunakan rempah segera yang dah siap dalam kotak tu sama ada jenama Shan atau National, dari Pakistan. Yang Azie punya ni nampak begitu mengancam sekali, insya-Allah akan dicuba nanti! Terima kasih atas perkongsiaan!
Sedapnya...klau ayam saya mkan la..tpi klau kambing sya serender...;-)
BalasPadamsalam kak azie, sy baru 1st time nak masak tapi xphm bhg tumis rempah menumis...
BalasPadamrempah tu kn beli yg segera ke ada dlm akaknyer resipi...ingat nak bt dis coming awal muharram...sambut anniversary...hehehe...
hopefully akak boleh membantu...
Rempah penumis tu adalah kayu manis, buah pelaga, bunga lawang.
Padamhehhee...ok..tank u kak...
Padambtoi laaa...tp tkt nanti salah...
xpe..x sesat jln if bertanya...
hehehe...tanks again...after try nanti sy update lagi...:)
AsSalamualaikum Puan Azie,
BalasPadamSy bru try resepi ni td.. mmg sgt sedap dan mudah! Tkasih krn bkongsi resepi...
wah nmpk menarik...pn azie meh visit blog saya ye http://areefa-dacuteareefa.blogspot.com/
BalasPadamtrma kasih
sis.. sy dh try mmg terbaikk ler.. cuma saya confuse skit rempah ratus .. yg mana utk nasi yg mane utk tumis ayam.. hehee bercampur aduk tulis diatas. sori
BalasPadamItu kena baca cara cara menyediakannya. Bahan diguna adalah sama. Cuma guna aeparuh dulu dan kemudian masuk lagi baki. Lebih kurang macam tu lah
Padamsalam kak..... saya mintak copy resepi ni ye... 1st time nak try masak beriani ;)
BalasPadamnanny pun nak cuba try test laa..bole ek kalau ter rajin
BalasPadamwah terliur akak...izinkan copy resepi ye...amal jariah ni
BalasPadamHmmm..k.azie..tgk pic pn dh meleleh air liur..bleh rs btpa sdpnyaaaa..nnti azie nk try jgk..
BalasPadamMohon share resepi ye. Dh masak 2x. Sgt sedappppp
BalasPadamKelihatan sangat lazat,Insha Allah akan saya cuba juga nnti.Salam perkenalan dari saya.
BalasPadamaku ni lelaki tapi aku suka bab masak2 lagu macam ...
BalasPadamnak masak bagi isteri makan ;) hehe
harap2 menjadi la resepi ni sbb tak penah cuba lagi ......takpe tunggu gaji malam ni masuk sok nak beli bahan2 untuk nasi briyani ;)
cuma ada kesangsian kat siin ....nasi tu tak leh masak 100% lepas toskan nasi kena campur ngan kari ayam buat 3lapis ...so macam mana nasi tu nak masak kalau takde air? part tu tak paham la kak
tolong explen banyak
Nasi tu dah masak, cuma tak lah lembik sangat. Kuah ayam tu akan membuatkan nasi lagi lembik kalau nasi dah 100% masak.
Padamohh cenggitu pulak da....ok baik2
Padamakan di cuba nanti ..doakan berjaya
ni 1st time masak nasi briyani
Salam Kak,
BalasPadamNampak lazatnye.nak tanya camne kalau nk masak lebih dari resepi asal,adakah rempah utk ayamnya kena digandakan.Harap sudi memberi jawapan.
tqvm
Feeda, bolehlah gandakan sebab kalau ayam banyak, rempah sedikit, tak berasa pulak. Tapi memasak ni, bukan macam buat kuih. Boleh jer berlebih kurang. Rasa nak lebihkan apa apa, masukkan jer. Rasa tak lari
Padamsalam,
BalasPadamnampak sedap sangat,nk tanya kalau nk masak ayam atau daging dengan kuantiti yg lebih contohnya 2 kilo ayam rempahnya kena ganda atau tambah sahaja.sekian
tqvm
Assalamualaikum kak azie.
BalasPadamSaya dah cuba resepi ni. Lama betul nak siapkannya.... lebihan ayam, saya goreng keesokannya. Sedap. Saya minta izin copy resepi ya..
sedapnye ...nak crk safron payah kn kat kedai runcit, nak2 plak sy ni susah nak keluar dengan anak2 yg masih kecik...lagipun saya tak berapa pandai masak sangat , he2
BalasPadamsaya masak nasi arab ..senang sebabnya saya pakai pes segera nasi arab jenama l bayt, cukup lengkap dengan beras dan rempah nasi arab cukup untuk 5 orang makan ..jemput singgah ke blog saya http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/mudahnya-memasak-nasi-arab-hanya-di.html
salam puan...mohon izin dr puan utk copy n try resepi ni...x sbr ingin mncuba.. ini pertma kli sy nk msk briani...google pny google terjumpala blog puan.. aduh sgt kecur liur dibuatnya.. x sbr nk cuba utk jmuan kluarga nt...hrp2 mnjdi.. sy bdk bru blajar puan...hehe...tq puan..
BalasPadamAssalmkm kak azie, minta izin guna resepi ni yer.. saya md.ayub...
BalasPadamnampak macam sedap..
BalasPadamHave tried this recipe several times since last year. My kids love it.
BalasPadamThank you for sharing!
Fizzy,
07/Aug/2014
Taman Setiawangsa, KL
Assalamualaikum ka azie. Sy nk cuba masak resipi ni utk raya haji.
BalasPadamSy nk tanya. Ayam tu guna air biasa saje ke ?
Ada masukkan santan ke sbb kuah nmpk pekat sangat.
Terima kasih
Wawa
salam..kak azie..wah,mmg nmpak sdap..x sbr nk cuba buat ...hrp2 mjadi nnti..between,sekiranya ada sesiapa yg nk meniaga mknn n minuman,tp xder sijil pengendali mknn lg..blh hubungi saya0176398700 utk mengikuti kursus penvendali mknn..kursus 3 jam shj,yuran rm50 n sijil sah laku seumhr hidup under kem kesihtn m'sia..sijil akn diberi slpa abis kursus...jadilah peniaga mknn yg berhemah.. :)
BalasPadamas salam kak azie,
BalasPadammohon izin guna resepi ye..nampak sgt menyelerakan..tq ye kak..
Assalamualaikum Puan,
BalasPadamtahniah kerana terlah mencuba nasi briyani ala pakistan tu. Komen berdasarkan pengamatan saya, dan pengalaman melihat dan masak bersama rakan dari negara pakistan, nasi puan agak 'terlebih sikit' lembab . Next time kalau masak begini tak payah berlapis nasi dan lauk. Lauk yang telah diperap tu dimasukkan kepada dalam periuk baru dan beras yang telah dimasak anggaran 70 -80 % ditapis dan diletakkan atas lauk tadi dan sebelum tanak bolehlah diletakkan hiasan bawang goreng, pewarna atau safron asli , air mawar dan terus tanak sehingga 15 mins. Insyaallah.
Salam..say dah cuba resepi ni..sgt sedap..tq
BalasPadamwannorasiah@gmail.com
Wah...mmang terbaik laa.. Mohon utk mencuba ye... Tq
BalasPadamAskum, kak azie. Mmg best nasi beriani ni. Saya dah buat 2x tuk famili. Anak2 & suami suke. Time kasih sbb share resepi yg best.
BalasPadamsalam k.zie,
BalasPadambagaimana kalo saya mahu masak untuk 30 orang mkn?
begaimana dgn bhn2 nye?
terima kasih
Assalamualaikum cik azie..mohon share resepi ye
BalasPadamAssalam kak azie.. Sukatan beras di atas, utk hidangan brapa org ya? Terima kasih atas perkongsian..
BalasPadamWslm Siti. Saya pun tak pasti. Tapi tengok kalau rumah siti masak uyk 5 pot beras atau 1 ekor ayam, blh dimakan oleh berapa orang. Kalau rumah saya, 1 ekor ayam tu hanya dimakan utk kami sekeluarga seramai 7 orang.
PadamAs slm k azie..
BalasPadamSaya dah lama follow blog k azie n dah byk gak try resepi k azie.. Alhamdulillah semua sedap..
Cuma kali ni x brp menjadi.. 1st time nak try buat briani, terjumpa resepi yg mengiurkan ni.. Tp nasi tu termentah lak..
K azie kt jgn masak nasi btl2 masak.. Tp bila dah masuk semua skali bahan dlm rice cooker, nasi tu x masak elok gak..
Huhu tolong2.. Cmna nak selamatkan ni..
Wslm. Nasi tu dalam 99% masak. Sebab kalau nasi dah masak, bila dimasukkan kuah briyani secara berselang seli, nasi mungkin menjadi lembik.
PadamAs Salaam Azie. Saya teringin nk masak nasi beryani menggunakan paste instant yg dijual diluar tapi takut tk menjadi atau tk sedap. So saya belek2 pat blog awk nie kalau2 simple utk saya faham. Walaupun ada yg saya tk pasti tapi saya nk cuba jugak. Gambar2 yg awk muat turun tu sungguh berguna utk saya folow. Masak dgn penuh kasih syg walaupun tak pasti menjadi atau tidak saya tawakal je. Bila dh naik bau waktu menumis tu saya dh ghairah hahahahaha. Saya main'campak2' je and u knw wat? Saya pun hidanglah buat suami yg tersyg makan. U knw apa terjadi? Hahaha he thought I beli pat luar hahahahaha pecah perut I ketawa. So maknanya I tkyah beli makan mcm gitu pat kedai lagilah coz masakkan I dh sama or lagi sedaplah hahahaha. He give me rating 9.5/10 hahahaa yg lagi 5% tu katanya kalau I taruk air mawar lagi wangi. Soooo happy sangat. Trimakasihlah ya sharing recepi tu. Skali buat dh menjadi. Nie yg buat I rajin masuk dapur walaupun I nie sibuk bekerja...Amin
BalasPadamsaya sudah mencoba sebagian dari resep-resep di atas. SUNGGUH menggugah selesar. terima kasih Kak Azie. saya akan mencoba semuanya
BalasPadamterima kasih atas info resepnya :)
Sis azie....kalu guna pc noxxa yg top skrg ni mcm mana caranya yer
BalasPadamSalam kak, hari ni hubby balek dari outstation... mujurlah dah beli brg2 nk masak briyani nie... time masak ayam nye tadi, saya curi2 rasa byk kali sebab sedap sgt!!!! maklumlah tk pernah masak pakai yoghurt... ni 1st time coba... sekarang ni baru abes buat lapis nasi... harap2 overall menjadi lah...
BalasPadamInsya allah saya nk try
BalasPadamSlm akk...saya mtk izin copy resepi...
BalasPadamAssalamualaikum Kak Azie..mohon share resepi ye. Nak masak utk keluarga..t.kasih
BalasPadamHye kak!thanks for the recipe!memg sedap!just saya lupa buat sos yogurt dia..tp still sedap..blh buat agy nasi ni nanti time pose..😘😘😘
BalasPadamAssalamualaikum kak, saya dah buat dgn resepi kak azie ni utk santapan raya 3 hari lps, memang sgt sedap dan meletop kebaboom... Terima kasih atas perkongsian resepi ni... Saya mohon share ye kak...
BalasPadamSye suka k.azie.. sbb resepinye semua best2... 1 lagi yg sye suke resepi k.azie bnyak yg simple tapi sedap ... ape2 klu sye masak selalu follow k.azie hehehe
BalasPadamAssalamualaikum , nama saya saibah . Nak tau kalau saya cuma nak buat utk 3 orang . Mcm mna dgn sukatannya? Saya first time masak beriani , nak buat utk hari jadi ayah . Harap cik azie dpt bantu saya :)
BalasPadamIzinknku menerai memasakknya ek sis...hehehe..tq
BalasPadamTerbukti sodap...
BalasPadamsedapnya....nasi beriani ni. Tq share resepi....Mesti nak cuba ni.
BalasPadamsis minta permission nak copy resepi..
BalasPadamMitak share resepi ya azie...
BalasPadamsalam nk tya..kalau pakai rempah beriani terus xpa ka? x pakai jintan m, jintan p dan ketombar
BalasPadamSalam..sy slalu tgk resepi puan.stakat ni semuanya menjadi.mntk halal ye.
BalasPadamAssalamualaikum sis... saya baru je cuba resipi nie, tp yg menyedihkan nasi saya tu kurang perisa... sedangkan semasa saya masak ayam pd awalnya memang dh cukup manis masin nya... tp pabila di campur dgn nasi, end up, semuanya jadi tasteless... mana silapnya??
BalasPadamKnp nasi sy mcm x brp masak n lembik 😕 tlggg... penatnya buat. Festime msk nsi beriyani 😦
BalasPadamNasi kan direbus sehingga hampir masak. Dalam 98-99% masak. 1% lagi utk dimasak dg kuah ayam. Kalau dimasak 100%, takut nasi terlembik bila dimasak lagi dengan kuah. Jika nasi belum masak, tekan periuk letrik biar masak lagi. Harap berjaya
PadamTerima kasih Ilmunya.. Minta izin utk mencuba
BalasPadamSalam k. Azie... Ana ni. Dah cuba masak nasi Beryani ni... mmg sedap. cuma first trial tu nasi jadi hancur dan lembik. Yg second trial mmg bagi 5 bintang. tq for the recipe ye.
BalasPadamAssalamualaikum k.azie..sy budak bru belajar memasak..nmpk resipi kak sedap sgt..tp ada yg sy kurg jelas..mohon tunjuk ajar..
BalasPadamNk tanya..nasi tue mcm mana kita nk tw dh 98-99% masak? Seeloknya guna rice cooker atau dapur gas ?
Wslm. Kena agak agak. Kalau nasi dsh masak sepenuh, ia akan jadi sedikit lembik lah sebab kita akan masak dengan kuah briyani.
Padamassalam, kak azie macamana kalau takde yogurt? blh ke guna susu cair utk ganti? tkasih atas resipi yg hebat ni. sy baru nak mencuba
BalasPadamaskm kak nk share resepi ya kak dan saya tgok xde garam , letak garam ke x
BalasPadamSaya terlupa tulis di resepi tapi dalam step penyediaan ada ditulis garam dan gula, terima kasih.
PadamMelihat dr cara dan bahan2 yng d gunakan sudah sy bayangkan rasa sedap yng menyelerakan.
BalasPadamTq azie. Sy dah buat guna ayam sendiri hantar gi sembelih. Potong dua jer. Suami suka sgt 😊
BalasPadamBerapa orang boleh makan kalau sukatan beriani mcm di atas ya puan azie?
BalasPadamIzinkan sya guna resepi yea..nak masak cara k azie
BalasPadamSalam puan, saya copy resepi ya..nak try buat..tkasih
BalasPadamAssalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
BalasPadamSalam hormat Kak Azie,
Terima kasih banyak-banyak Kak Azie. Saya telah pun gunakan resepi yang Kak Azie ko
ngsikan. Masya Allah...Maha Pengasih Allah SWT yang memberikan rasa hebat nasi briyani pakistan ni...
Suami, anak-anak, saudara mara semua suka makan nasi briyani pakistan resepi yang Kak Azie kongsikan.
Semoga Allah SWT merahmati Kak Azie dan menjadikan ilmu yang dikongsikan ini sebagai ilmu yang bermanfaat.
Assalamualaikum akak..sy byk kali dh buat resepi ni.. Mak,suami,anak2,adik2 semua suka Alhamdulillah..japgi nk buat kli yg ke 6 kot utk berbuka.. Sy mohon nk rekod n share dlm yt channel sy ye kak..harap akak tak kisah..lg berbesar hati sekiranya akk subscribe like n share..channel saya 'dapur orang kampung'🤗 tq akk
BalasPadamMemang sedap resepi ni.. Byk kali dh buat.. Japgi nak buat lg utk berbuka..mak request..hsband anak2 adik2 pn suka.. Nak kena buat 2x gnda ni sbb ramai japgi..akk sy mohon nk rekod n share kt yt channel sy ye.. Hrp akk x kisah
BalasPadam