Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Telur Yang Menggoda

Sambal Tumis Telur Yang Menggoda

Hmmm semuanya gara gara Sambal Tumis Telur ini  menyebabkan saya makan banyak malam ni, nasi lemak lagi... Camne nak citer pasal diet bagai? 

Asalnya saya terbaca dalam blog Kkida pasal jenis jenis cili kering, aduhai dalam tu diselit pulak gambar gambar sambal tumis udang, sambal tumis telur yang gambar nya nampak sangat menyelerakan. Ada berani nak buat azam nak diet lagi? Atau makan jer lah apa rasa nak makan sementara masih boleh makan. 



Memang saya bermasalah sekarang ini, masalah tak boleh mengawal selera, masalah tengah seronok nak memasak dan masalah seronok melawat lawat dapur rumah orang. OK dah tak mahu citer lagi lah, sendiri mahu ingat lah, Azie. Nak pergi US bulan depan ni rasanya baju semua dah tak muat, kalau tak mahu berubah kena lah beli baju baru. 

Jom layan resepi sebab lepas ni nak dengar kuliah Ustaz Kazim nak cari ketenangan diri, nak bermuhasabah diri sekali. Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?

Sambal Tumis Telur Yang Menggoda

Sambal Tumis Telur 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan 
5 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar - hiris 
4 sudu besar cili kering kisar 
Sedikit belacan 
Garam 
Gula 
Air asam jawa 
Telur - rebus, kupas & goreng 

Cara cara: 
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.

Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. 

Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit. 





Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 




Sambal Tumis Telur Yang Menggoda

Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.


Sambal Tumis Telur Yang Menggoda


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

34 ulasan for "Sambal Tumis Telur Yang Menggoda"

  1. salam Zie apa kabar?? takde gambar sambal nye ke Zie mesti ngancam ni kan

    BalasPadam
  2. Noor, baru jer upload gambar gambarnya. Tengah sedih ni Noor sebab dah termakan banyak malam ni semua dek sambal tumis telur nih

    BalasPadam
  3. Sedapnyer..meleleh air liur tgk foto ni Zie..

    BalasPadam
  4. Haluuuuuuu. ...........


    Lahaulawala sdapnyer.........yes!!!!

    BalasPadam
  5. Hi azie.. Sedap memang sedap. Saya pompuan cina Dari Malaysia duduk Kat canada. Rinduuuu segala makanan warung... Saya dah try recipe Kari Ikan (makan dengan roti canai frozen) & sambal telur... Memang sedap! Thank you!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Jen, gembira jika blog ini dpt membantu Jen di Kanads

      Padam
  6. Sedapnyerrr....nak buat lah jugak..

    BalasPadam
  7. Sdpnyer..nk try msk time bbka nti.

    BalasPadam
  8. Nampak sedapnya...semalam nak buat tapi tak jadi pulak..hihi..:)

    BalasPadam
  9. Nampak sgt sedap.. Dah try tadi... Nyumss.. Tq kak azie!

    BalasPadam
  10. Terima kasih.. Membantu sy masak utk adik sbb ibu x sehat :)

    BalasPadam
  11. Sedapnye... nk try masak la jugak...

    BalasPadam
  12. Sy da try wat byk kli da mmg sedap.sy bkn kate telur. Ikan pun sy pkai resepi ni. Thanks 4 d resepi

    BalasPadam
  13. Saya selalu guna resepi dari blog akak. Semua sedap2 hihi. Tq utk segala perkongsian.-Maisara-

    BalasPadam
  14. Salam sis... klu x ad cili kisar... nak ganti ngan ap ye? Maaf ... sya bru nak belajar masak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna cili kering, rebus dan kisar.. Kalau tak ada juga, bolelah guna cili merah hidup

      Padam
  15. Saya buat tak jadi sebab kurang minyak 😭

    BalasPadam
  16. Salam kak zie..sy selalu follow resepi akak...mmg best resepi2 akak...

    BalasPadam
  17. Sy da try & mmg sedap 👍🏼, bahan2 pun senang nk dpt. thanks for sharing sis

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum Kak Zie, saya dah buat semalam sejurus selepas saya terjumpa resepi sambal telur akak. Memang tak rugi saya try, sedap sangat! Lepas ni boleh try buat nasi lemak. Thank you kak!

    BalasPadam
  19. mmg sedapla kak sy dh try mmg marvelous

    BalasPadam
  20. Xde air asam jawa xpe ke?huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. KLau tak ada air asam jawa, gantikan dg asam keping atau kisar 1 biji tomato buah

      Padam
  21. Tak letak belacan boleh tak kak azie ?

    BalasPadam
  22. Salam kak Azie sy slalu skodeng resepi akk..klu nk msak msti cari resepi kt blog akk..

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum, I'm not a big fan of cooking but satu hari ttiba terdetik dkt hati ni utk try masak... So,saya google for resepi2 yg senang utk dimasak and trust me, your recipies are my favourite... Byk yg saya belajar through out your blog... Thank you so much sbb byk kongsi resepi.. And Selamat Hari Guru bcos u're my cooking teacher now

    BalasPadam
  24. Sejak kahwin,blog ni banyak membantu saya dalam sediakan makanan&juadah open house

    BalasPadam
  25. Dah cuba dan menjadi..tq kak azie share resepi..
    Izinkan saya copy resepi akak ya..tq..

    BalasPadam
  26. Salam Kak Azie..Mcmana goreng telur dia jd kuning penuh gitu? Goreng minyak byk me skit?

    BalasPadam