Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Ikan Sardin

Nasi Goreng Ikan Sardin

As salam. Alhamdulillah kita bertemu lagi di pagi minggu ini. Pejam celik pejam celik, dah pun bulan Mac ya kita. Pagi ini saya masak Nasi Goreng Sardin. Saya memang penggemar sardin. Apa apa jer yang dibuat menggunakan sardin, memang saya suka. 

First time makan nasi goreng sardin ni semasa perkhemahan pengakap di Kandis ketika saya berada dalam tingkatan 5 di SMB. Masa dulu, keluarga kami bukan mampu nak beli sardin sebab sardin ni kira makanan yang mahal. 

Ya la, 1 tin dah berapa harganya, sedangkan di kampung saya pada masa tu, beli ikan segar RM1 pun dah dapat selambak. Teringat lagi masa tu ikan yang dibeli dicucuk dengan dawai halus di mata ikan, tak ada plastik macam zaman sekarang ni. Hmm nostalgia zaman kanak kanak lah pulak.

Nasi Goreng Ikan Sardin

Berbalik pada perkhemahan pengakap, kami bertugas sebagai AJK, jadi untuk makan malam, kami masak sendiri secara beramai ramai. Lebih special berbanding dengan pengakap lain kerana kami tinggal di chalet dan makan bersama sama dengan guru guru. Tidak tidur di dalam khemah. Sedap sangat masa tu, maklumlah tengah ber camping, makan apa pun sedap. Antara kawan yang saya masih ingat masa tu ialah Khairani, Maznah, Nila Kasuma, Noor Mahnun, Fauziah Yaacob dan Che Nordin. Ramai lagi tapi saya tak berapa ingat nama nama semua mereka. Lama tak jumpa, di mana mereka berada sekarang agaknya. 

Panjang pulak celotehnya. Tak mahu membuang masa, jom layan resepinya yang sempoi. Main campak campak jer sebenarnya. Rasa nak hiris, hiris. Rasa nak blend, masuk dalam blender. Semua ikut gerak hati jer. Layannn...

Nasi Goreng Ikan Sardin


Nasi Goreng Ikan Sardin
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan
Nasi putih secukupnya
Ikan sardin - hancur kasar kasar
3 biji telur
Kacang panjang - potong kecil
Karot - potong kecil
1/2 labu bawang besar - hiris
3 - 4 ulas bawang putih - hiris
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
7 tangkai cili merah - boleh guna cili kering kisar

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hiris sebelum masukkan bahan kisar. Goreng sehingga wangi. Masukkan karot dan kacang panjang. Kacau hingga kacang agak layu.





Masukkan ikan sardin yang dihancurkan kasar. Ketepikan bahan bahan yang ditumis dan pecahkan telur. Masukkan nasi dan kacau cepat cepat supaya telur bersalut di nasi.


Nasi Goreng Ikan Sardin

Nasi Goreng Ikan Sardin


Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.  


Nasi Goreng Ikan Sardin

Nasi Goreng Ikan Sardin


Boleh lah angkat dan dihidangkan panas panas. Boleh lah tabur bawang goreng, daun bawang, cili merah atau apa apa yang disukai.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Nasi Goreng Ikan Sardin"

  1. As salam ,Kak Azie, As mmg tak pernah buat nasi goreng ikan sardin ni.Tentu sedap sbb As juga minat bebeno kalau namanya sardin.Samalah kite....

    BalasPadam
    Balasan
    1. As, asal nama sardin mmg feveret kita. Sama lah kita ya

      Padam
  2. wah....sedap ni...1st time tahu ada resepi nasi goreng sardin,....mesti nak ty masak juga...thnks the resepi ye cik azie....

    BalasPadam
  3. me too.me too..suka sadin sgt2..kak azie,sy nk mintk izin nk try..wish me luck..amin.hehe

    BalasPadam
  4. Saya suka cari resepi di blog kak Azie...
    Sangat bermanfaat buat saya yang tak berapa pandai masak...hehe
    Hari ini saya cuba buat nasi goreng sardin...alhamdulillah, anak2 n suami sukaa...
    http://www.vitaminderias.com

    BalasPadam
  5. Nasi goreng sardin mmg popular ms aktvt camping. :) Saya pun suka. Dpt nasi putih panas, aym goreng dgn sardin pun dh ckup brselera.

    BalasPadam
  6. salaam kak I love it , i share this on my fb ya tjk u

    BalasPadam
  7. nak buat la malam ni since ade sardin lebih semalam :)

    BalasPadam
  8. Salam kak azie first time Nim nk try BT nasi goreng ikan sardine...minta dihalalkan resepi yerrr...nmpk sedap ajer

    BalasPadam
  9. Tq...puan azie...sy slalu tgk resepi puan.....nk cuba la nti....

    BalasPadam