Kuih Wajik aka Nasi Manis Durian Buat Tetamu Istimewa Nur Qaseh
Selain mee rebus, saya juga memasak Kuih Wajik sebagai hidangan sampingan untuk jamuan petang dengan Kak Ana dan Rin. Sengaja saya membuat lebih sebab ingin membekalkan mereka dibawa balik.
Maklumlah kat rumah ni, anak anak tak suka makan kuih muih ni semua, apalagi kuih tradisional. Sedang saya pula, teringin untuk memasak kuih muih tradisional.
Saya panggil kuih wajik ni sebagai nasi manis. Haa maknanya saya ni orang Klate lah. Pelik dan hairan sebab dulu dulu saya bukan suka sangat pun nasi manis ni. Tapi sekarang lah pulak jatuh suka dengan kuih tradisional ni.
Bukan apa, bila dah tinggal di KL ni, susah lah nak cari kuih muih yang sedap, apalagi kuih Kelantan. Jadi macam dah kerinduan pada desa tercinta lah ni. Bonda saya memang selalu buat kuih ini masa dia sihat sihat dulu tapi ya lah, saya ni jarang sekali menolong di dapur. Puas dipanggil, tak juga muncul. Pernah bonda dengan arwah mak saudara berleter pasal sikap saya yang tak suka ke dapur. Dia kata nanti tak ada siapa yang nak kan saya. Hahaha ingat lagi, saya jawab nanti nak kawin dengan orang kaya dan ambil orang gaji.
Huhuhu ada hati tu, walhal masa tu baru di sekolah menengah rendah. Nasib baik lah my hubby ni jenis tak kisah. Sejak kawin, berpuluh tahun kami mempunyai orang gaji yang menyediakan semua makan minum dan keperluan.
Berbalik pasal kuih wajik ini, setiap kali berkesempatan mengunjungi pasar malam TTDI, memang saya akan membeli 1 atau 2 bungkus wajik. Tapi itulah penjual ni pun tak konsisten. Macam biskut chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada. Jadi kadang kadang malas lah nak ke sana. Saya ke sana untuk cari kuih wajik dan nasi dagang Kakak Kelantan tu jer. Yang lain lain, biasa jer. Saya pun dah lama tak ke pasar malam TTDI. Entahlah, rasa sibuk bebenor sejak dua menjak ni.
Saya suka kuih wajik yang berwarna gelap dan berkilat. Untuk menjadikan kuih wajik cantik berkilat, ada petuanya iaitu semasa mengacaunya di kuali, hendaklah dibancuh air kapur lebih kurang semangkuk kecil ke dalam adunan. Kacau seperti biasa dan apabila masak, akan kelihatan bersinar. Kuih yang cantik bersinar, pasti membuat kita lebih berselera.

Kuih Wajik aka Nasi Manis
Oleh: Azie Kitchen
Loyang 9"x9"
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
500 gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cawan)
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
4-6 ulas durian (diambil isinya)
Sedikit kapur
Daun pisang
Air gula Melaka:
300 gm gula melaka (+ sedikit gula merah)
200 gm gula pasir
1 cawan air
Cara-cara:

Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair dan secubit garam.
Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 cawan air. Setelah larut dan mendidih, hendaklah di tapis.
Jerangkan semula gula yg ditapis tadi, masukkan daun pandan, secubit garam dan isi durian - bagi yg suka perisa durian.

Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat dan biarkan merenih dalam 1/2 jam menggunakan api yang kecil.
Setelah gula pekat berkilat dan bertali, masukkan pulut yang dikukus tadi dan gaul rata.
Masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau dalam 30 minit atau sehingga agak kering.
Setelah agak kering dan tak melekat di sudip, keluarkan daun pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang.
Sejukkan dan sedia dipotong untuk dihidangkan...
Kalau xnak ltak durian pn xpe kan sis
BalasPadamApa tujuan letak kapur?
BalasPadamNk Nk tau juga...
Padam