Kari Ikan Tenggiri Mamak Style
Seperti saya, hubby pun suka menjamu dan meraikan kawan kawannya. Setiap kali menjemput kawan kawan, beliau minta saya memasak yang hidangannya ikut waktu kedatangan tetamu samada makan tengahari, minum petang atau makan malam. Esok Razali dan Liza akan berkunjung ke rumah dan seperti dijanjikan saya akan memasak untuk mereka.
Pada mulanya saya bercadang untuk memasak laksa johor tetapi memandangkan mereka akan datang waktu tengahari, ada baiknya jika saya terus menyajikan hidangan tengahari. Oleh kerana tengahari, maka saya perlu menyiapkan nasi dan beberapa lauk pauk.
Oleh kerana hari ini saya bekerja dan tiba di rumah sudah hampir pukul 6 petang, saya rasa elok jika saya terus memasak Kari Ikan Tenggiri malam ini. Selain tidak mau terburu buru pagi esok, juga kerana kari ikan lebih sedap jika dimasak sehari sebelum masa mahu dihidangkan kerana ianya lebih mesra dengan rempah rempah kari.
Pada mulanya saya bercadang untuk memasak laksa johor tetapi memandangkan mereka akan datang waktu tengahari, ada baiknya jika saya terus menyajikan hidangan tengahari. Oleh kerana tengahari, maka saya perlu menyiapkan nasi dan beberapa lauk pauk.
Oleh kerana hari ini saya bekerja dan tiba di rumah sudah hampir pukul 6 petang, saya rasa elok jika saya terus memasak Kari Ikan Tenggiri malam ini. Selain tidak mau terburu buru pagi esok, juga kerana kari ikan lebih sedap jika dimasak sehari sebelum masa mahu dihidangkan kerana ianya lebih mesra dengan rempah rempah kari.
Kali ini saya menggunakan resepi Kari Ikan ala Mamak Style yang tidak menggunakan santan, sebaliknya menggunakan bawang bawang dan rempah yang banyak. Mengikut apa yang saya baca dari blog Madihaa, resepi ini memang resepi pilihan kerana kari yang dihasilkan adalah terbaiiikkk...
Jom kita layan resepinya ...
Kari Ikan Tenggiri Mamak Style
Bahan bahan:
5 keping ikan tenggiri - kepala ikan lagi sedap
5 keping ikan tenggiri - kepala ikan lagi sedap
5 sudu besar rempah kari ikan - Alagappas atau Baba's
2 sudu besar cili kisar/cili serbuk
2 tangkai daun kari - jangan leraikan
1 sudu kecil halba campur
Air asam jawa lebihkan sedikit - 1 sudu besar pes asam jawa adabi
Garam secukup rasa
Air secukupnya utk kuah
Bahan bahan Kisar
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Bahan bahan Mayang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi - potong kecil
Bahan Rampai
Terung - belah tengah; atau
Kacang bendi
Cili hijau
Buah tomato - belah dua
Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan cili padi yang dipotong. Masukkan halba campur dan bahan bahan yang dimayang. Setelah agak layu, masukkan cili kisar dan bahan mesin.
Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masukkan 2 tangkai daun kari. Jangan ceraikan daun tu sebab batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari.
Masak sehingga hilang bau rempah tu. Masukkan air jika rempah nampak kering.
Masak sehingga hilang bau rempah tu. Masukkan air jika rempah nampak kering.
Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai. Masukkan garam.
Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah.
Sedia utk dihidangkan.
Memang sedap... tq azie..
BalasPadamSedapnya
BalasPadamSaya cuba resepi akak ni. Menu berbuka puasa. Terima kasih
BalasPadamMemang sedap..en.suami pun suka..siap cakap kari ibu ni no.1..hihihi..thnks kak azie..
BalasPadamOoh soo sweet. Alhamdulillah.
PadamNak cubelah hari ni kak...
BalasPadamTq Azie, baru masak kari resepi ni.
BalasPadamMemang sedap sangat tapi gunakan ikan unga.
Assalam wbt.sy byk rujuk resepibyg akak share kat blog..akak halalkan sy tiru resepi2 akak ye. Semoga akak sentiasa dimurhkn rezeki dgn perkongsian ilmu bermanfaat buat sy yg bru blajar masak..huhu
BalasPadamAskum kak😊..selalu intai resepi dlm blog ni,arini ikut resepi kari ikan tenggiri resepi akk yg ini plk..sedapp amatt! Tq😉
BalasPadamAssalamualaikum....kari ni mmg x guna santan atau susu cair ke...nmpak sedap blh cuba ni...sy minta halal ya
BalasPadamKalau nak masak & carik resepi mmg resepi dari Azie Kitchen jd pilihan utama.terima kasih kak azie ntuk resepi yg sedap2 ni..halal kan yea..
BalasPadamsy dh cuba dh resipi ni. alhamdulillah menjadi. tkasih kak azie.
BalasPadamTq kak.. asben kita cakap kalah kedai mamak ni.. hahaha..tatau la perli ke apa tu..tapi mmg sedap!!! 😊😊😊
BalasPadamResepi2 akak mmg terbaik dan x mngecewakan..semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki..😘
BalasPadamSo delicious azie..tq for the recipe..
BalasPadamSaya suka sangat² resipi yg azie bg ni..
Sedapnyaaa, baru baca resipi dah terliur. Memang kena cuba nih.
BalasPadamMemang tak pakai santan eh kak?
BalasPadamKak klu ikan tu dlm 10keping kita doublekn bhn2 ke?😊😊😊
BalasPadamTq. Kak , menjadi kari saya. suami dan anak anak suka , makan sampai sahur.
BalasPadamAssalamualaikum nk share resepi ye..TQVM 😉
BalasPadamDah cuba sedap dan pekat..saya cuma modify dgn tambahkan tauhu kering, kacang panjang selain bendi , terung dan cili hijai yg ada dlm tu...lg sedap...kuahnya saya tambahkan sedikit yogurt dan susu cair utk rasa sedikit lemak.
BalasPadamxde reply dri chef pun..xbest r
BalasPadamnak reply berkenaan apa
Padamada gunakan santan atau yogurt ke. sebab nampak gambar di atas macam ada. sekadar bertanya
BalasPadam