Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas


Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas

Cer citer cer citer... haaa tu dia. Cerita cerita lagi pasal ikan kering ikan talang kat Pulau Pinang petang petang sampai saya dah teringat teringat. Pantang dengar pasal makan, memang terliur dan terus nak buat. Hampir jer nak ajak hubby bercuti ke Pulau Pinang cuti sekolah ni. Sementelah pulak dah lama kami tak bercuti ke mana mana. Saya seronok menghabiskan cuti di rumah sahaja.  

Balik kerja terus singgah ke The Village Grocer, terus sambar nenas sebiji walaupun tak tahu bila nak dimasak gulai lemak cili padi ikan talang dengan nenas. Dalam hati berfikir, beli lah dulu nenas ni. Tapi balik rumah jer, buka peti sejuk, ada rupanya ikan talang yang besar seekor dengan tak berusik pun lagi. Entah bila saya membelinya pun tak tahu. Ada lagi tanda harganya RM18 di plastik tu. Apa lagi terus jer, saya ambik gunting dan potong kecil kecil isi ikan talang dan juga tulang tulangnya. 

Masak gulai lemak ler kita, jom layan...

Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas
Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 biji cili padi
2 bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
1/2 biji nenas - potong kecil
Santan secukupnya
Ikan talang masin - potong

Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit hidup.  Tuangkan ke dalam periuk dan dimasak dengan ikan kering sebentar sehingga menggelegak.  






Masukkan santan dan nenas ke dalamnya.  Kacau rata rata sehingga kuah mendidih.


Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas

Boleh lah diangkat dan dihidangkan. Saya tak letak garam dan asam keping kerana ikan sudah masin dan nenas pun sudah masam.


Makan dengan nasi putih panas panas memang sedap....


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

13 ulasan for "Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas"

  1. Mcm best je.my feveret ni..bl nk try ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. My feveret too. Thanks for visiting my blog

      Padam
    2. Assalamualaikum kak Zie Azie.sy ndh bnyak tray resepi masakan akal memang sedap.. KLU blh sy nk Whatsapp akak blh nk kongsi pengalaman masakn.. Id WeChat
      elit789

      Padam
  2. Sy sgt sukakan semua resepi yg kak azie kongsi...terima kasih kak....

    BalasPadam
  3. Selalu jugak ciplak akak pnya resipi. Sbb bla google trus akan naik 'Azie Kitchen'.. :-)

    BalasPadam
  4. Antara resepi masakan yang saya percaya setiap kali saya buat atau masak mesti menjadik... Sampai mak sendiri kata kalah masakan dia... Tq share semua resepi yang sedap2

    BalasPadam
  5. nenas tak perlu rebus dulu ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpulang. Ada masa saya celur seketika. Ada masa saya letak begitu sahaja

      Padam
  6. Ikan masin tu perlu goreng dulu ke x kak?

    BalasPadam
  7. Kalau org mengandung boleh makan x? Teringin benar ni 🤤 kalau tak buh nanas xsdp..

    BalasPadam
  8. Klu tkde nanas, blh ganti dgn ape ye?

    BalasPadam
  9. Menu berbuka puasa hari ni. Yummmie.

    BalasPadam