Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Pulut Seri Kaya Telur atau dipanggil Sekaya Telur oleh orang Kelantan adalah salah satu dari kuih istimewa Kelantan yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Maklumlah orang Kelantan ni suka yang manis manis, alaaa semanis senyuman Che Mek Molek lah. Kalau di Terengganu, dipanggil Kuih Tok Aji Serban kot.


Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Seingat saya, tak pernah pulak saya cuba memasaknya sendiri sebelum ini kerana jika mahu makan, saya cuma beli 2 keping dari pasar pagi Jelawat. Kuih di Kelantan terutama di kampung kampung masih murah, ada yang 3 biji serial. Tahu ke apa itu serial? Kelantan kan Negeri Serambi Mekah. Kami memanggil rial bukan ringgit. 

Secara jujur, saya amat bangga menjadi anak Kelantan walaupun suami saya bukan orang Kelantan dan anak anak saya semuanya dilahirkan di luar Kelantan. Jiwa dan semangat Kekelantanan amat tebal di dalam diri saya. Orang Kelantan berpegang pada semangat 1 Kelantan sejak dulu dulu lagi...

Berbalik pada kuih sekaya ini, saya memang puashati walaupun tak jumpa telur itik. Kalau menggunakan telur itik, kuihnya jadi lagi gebu. Sedap sekali, secukup rasa manisnya dan yang pentingnya ia meleraikan rindu saya pada kampung halaman. Kalau bulan puasa, saya memang gemar membeli kuih ini. Lagi sedap bila dimakan sejuk sejuk, jadi simpanlah sekejap dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Jom kita tengok resepinya di bawah....

Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Kuih Pulut Sekaya Telur
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan Bawah
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam halus
Sedikit minyak masak - jika guna santan kotak

Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.

Kukus dengan semua bahan di atas selama 25 minit. Loyang dialas dengan plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.  




Apabila pulut masak, gaul rata rata. Tekan dalam loyang. Taburkan sedikit tepung gandum.





Lapisan Atas
5 biji telur itik (guna telur ayam kampung)
4 biji telur
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan

3 kuntum bunga cengkih - di ketuk sedikit
¼ sudu kecil garam halus

Cara-cara :
Satukan telur dan bunga cengkih dan dipukul ringan. Ketepikan.





Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.  




Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Tuang ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.

Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah dan kukus semula selama 30 minit dengan api sederhana.  

Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Angkat dari pengukus dan sejukkan. Tengok permukaannya yang berkedut kedut itu. Seperti juga kuih akok yang permukaannya memang berkedut.


Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan. Lihat tekstur lapisan atasnya.  Hmmm sedap sekali...

Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang

Nota:
Jika terdapat takungan air pada permukaan serapkan dengan tisu dapur.

Boleh juga letak esen vanilla jika tak suka bunga cengkih.

Di masa depan saya mahu guna 2/3 sahaja dari adunan pulut supaya tidak terlalu tebal.

Enjoy....
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

29 ulasan for "Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan Kembang"

  1. Dear kak azie..love your blog as well as all your recipes..saya ni org kelantan jugak but x brp pandai masak..hehe..anyway saya try resepi sekaya pulut ni..walla..jadi..cuma saya tmbh santan dlm sekaya tu..tq

    BalasPadam
  2. Ee, terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya. Waa we are statemate. I sebenarnya baru jer berjinak jinak dengan bab masak memasak ni. Rupanya memasak ni satu terapi yang sangat mengasyikkan. Kita sentiasa ingin mencuba dan cuba sampai jaya. Wah bagus tu, bila ada perubahan. Rasanya pasti lebih lemak sikitkan sekaya tu. Kalau best, lain kali saya boleh cuba letak santan.

    BalasPadam
  3. Kak Azie..couldnt agree more..anyway terima kasih sbb resepi kak azie mmg best..nanti sy nk cuba lg resepi lain plak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya gembira jika resepi yang dipaparkan dicuba oleh kawan kawan semua. Itu lah pun matlamat saya membuat blog ini. Nnt dah cuba, Ee boleh bagi feedback ya. Boleh dirujuk oleh kawan kawan yg lain pula

      Padam
    2. Of course kak azie..saya siap promote kt kengkawan..sharing is caring kan..

      Padam
    3. Terima kasih kerana sudi menjengukndi blog saya. Harap Ee enjoy reading my blog yang masih mentah ini.

      Padam
  4. salam perkenalan...
    thanks akak untuk resepi ni..
    sy dh lama nk cube buat kueh sekaya telur ni sbb mmg feveret la tp x tahu cr2 membuatnya..td rs teringin nk bt utk berbuka ptg ni..puas google2 tp sume resepi sy jumpe tu sekaya yg negeri luar..depa guna tepung gndum tpung jagung ngan serbuk koko emulco apa tah..mmg lain ler resepinya x guna telur sgt la...lama godek2 at last bru jupe blog akak..wah seronoknya!!..inilah yg sy cari!! resepi sekaya telur kelantan!!hehe..thanks akak..pasti nk cube ptg ni yesss!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Farah, cuba tengok yg satu lagi kalau tak mahu guna pulut. Pun sedap. Sekaya Telur kegemaran Azie. Mmg byk resepi Kelantam yg dah tak ori. Macam kuzi, i tgk lain. Begitu juga ayam percik. Cubalah buat. Jgn lupa sign up as follower ya

      Padam
    2. Kalau guna telur ayam bandar boleh tak

      Padam
  5. Slm kak azie...tahniah kerana blog ini sgt laa best! Kalu xjengok 1 hari.....xsenang duduk jdnyer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi mengikuti blog saya. Harapnya memberi manafaat dan berguna...

      Padam
  6. sedapnye kak, saya td termimpi makan kuih ni..tu trus bangun search resepi..tdo di siang hari...hehe
    nk try buat, harapnye xmghampakan la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jie,
      Kalu suka yang tanpa pulut, boleh search Kuih Sekaya telur. Saya suka meratah lapisan atas, jadi saya lebih suka buat kuih sekaya telur

      Padam
  7. salam k azie..dh lama cr resipi ni..dlm byk2 resipi tok aji,saya rasa akak punya yang plg asli kelantan version...tqsm...x sabar nk buat utk berbuka hari ni....palut molek pulut nga sekayo..brehi benar ambo

    BalasPadam
  8. Sedapnyer.
    Nk cuba buat lah hari ni !!!

    BalasPadam
  9. salam kak azie, blh tau tak kenapa kena campur tepung gandum sikit dlm pulut tuh ? TQ in advanced

    BalasPadam
  10. Assalam k.azie..
    Resepi k.azie semuanya mabeles..sya suka rujuk resepi2 dari blog k.azie..
    Sya juga anak kelantan yg berasal dr Bachok..

    BalasPadam
  11. Salam.perkenalan.. saya baru mencuba resepi ni.. alhamdulillah menjadi.. 1st buatkan.. masih ada sana sini yg kurang.. masin manisnya.. dan gula melakanya sikit sgtbsaya letak.. tak hitam.. terima kasih atas rrsepi yg hebat.. I.Allah saya akn cuba lagi.. dan pastinya kemnjadiannya akan terjadi..hahahahahahahahahaah..assalamualaikum

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum akk..sya sukaaa godek2 blog masakan..selain blog myresepi, blog akk juga jd fevret..esok nk try buat kush ni..sukaaa yg lapisan ats tu..mintak2 jadi ler..baru nk blaja buat kuih

    BalasPadam
  13. kak azie klu guna telor biasa n xguna telor ayam kg blh x..

    BalasPadam
  14. Resepi kak Azie semua senang diikut..Ni kuih kegemaran mak ayah saya . terima kasih kak Azie atas semua perkongsian ni..Semoga Allah sayangg..

    BalasPadam
  15. Tank Q utk resepi, ada masa, ada bhn nanti nak juga try. Cuma telur tu mungkin saya guna telur ayam aja... Susah nak cari telur itik fresh.... Masin tu berlambak kat kedai.

    BalasPadam
  16. Salam kak Azie.. resepi ni sesuai guno loyang saiz brapo?..

    BalasPadam
  17. Lapisan atas takde letak santan ke,sy try buat td tapi x berapa sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini yg guna santan. Ikut kesukaan. http://www.aziekitchen.com/2014/09/kuih-sekaya-telur-dalam-akhbar-utusan.html?m=1

      Padam
  18. Assalamualaikum....
    Tq kak azie sebab byk bagi resepi, dari xtaw masak jadi taw masak...resepi akk mmg mnjadi, dah lebih setahun sy mgikuti resepi akk, kali ni sy sndiri nk try buat sekaya telur, meme favbrt dr kecik lagi ni..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum....
    Tq kak azie sebab byk bagi resepi, dari xtaw masak jadi taw masak...resepi akk mmg mnjadi, dah lebih setahun sy mgikuti resepi akk, kali ni sy sndiri nk try buat sekaya telur, meme favbrt dr kecik lagi ni..

    BalasPadam