Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Talam Gula Merah

Kuih Talam Gula Merah

Ini satu lagi resepi yang saya pelajari dari sahabat baik saya, Yarina yang memberi resepi keluarga beliau di mana neneknya memang berjual kuih muih dahulu. Mendengar dia memberitahu keenakan kuih ini menjadikan saya memang tak sabar untuk cuba memasaknya sendiri. Tetapi kerana masalah pengukus membantutkan niat saya.

Balik jer dari pejabat, saya terus masuk ke dapur kerana kuih talam perlu betul betul sejuk sebelum boleh dipotong untuk dimakan dan juga diambil gambar. Di samping itu, saya juga tak sabar untuk membuat perasmian TRIO steamer yang baru dibeli dari JJ, One Utama hari Ahad yang lepas. 

Tapi sebab first time menggunakan steamer ini, berpeluh juga dibuatnya. Apa tak nya, nampak penutup pengukus yang berwap wap, menjadikan saya panik.  Itulah pasal, saya pun jenis nak short cut tadi. Sebab nak cepat saya tak masak terlebih dulu lapisan bawah, jadi punyalah lama dikukus masih berair permukaannya. Bila dah hilang sabar, saya mula menceduk air keluar. Lapisan atas saya masak di atas dapur terlebih dahulu, jadi sekejap sahaja dah masak. Jadi pelajaran hari ini ialah, jangan cuba nak mencari jalan pintas kalau membuat kuih muih....

Jom lah kita layan resepinya dulu ... 

Kuih Talam Gula Merah 
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan bawah:
1 cawan gula merah
½ cawan gula
Sedikit air

Masak gula merah dan gula putih dengan sedikit air. Sejukkan.

½ cawan tepung beras
½ cawan air (termasuk air gula tadi)
Sedikit air kapur

Bancuh tepung beras dengan air dan sedikit air kapur. Kacau sehingga larut dan tapis ke dalam periuk.

Masak sebentar di atas api sederhana sehingga agak pekat. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.

Kukus selama 20 minit. Setelah masak dilorek permukaan dengan garfu.





Lapisan atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
Sedikit garam

Satukan semua bahan dan tapis.  Kacau rata atas api perlahan sehingga agak pekat.

Tuang menggunakan senduk dengan perlahan lahan ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.




Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong menggunakan pisau plastik. Enjoy ....

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Kuih Talam Gula Merah"

  1. Salam.Apa ye kegunaan air kapur?:)kalo tak masukkan..boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi kuih kenyal sedikit. Tak ada pun tak apa

      Padam
  2. salam kak..apa beza tepung talam istimewa dgn tepung talam gula merah

    BalasPadam
  3. Resepi ni guna traytsaiz apa yer

    BalasPadam
  4. Assalam..terima kasih puan resipi yg baik..dah lama saya nak buat kuih ni..sekali Cuba dah jadi.

    BalasPadam