Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang Terengganu


Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang



Gulai Ikan Tongkol yang dimasak stail Terengganu ini adalah lauk untuk dimakan dengan nasi dagang pagi esok. Gulai ini sedap dibuat sehari atau semalaman sebelum dihidangkan. Bertambah sedap, kuah lebih mesra dengan ikan dan ikan yang dimasak dengan api perlahan lama lama juga akan menjadi lebih lembut termasuk tulangnya sekali. 

Namun memasak cara merebus ini memakan masa yang sangat lama berbanding dengan cara di mana rempah ditumis sekejap. Resepi asli gulai Terengganu memang direbus berjam jama lamanya seperti yang saya masak pada malam ini. Kalau nak tengok resepi gulai ikan yang ditumis terlebih dahulu, boleh klik di SINI. Kalau tanya saya lah, kedua duanya sama sedap jer. Resepi ini sebenarnya saya dah modify sikit seperti di bawah.

Jom layan resepinya ...

Gulai Ikan Tongkol
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan tongkol (direbus bersama asam keping,  gula melaka dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk diguna dalam kuah)
10 biji bawang merah 
4  ulas bawang putih 
½ inci kunyit hidup 
1 inci halia
1 inci lengkuas - dihiris
½ sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar serbuk jintan manis
1 senduk cili kering kisar
1 sudu besar kerisik 
1 keping kecil gula melaka
1 inci kulit kayu manis
½ sudu besar rempah masak cap bunga rose
Santan
Garam
Gula Melaka
Segenggam cili padi

Cara cara:
Semua bahan untuk kuah diblender kecuali kerisik, gula melaka, santan dan kulit kayu manis.

Masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, gula melaka, rempah dan kulit kayu manis.



Masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.(masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin) 

Boleh diletak cili padi untuk hiasan.



Siap untuk dihidangkan ...




Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang Terengganu"

  1. Sedap Nyer...tapi 7 Jam Tu...nampaknya.. "kak Nasi Dagang Satu..bungkus Eh..acar Lebih"..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia menghasilkan ikan yg lembut dg tulangnya sekali menjadi lembut, bakikan sardin

      Padam
  2. Asslm....
    Salam perkenalan, nak try buat lah mlm ni, bhn2 pun ade kecur air liur ni... tima kasih ya.

    BalasPadam
  3. wow kecur liur...
    nk try la.tp remph cap ros sush cr kt kdah...hana said

    BalasPadam
  4. salam kak azie,

    rempah masak cap bunga rose ni rempah apa ye? apa rempah gantian kalau tak ada rempah ni?

    BalasPadam