Nasi Ayam Hainan
Sebenarnya sudah lama saya ingin cuba memasak Nasi Ayam Hainan walaupun ianya bukan lah Nasi Ayam kegemaran saya. Tapi semangat nak mencuba sendiri sangat membara walaupun terpaksa menangguhkannya dari masa ke semasa sehingga lah pada hari ini, bila terbaca posting rakan fb saya TeeaRa Yatie yang memasak Nasi Ayam Hainan.
Resepi inipun dah lama tersimpan, saya google dari blog masakan dari Singapura rasanya. Saya pun dah lupa sumbernya. Resepi ini dah saya translate ke BM untuk memudahkan rujukan. Hari ini sebaik sampai sahaja di rumah, saya terus masuk ke dapur. Kebetulan hari ini, hari pertama Aween balik dengan pemandu yang membawa dia ke sekolah USJ. Jadi saya boleh tiba di rumah lebih awal dari waktu dulu bila kami perlu mengambil Aween dari sekolah.
Resepi inipun dah lama tersimpan, saya google dari blog masakan dari Singapura rasanya. Saya pun dah lupa sumbernya. Resepi ini dah saya translate ke BM untuk memudahkan rujukan. Hari ini sebaik sampai sahaja di rumah, saya terus masuk ke dapur. Kebetulan hari ini, hari pertama Aween balik dengan pemandu yang membawa dia ke sekolah USJ. Jadi saya boleh tiba di rumah lebih awal dari waktu dulu bila kami perlu mengambil Aween dari sekolah.
Kalau dimakan di Chicken Rice Shop, pasti bajet yang besar terpaksa diperuntukkan. Jadi apa kata, kita mencubanya sendiri. Ayam bagi Nasi Ayam Hainan tak sama dengan ayam bagi Nasi Ayam biasa yang ayamnya dibakar atau digoreng terlebih dahulu. Sedangkan ayam bagi Nasi Ayam Hainan hanya direbus dan dilumur dengan minyak bijan sahaja. Banyak kekeliruan yang saya tengok, bila ayam Nasi Ayam Hainan juga digoreng. Nasi Ayam Hainan adalah resepi yang popular di kalangan orang orang Cina...
Nasi Ayam Hainan yang saya masak hari ini sangat sedap, nasinya sangat enak, ayam pulak sangat lembut. Boleh katakan semuanya sedap, sedap, sedap jer. Jom kita layan gambar gambar dan resepinya...
NASI AYAM HAINAN
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
kosher salt
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil
UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil kosher salt
UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1inci halia
Sedikit garam
UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam
UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun
CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.
2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.
4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong.
5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.
Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.
antara bahan diperlukan |
gosokkan ayam dengan garam di bahagian luar dan dalam |
masukkan halia dan daun bawang ke dalam ayam |
rebus hingga menggelegak dan kemudiannya api diperlahankan |
setelah masak rendam ayam dalam air ais |
potong ayam sebelum dilumur sos ayam |
lumur sos ayam sebelum dihidangkan |
minyak dari lemak ayam diguna untuk menumis bawang putih dan halia |
goreng beras sebelum dimasukkan minyak bijan dan garam |
bahan untuk dibuat sos cili |
sos cili yang sudah siap |
sos ayam. sos cili dan sayuran |
siap untuk dinikmati ... silakan |
nak kena terai test buat kat umah .......tq makcik
BalasPadamTry lah. Sedap sgt ni. Jimat memasaknya sendiri di rumah
PadamSaya pun ada pernah msk nasi ayam hainan memang sedap, tp tak pandai pula buat sos cilinya.. kena coba nih resipi,, tq.
BalasPadamayam tu kalau kita masak cara steam boleh ke kak ?
BalasPadamTeknik nasi ayam hainan memang dimasak dg api kecil, dengan simmer jer supaya ayam kekal juicy
PadamSeeloknya stim or slow cook..
BalasPadamRebus dengan api perlahan jer untuk ayam masak secara slow dan tujuan dimasukkan ke dalam air ais untuk memerangkap suapaya ayam kekal juicy.
Padamnk try utk bniaga kt bazar ramadhan..harap bole success..tq
BalasPadamnak tanya lah kak,kosher salt tu apa ek..
BalasPadamKosher tu halal... ada jual kat supermarket yg high end kosher salt nih
Padamgaram bukit
Padamsalam ... kak boleh tak buat resepi nasi ayam lemon , sy dah cari byk resepi tp susah nak dptkan resepi yang sedap.. t boleh la sharekan resepi kat email sy sagheerachantek@gmail.com
BalasPadamyeayyy...saya berjaya buat nasi ayam hainan ikut resepi belog ni...hi hi hi...saya dah share link akak kat belog saya.... halal eaa.... :p
BalasPadamhttp://amirahmdesa.blogspot.com/2014/02/nasi-ayam-hainan.html
sos ayam tu dibuat dripada ape ? dan nak buat mcm mne ye?
BalasPadamsalam
BalasPadamdulu pernah saya buat nasi ayam hainan dr resepi chinese blogger
nasi dia dibuat dari air ayam dari hasil kukus ayam tu
Mmg sedap sgt
Tp tu ler, caranya terlalu kompleks skt
tp kerana favourite saya mmg ayam n nasi ayam
Insya Allah, nak try semuanya
terima kasih kak :)
Saya dengan mak saya dah cube 4 kali. Semua org suke sgt2. Saya follow step satu satu . Klo nak buat nasi ayam. Kitrg akb guna recipe ni. Thank u for the great recipe.
BalasPadamAlhamdulillah... terima kasih atas resepi ini. Saya dah berjaya masak pagi ni. Tak risau lagi utk tambah byk kali. Hehehe... kalau di kedai... confirm kena bayar lagi.
BalasPadamKat mana jual kosher salt? Kosher lain dgn garam biasa kan
BalasPadamdi any high end supermarket
Padamsaya dah cuba try test uji ..mmg sedap..terima kasih
BalasPadammaaf nk tnya..light soya sauce and sesame oli brand apa yg sedap ya..tq..;)
BalasPadampopping.. gmbar baby atas btol kicap
Padamnak mintak permission share dalam blog saya ya kalau boleh hehehe nanti saya kredit :)
BalasPadam3kali dh buat resipi ni. Seluruh keluarga suka. Mudah2an Allah murahkn rezeki dan diberi kesihatn y baik buat k.azie.
BalasPadamBuat nasi ayam ni di bulan pose...jap lg berbuka baru dpt rs...hrp2 sedap la...cuma suami mtk edit sikit ayam...tmbh madu
BalasPadamBaru je try. Memang sedap sangat. Thanks for the recipe
BalasPadamBaru ku tahu.. nasik ayam hainan tak perlu goreng ayam dia.. selama ni beli nasi ayam hainan yg digoreng ayam.. nak try resepi nih.. tq azie..
BalasPadammintak share kat blog kak..tq
BalasPadamMohon share ya.
BalasPadamsaya da cuba,terima kasih....suami minta,trs dpt...
BalasPadampn ashikin.roslani
assalamualaikum, nak tanya. mana resepi supnya ye.
BalasPadamWslm. Ada dlm tu. Kena baca, baru jumpa. Jgn copy paste. Sb kadang kadang saya bagi tios dlm entri
PadamSy share ye
BalasPadamNk try la
PadamNak try la
BalasPadamNak try la kak azie
BalasPadam