Gulai Lemak Pedas Perut Resepi Kantin Sahor
Lauk ini memang kegemaran saya terutama bila makan dengan nasi lemak Kantin Sahor. Saya menelefon Sahor semalam dan belajar cara cara memasak nya hanya melalui telefon jer memasaknya. Setakat ini, rasa nya masak lemak perut yang dijual di Kantin Sahor yang paling best, paling sedap. Walaupun dah 25 tahun berlalu, namun masih terasa keenakannya... Haaa sampai gitu sekali tu. Orang kata tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain, juga tempat saya bertemu my Laling Hubby...
Saya ke Jaya Grocer Sunway Giza malam tadi semata mata nak mencari perut lembu. Kedai runcit masih banyak kehabisan barang barang, jadi beli jer perut lembu yang frozen. Sampai jer di rumah, saya terus mengupas bawang bawang dan lain lain bahan bagi memudahkan kerja memasak pagi ini.
Bila tak ada pembantu rumah, terpaksalah merancang apa yang hendak dimasak. Entah lah, bila ada pembantu rumah, kadang kadang emosi kita selalu terganggu bila melihat gelagat mereka. Jadi bila tak ada maid ni, cuma sakit mata jer bila tengok rumah berhabuk. Lain lain tenang jer.
Walaupun gulai ini sangsat sedap tapi rasanya tidak seperti sedapnya gulai lemak perut yang dimakan di Kantin Sahor 25 tahun dulu. Kenapa ya? Itulah yang dikatakan air tangan. Lagi pulak ini hanya percubaan pertama. Gulai lemak Sahor dulu rasanya berwarna kemerahan orange sedikit tapi saya berwarna kekuningan. Mungkin juga sebab saya hanya menggunakan cili padi hijau. Kalau diletak sedikit cili padi merah atau cili kisar, mungkin warna nya lebih kemerahan. Tak apa, boleh cuba lagi di lain kali.
Bagi yang nak tengok cara saya memasak Nasi Lemak Kukus, boleh jer klik di SINI. Bagi yang masih belajar lah. Yang dah expert tu, tak payah nak rujuk rujuk resepi lagi. Resepi ini ditulis untuk rujukan anak anak saya di masa depan dan juga anak anak kesemuanya yang baru belajar belajar memasak. Cara saya memasak nasi lemak kukus kali ini berbeza dengan cara saya memasak nasi lemak kukus Nur Qaseh sebelum ini. Klik di SINI untuk rujuk cara memasak nasi lemak Nur Qaseh ...
Gulai Lemak Perut Lembu
Bahan bahan:
Perut lembu - potong
1 asam keping
2 helai daun limau purut
Garam
Bahan kisar:
Bahan kisar:
10 - 15 cili padi (ikut pedas disukai)
2 batang serai
1/2 inci halia
Sedikit lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
5 bawang merah
3 bawang putih
Santan secukupnya
Cara cara:
Cara cara:
Kisar kesemua bahan kisar bersama santan. Jika mahu kuah berwarna sedikit kemerahan, tambahkan sedikit cili kisar atau cili merah.
Masukkan sedikit sahaja minyak dan panaskan sehingga betul betul panas dengan api perlahan. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga mendidih.
Perut dipotong kecil kecil. Masukkan perut, garam, asam keping dan daun limau purut ke dalam bahan tumisan yang sedang mendidih.
Masukkan baki santan dan masak sehingga pekat sesuai dengan kepekatan yang kita suka. Sesuaikan rasa dan boleh lah diangkat.
Cam sdap jer...
BalasPadamboleh x kalau ganti perut dgn bahan lain ???
Saya dah try...sedap.
BalasPadamPerut tu perlu rebus dulu ke sebelum masak?
BalasPadamCuci bersih dan rebus. Nak senang, beli yg dah siap untuk dimasak.
Padamsedap, tq pn azie ❤️
BalasPadam