Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian Yang Sedap




Bubur Kacang Hijau Dengan Durian Yang Sedap


Dah lama betul saya tak memasak bubur kacang hijau. Since esok cuti sempena hari Wilayah, saya memasak bubur kacang hijau yang kacang nya saya beli di Giant minggu lepas. Kebetulan pula, masih ada durian yang di simpan dalam freezer. Makan pulak dengan roti gardenia, wow sedap gitu. 

Kini baru saya tahu, bubur yang cantik, mesti tak mahu pecah minyak. Masa balik Kelantan baru ni, kakak ada sediakan bubur kacang hijau sebagai pencuci mulut untuk majlis kenduri kahwin. Jadi Kak Nik Bidah sepupu yang dok mengacau bubur kacang dalam periuk tu memberi tips memasak bubur kacang hijau tadi. 

Selama ini saya fikir bubur perlu dimasak lama lama sampai permukaannya nampak berminyak. Itulah, semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu rupanya. Itu sebab kena belajar seumur hidup dan bertanya dengan mereka yang pakar.

Jom lah, kita layan resepi bubur kacang hijau saya ...



Bubur Kacang Hijau Dengan Durian Yang Sedap

Bubur Kacang Hijau Dg Durian
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan
4 - 5 ulas durian
Garam

Cara cara:
Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.





Didihkan  air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dg api perlahan. Kacau hingga semua gula larut dan tapiskan



Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk



Kalau suka, masukkan sagu mata ikan.



Masukkan pula cairan gula tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan




Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. rasa kemanisan dan angkat





Hidangkan bersama teh O, tentu sedap sekali.  Kami cicah dengan roti gardenia


Bubur Kacang Hijau Dengan Durian Yang Sedap

Enjoy ...

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

20 ulasan for "Bubur Kacang Hijau Dengan Durian Yang Sedap"

  1. kenapa eh ada beberapa bijik kcg hijau yg keras? sbb digoreng tu @ tak cukup lama rebus? fieza

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum... nak tanye lah.. perempuan mengandung boleh tak makan bubur kacang durian? Ragu-ragu lah nak makan sebab ade durian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tak jadi masalah. Nak makan durian, pun ok.

      Padam
  3. Tumpang tanya, air gula mesti ditapis? Kalu biar saja, mcmana? Penapis xda kot

    BalasPadam
  4. Bestnyer.. Sy suka semua jenis bubur.
    Tapi kalau nak lagi sihat boleh tukar gula dengan stevia. Tanpa KALORI, Setitis bersamaan 3 sudu kecil gula.
    nak try boleh wassap saya 0199271048

    BalasPadam
  5. Nie resepi utk brape org?

    BalasPadam
  6. Sedapnye.. Sedang cuba bt 😋

    BalasPadam
  7. Kalau buat bubur ni tp xletak durian bleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Durian diletak bagi penggemar durian. Masuk biji sagu pun dah sedap

      Padam
  8. Mmg terbaik resepi ni..saya dh cuba dan alhamdulillah family semua suka..bertambah2 mkn.terima kasih azie kitchen..

    BalasPadam
  9. resipi ni utk berapa org makan ya

    BalasPadam
  10. Air rebusan kacng tu buang ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak buang. Terus masuk santan. Air rebusan saya tu kering semasa merebus.

      Padam
  11. Balasan
    1. Bila bila masa pun boleh. Tapi seperti biasa bahan perasa spt garam atau gula atau serbuk perasa dimasuk akhir.

      Padam
  12. Kak, gula melaka tu sukatan selain keping, kalau dalam sukaran cawan berapa kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masukkan dulu. Dan kemudian boleh rasa. Kalau mahu, masuk juga gula pasir

      Padam
  13. Salam kak resepi ni untuk brapa orang makan ye

    BalasPadam
  14. kenapa bubur saya jadi pekat sangat ya? lepas masak, saya simpan dulu dalam periuk. lepas 2-3 jam dia jadi pekat, kuah semua kering. dia tidak jadi cair cantik begitu

    BalasPadam