Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Rendang Pedas

Ayam Rendang Pedas

Kebiasaannya saya memasak rendang mengikut cara mother in law yang menghiris kesemua bahan bahan. Tetapi hari ini saya memasak rendang mengikut cara saya yang asal iaitu mengisar semua bahan seperti bawang, halia, serai, lengkuas dan sebagainya. Saje jer nak buat sedikit kelainan, lagipun bila semua bahan dikisar, kerja menjadi sangat mudah dan cepat. Campak jer kesemuanya ke dalam blender dan tekan jer butang ON, habis cerita.

Sebenarnya saya memasak rendang hari ini untuk dimakan malam ni dan juga untuk dibuat lauk nasi lemak kukus yang saya akan masak pagi esok sebagai sarapan pagi. Jadi esok tak adalah banyak kerja saya, lepas masak pindahkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. 

Jom kita layan gambar gambar dan resepinya.. Layannn


Ayam Rendang Pedas

Ayam Rendang Pedas

Bahan bahan
1 ekor ayam-dipotong
2 helai daun kunyit dihiris
4 helai daun limau purut
4 sudu besar kerisik
1 senduk cili kisar
1 asam keping

Garam, gula melaka dan serbuk perasa
Santan secukupnya

Bahan bahan dikisar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji cili api
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai

Cara-cara
Masukkan ayam, bahan kisar dan cili kisar ke dalam kuali.  Masak sekejap sehingga air ayam agak kering sebelum dimasukkan santan.  Masak sehingga santan hampir kering.

Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping.  Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dihiris dan daun limau purut.  Sesuaikan rasa dan kepekatan yang diingini.

masak ayam dengan bahan kisar hingga keluar air ayam

masukkan santan dan masak hingga kuah hampir kering

masukkan kerisik, garam, gula dan daun kunyit serta daun limau purut

Ayam Rendang Pedas
boleh dihidangkan panas panas

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Ayam Rendang Pedas"