Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Udang Masak Tempoyak Goreng


Udang Masak Tempoyak Goreng



Pagi pagi lagi saya sudah google membelek resepi resepi untuk dimasak hari ini. Dah banyak hari saya berada di rumah kerana menghabiskan cuti tahunan. Saya belum betul betul mula aktiviti memasak kerana sejak kebelakangan ini, saya agak kurang sihat.

Saya mencari resepi berkaitan tempoyak sementara tempoyak masih baru dan sedap dimasak sebagai lauk pauk. Hubby memang gemar makan ulam ulam cicah tempoyak, maklum orang Perak. Sementara dia ke pejabat, saya mula mengeluarkan apa apa yang patut dari peti sejuk. Lepas sahaja membuat kuih cara manis sebagai sarapan pagi, saya mula memasak bahan bahan yang sudah disediakan.

Bila hubby dan anak anak balik dari solat jumaat, kami terus makan tengahari. Saya makan bertambah tambah kerana sedapnya tempoyak goreng udang ini. Tak caya?  hahaha apa kata cuba masak sendiri, pasti menjilat jari terutama mereka yang menggemari tempoyak. Jom layan resepinya di bawah... 




Udang Masak Tempoyak Goreng

Udang Masak Tempoyak Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan
Udang yg dibuang kulitnya 
6 sudu besar tempoyak
1 labu bwg besar - di potong ikut suka
2 ulas bwg merah - hiris
1 ulas bwg putih - hiris
2 tangkai cili merah - hiris
10 tangkai cili padi-hiris
Garam dan gula
Minyak masak utk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bahan bahan yg dihiris dan dipotong sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.

Masukkan udang dan kacau sebentar sehingga sebati dgn bahan tumis.-jangan masak terlalu lama,nanti udang keras pula.

Akhir sekali, masukkan tempoyak dan kacau goreng sehingga sekata serta tempoyak berubah warna. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Tutup api dan sedia dihidangkan

bahan bahan diguna untuk resepi ini

tumis bahan bahan hiris

masukkan udang yang dibuang kulit

setelah udang separuh masak, masukkan tempoyak

Udang Masak Tempoyak Goreng
masukkan sedikit air, garam dan gula


Udang Masak Tempoyak Goreng
enjoy

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Udang Masak Tempoyak Goreng"